Sunday, July 16, 2017

Kebun Kembun dan Mulberi

Assalamualaikum...

happy sunday u ols. di johor, sunday keje yerk.. xde makne nak golek2 sampi kul  doblas.. heee
Last week aktiviti,akim kate " yuk kita berkembun" hehehe,, sib baik mama tak berkemban sambil berkembun.. bile betolkan word berkebun tu, eksyen kemain.. Bila kita ngejek dia, jom pegi berkembun.. laju je dia ckp bukan berkembun mama, berkebun... huh..

Buah hati
Berkebun la sangat kan.. sekangkang kera depan umah tu kebunnya.. hahahaha... dok taman camni la.. dapat laki ringan tulang, rajin nak menanam, jadilah kebun mini kat situ.. ada cili, serai,  daun pandan wangi, betik masih kecik lagi n pokok mulberi... mulberi berbuah lebat.. suka sangat.. dapat la kawan-kawan merasa sket sket..


banyak khasiat buah mulberi n daunnya sekali.. bila pagi-pagi pungut hasil, ada la aunty n uncle jiran-jiran cina bgtau yg daunnya boleh buat sup, baik utk mata n cegah penyakit kanser.. wow... best sangat kan... cecepat i ols search khasiat buah n daun mulberi ni... 

masam masam manis.. dappp....

Khasiat buah Mulberry ialah :
1.  Pokok Mulberry adalah makanan utama ulat sutera terutama daunnya. Maka disebabkan itulah jika di Malaysia, daun pokok Mulberry dikenali sebagai daun ulat sutera atau besaram.
2. Buah Mulberry mengandungi asid sitrik, gula dan vitamin C. Daun Mulberry pula mengandungi adenin, amilas, asid suksinik, karotena dan kolin. Biji Mulberry mengandungi ureas.
3. Kulit akar pokok mulberi mengandungi beta-amirin, minyak meruap, resinotanol dan sitosterol.
4. Bagi masyarakat di negara China, selain buahnya boleh dimakan segar atau dibuat jem, terdapat juga kegunaan lain. Secara tradisionalnya, buah Mulberry telah digunakan sebagai agen ubatan bagi memberi khasiat kepada yin dan darah, memberi kebaikan kepada buah pinggang dan merawat masalah lemah, keletihan, anemia dan masalah rambut beruban.
5. Buah Mulberry turut digunakan untuk merawat masalah ketidak-bolehan mengawal keluarnya air kencing, pening dan masalah sembelit warga tua.
6. Buah yang telah dikeringkan juga boleh dijadikan sebagai pengganti raisin.
7. Buah Mulberry juga dikatakan mampu memberi khasiat dan merangsang penghasilan cecair badan. Mereka yang mengalami masalah kekurangan cecair, mulut mereka anak kering dan lidah terasa panas. Elok juga mereka makan buah ini bagi memberi khasiat dan menambahkan cecair badan.
8. Buah mulberi ini juga sesuai kepada mereka yang mempunyai masalah mata kering akibat keletihan mata dan akibat bekerja dengan cara mengambil jus mulberi .
9. Buah mulberi juga mengandungi unsur-unsur khasiat seperti mineral dan vitamin. Dikatakan dengan memakan buah Mulberry, mampu membantu menyembuhkan penyakit kronik pada saluran pencernaan, merangsang rembesan cecair gastrik, menguatkan kebolehan bagi mencerna dan menyerap, memperbaiki selera makan dan membuang kembung perut dan sembelit.
10. Wanita yang mengalami simptom-simptom seperti anemia, kepucatan, rasa , sukar untuk tidur dan jantung berdebar-debar dengan kerap terutamanya selepas melahirkan bayi, bolehlah mengambil jus mulberi dengan kerap bagi mengurangkan simptom-simptom tersebut. Ubat kebas tangan dan kaki.
11. Daun mulberi pula dikatakan boleh direbus dan digunakan sebagai ubat mencuci mata yang merah dan bengkak. Daun yang telah kering pula dikatakan boleh dicampur dengan air mendidih atau direbus. Air ini dikatakan boleh diminum untuk tujuan membersihkan tubuh badan, merangsang peluh, ubat batuk, demam panas dan selsema. Daun yang telah dipanaskan pula dikatakan boleh disapu minyak dan dijadikan sebagai ubat tampal pada luka yang parah.
12. Bagi mereka yang mengalami masalah gigitan atau sengatan serangga, daun yang telah ditumbuk lumat boleh dijadikan sebagai ubat tampal pada bekas gigitan atau sengatan serangga tersebut.
13. Jika mengalami masalah tangan atau kaki yang , bolehlah mengambil getah daripada daun atau ranting mulberi, kemudiannya gosokkan pada bahagian yang kebas.
14. Akar pokok boleh direbus dan dijadikan sebagai air minum bagi merawat asma, batuk, busung, melawaskan pembuangan air kecil dan radang. Air rebusan kulit pokok mulberi pula dikatakan boleh diminum untuk merawat sistem pernafasan, asma, batuk, bronchitis, busung, menyingkirkan kahak dan hingus, tekanan darah tinggi, kebas tangan atau kaki.
15. Ranting kering pokok mulberi pula dikatakan boleh direbus dan dijadikan sebagai air minum bagi merawat demam panas dan mengatasi rasa sakit.
sumber dari blog ini.. terima kasih..

khasiat daun mulberi

1. Penawar dan mencegah penyakit kencing manis (diabetes)
2. Mengawal serta mengurangkan kolesterol dalam pembuluh darah
3. Mengawal serta mengurangkan tekanan darah tinggi
4. Membantu mengelakkan serangan sakit jantung
5. Membantu dalam kehilangan berat badan
6. Mengurangkan keadaan asma yang teruk
7. Melambatkan proses penuaan dan meremajakan kekuatan anda
8. Mengurangkan risiko kerapuhan tulang kerana kandungan kalsium yang tinggi
9. Meredakan batuk, perasaan cemas dan kegelisahan
10. Mengurangkan kesakitan ketika datang haid
11. Membantu perjalanan haid yang tidak teratur
12. Menambahkan tenaga
13. *Meningkatkan produksi susu badan*
14. Membantu mengurangkan migraine, sukar tidur malam (insomnia) dan hipertensi
15. Memiliki semua 18 asid amino dan vitamin B, B1, B2, C, asid folik, potassium yang amat diperlukan
16. Membantu, mencegah dan mengurangkan risiko penyakit kanser (antioksidan)
Kini terdapat daun mulberry yang telah diproses untuk dijadikan ubat.

sumber dari blog ini

Papepun sila dapatkan maklumat lanjut dari doktor atau pakar perubatan berdekatan. takut jugak acah-acah betol tp tak menjadi.. happy trying u ols...

Saturday, July 8, 2017

Formula utk murah rezeki

Amalkan ya. Ayat rezeki melimpah tak pernah habis - habis.



Amalan yang dibuat ialah:
1)Baca Subhanallah 33x
2)Baca Alhamdulillah 33x
3)Baca Allahuakbar 33x
4) Baca Innahaza Larizzkuna maalahu minnafaad 33x

Maksud ayat : " Sesungguhnya inilah rezeki kami kepada kamu yang tidak habis - habisnya"

Buat tiap tiap kali selepas solat. ☺

#FormulaTarikRezeki

Copy paste..

Nota tuan blog
 Bismillah...
Zikir mmg ada jutaan hikmah, penawar dan segala kebaikan di dlmnya.. Zikir penuh dengan cinta dan yakin kepada Allah.. InsyaAllah dgn yakin dan cinta tak berbelah bahagi, Allah akan bg terbaik utk kita..

Untuk murah rezeki, kita tambah kekuatan zikir dgn beberapa amalan lain.. Antaranya

1. Bahagiakan mak ayah.. Cukupkan keperluan mereka. Allah cukupkan rezeki korang.

2. Sedekah... Ikhlas.. Ni mmg magic. Nak murah rezeki. Makin byk sedekah..

3. Jangan berkira.. Sesekali blanje kengkwn.. Belanja sape2 yg dok mkn semeja ngn u ols, kenal atau x.. Bayarkan saje..

4. Standby makanan meow dlm kete. Tetibe jumpe meow kelaparan. Trs bagi... Kalo ko nak bela pon bole tp takut tak bole handle kalo byk sgt.. Kang jadi aniaya plak kalo amik byk2 tp x terjaga. Huhu

5. Mudahkan urusan org. Allah mudahkan urusan u ols. Insyaallah..

6. Rajin kerja n usaha... Ni penting ni.. Kalo nak murah rezeki tp malas.. Gelempang zorro 24 jam, mmg x jadi ape lerr...

Ermm, tu je la yg ingat.. Esok kalo ade lg ahkak masukkan lg okeh... Semoga kita diberi rezeki halal yg melimpah ruah.. Dan bole berkongsi dengan yg memerlukan.. InsyaAllah... Sampai jumpaa..

Thursday, July 6, 2017

Inspired ...I-Dream China YingYing Part 1





Baru tengok video ni kat fb td.. tak memasal tisu lencun.. banjir kilat..

Bagaimana ying ying sangat positif.. Dikurniakan laki yg hensem n sgt bertanggungjawab.. mmg 1 dlm sejuta. betapa kuatnya dia melawan sakit. kanser tumor stage 4 lor, masih boleh senyum dan kuat lawan penyakit die.bile tgk vid ni terus nak tau macammana pembedahan dia. berjaya ke tak... risiko 80% tak berjaya.. ko rasa??kalau kita, pikir mati je lah agaknya..



scroll tgk komen kat video ni, jumpa link ke sambungan die...sapa nak tgk,klik yingying part 2



hargai apa yang kita ada, mungkin kita tak byk duit, tak kaya, takde keje hebat, tak cantik memikat.. tapi selagi ada nyawa, ada tubuh badan yang sihat, ada keluarga.. kehidupan kita cukup sempurna. Kita masih bole kejar impian kita bersama yang tersayang. nikmati & hargai ape yang kita ada hari ini sebab mungkin esok ia akan berlalu pergi.. aicehhh... nak sambung nangis lagi la.. bye...

My Life

Assalamualaikum...

Lama tak menulis, hilang rentak nak tulis. Padahal idea banyak je. Kalau la, blog bole baca otak n terus terjemah dalam ayat.. pastu post.. wah bahagia.. novel pon boleh buat. heee

2 Tahun tak tulis blog.. rugi banget.. banyak memori indah, suka ,duka, stress yang tak simpan. so sume pon nanti akan lupaaa.. maklum la, faktor usia, rambut dah start tukar kaler. paham2 suda... hehehe

01.06.2017 baru ni anniversary me n hubby ke 5 tahun. kejap je kan masa berlalu. dah 5 tahun together2.. tak sedar.. kater org, fasa pertama dah berlalu, kalau ok maksudnya hubungan tu akan baik2 saje... orang kate la.. Tapi pada aku, tak jugak macam tu.. makin tua usia perkahwinan. makin banyak dugaan kot.. Bukan saja 5 tahun pertama yg perlu di jaga, tapi sepanjang perkahwinan tak kira la berapa tahun sekali pun.. :)


Alhakim dah 4 tahun.. dah jadi bujang besar. Ohmai. sekarang dia agak agresif sket. garang... Ikut sapa pon tak tau la garangnye tu.. Padahal mak dia slow je.. lembik, kene buli je dulu... manja plak tu.. auchh...hehehehe... Mungkin akim dalam fasa belajar kenal diri dia.. kekadang die sweet sangat, asik bagi mama bungaaa jek.. muah muah sangat.. tapi kalo angin sampai.. wow.. bumbung kete pon bole terbang.. Sampai mama takut nak gi braye, takut angin pus pus dia mari.. hehehe...

last year, skang payah beno nak amik gambo. asik wat muke jek..

Besday papa bulan 5 ari tu. tengok peyot akim tu.. fuhh
Keje, mcm biasa la.. keje dah hampir 8 tahun di sini, belom plan nak mintak pindah. Suasana keje, friendship, lokasi, semua aku suka. tenang... i love my job.. hee
CCRC MUAR 30 TAHUN...

Workmate.. gurau gaduh, jap baik semua... hehehe...

Gems Lovely, baru masuk tahun ke dua kewujudannya.  Masih belajar, alhamdulillah. Job ttp ada walau bulan ramadan n raya ni agak tenang2 saja.. Kurang promosi.. letih n buzy sket. Syukur dengan rezeki yang ada...
jari jemari GEMS LOVELY... heee
Family... Mak kurang sihat sket. ari tu operate mata utk kali ke dua. Glucoma di mata sebelah kiri... Banyak masa mak ada kat umah aku sbb aku yg bawak mak check up mata n darah tinggi.. Semoga mak sht selalu... Kiki, anak sedara dah kawen last year.. tapi masih PJJ lagi. Faktor kerja masing2.. :) Lain2 macam biasa je kot. Nisa d UITM S.ALAM, Budak kecik tapi cita-cita besar. Oh yea, my kakak dah dapat baby baru. Rayyan omey.. Anak tak sengaja. hahahahaha.. Prematured baby, lahir 8 bulan, 50hari di Hospital Sultanah Aminah, Alhamdulillah, skang dah 10 bulan, badan kecik tp ligat boleh tahan. semoga sht2 sahaja yea baby..

wedding kiki kat ampang hari tu...

mak di hospital. 3 hari check in. i pon join sekali. hehe

budak omey.. botak.. bulu mata nak panjang... apsal comel sangat haaa??
ni je lah sharing ari ni.. byk nak cerita tapi tak sempat woi... komitmen masa kan.. opis lak xde tenet.., hampehh... okey la. sayang sume.. lup lup....
bye

Friday, June 30, 2017

Gems Lovely Enterprise

Assalamualaikum wbt

Gems Lovely Enteprise
Dah masuk tahun ke dua beroperasi.
Bermula dengan angan- angan mak jenin je. Sekarang masih lagi berangan-angan cuma ada beberapa langkah ke depa. Alhamdulillah.

Macam-macam benda yg ktorg jual, tudung, kerepek, sepende munafie, bantal, pomade, saree, jamu... Belajar dan ber eksperimen.. ada yang laku, ada yang tak berapa laku. hehehe.. Dan sekarang kami maintain dengan jualan bouquet.. Alhamdulillah, sambutan menggalakkan.. 

AHLI LEMBAGA PENGARAH... HAHAHAHA
Impian
Gems Lovely
Bukan setakat Label Perniagaan
Tapi Label Persahabatan, Family & Silaturahim.. InsyaAllah. :)













Bouquet mampu milik. bajet rendah untuk orang orang sekitar kawasan liputan..

Lokasi : Bandar Muar, Sg Abong, Tangkak. Bukit Gambir, Panchor, Pagoh, Lenga, Merlimau.
Bajet serendah RM25.00 sahaja.
0127433324


Thursday, June 29, 2017

Selamat hari raya 2017

Assalamualaikum..
Selamat hari raya. Maaf zahir batin..
Lama sangat tinggalkan blog. Rindu sungguh.. Tapi xde masa nak tulis2.
Dah bertahun tak menulis. tapi mmg rindu nak upload cerita ceriti.. sape tau nak tukar email blog  ke email baru??

buta IT mmg cenggini.. lemah!! 

saje nak tepek gambo raya 2017 kite .. dah bertahun tak aktif tetibe wujud plak kan. hahahaha....

Raya pertama kat umah mentua.. Redha ramai yg tunggu turn kat belakang tu 💥


ngan mak saya... kemain pak emcik, nak berzapin bagai..



Nilah gambo raya kami. akim dah bujang kan. dah besar sangat. raya kali ni die cipta sejarah paling dahsat. hahaha.. meragam memanjang.. menguji kesabaran sangat.. sabo jelah...

Monday, October 26, 2015

Bersiaran selepas 5 bulan menyepi.....

Assalamualaikum....


Monday blues.... Ok, tipu sangat.. kat Johor, no Monday blues but we have sunday blues yu olls.. kikiki... Lama sangat tak update blog.. dah 4 bulan kot, opss,5 bulan ok.. Bukan takat bersawang, berhabuk n taik cicak pon dah bole timbang kilo kot.. iyaakss...


Kenapa mak akim ni tak update blog? mak akim x gi jenjln ke? mak akim x masak2 ke.. nape tak update semua tu.. heee, over erk mak akim ni... Kesian akim, lama mak dia tak cover story dia dlm blog.. Kedekut sangat mak akim neh.. :)


Ari tu di selimuti angin malas tahap tertinggi.. Tambahan plak busy tahap gaban dan semangat kerja tahap dewa.. amacam, ohsem kan?? hahaha....Lagi sekali mama akim over.. ngehngehngeh


Ada masa, kene dulukan perkara yang penting. Lagipun update blog nie bkn bole kejap-kejap. kene amik mood dulu, usha blog kengkwn.. tu pon dah amik masa, lagi plak time opis hour, masa bkn byk sgt pon..


Kita dibayar gaji untuk slesaikan tugas-tugas kat opis, kalo separuh masa tu kita guna untuk buat kerja-kerja tak menentu camne pulak kan.. Berkat ke gaji kita, gaji nak bagi anak makan. Haish, rase nak lempang muka sendiri.. Insaf,,,, Mungkin kita tak mampu nak wat 100% komitmen kerja, tp apa kata kite cuba meminimumkan kekurangan2 seperti di atas...


Ok, paham? so, kalau kita tengak kawan-kawan tu semangat wat kerja, jangan la kita kutuk die plak, nak bodek boss or tunjuk rajin.. mungkin sebab die nak gaji yg berkat atau mmg keje die berlambak sebab semalam dia tak buat sbb die pulun tgk running man kat pc..hahaha.. nak kene pukul ke hape? hehe...


Ok la.. salam sayang-sayang dari mama akim.. muah muah....

Kebun Kembun dan Mulberi

Assalamualaikum... happy sunday u ols. di johor, sunday keje yerk.. xde makne nak golek2 sampi kul  doblas.. heee Last week aktiviti,...