Monday, January 7, 2013

ISTERI DALAM PANTANG DIBELASAH SUAMI CEMBURU

KANGAR, 6 Jan (Bernama) -- Seorang suami dilapor telah membelasah isterinya

yang dalam pantang di rumah mereka di Kampong Repoh dekat sini awal pagi

semalam, akibat cemburu.

Lelaki berumur 40 tahun itu bukan sahaja membelasah isterinya dengan lesung

batu, kerusi dan bingkai gambar, malah membakar pakaian dan motosikal isterinya,

yang baharu 40 hari melahirkan anak kedua mereka.

Ketua Polis Daerah Kangar, Supt Abdul Rahman Mohd Noordin berkata kejadian

berlaku kira-kira pukul 5 pagi.

Si suami dikatakan baharu pulang dari Kuala Lumpur dan dia kini direman

selama empat hari.

Mangsa yang berumur 27 tahun kini dirawat di Hospital Tuanku Fauziah di

sini.

Abdul Rahman berkata kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan

kerana mendatangkan kecederaan serta Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana

melakukan khianat dengan menggunakan api.

-- BERNAMA

sumber - yahoo news


-BILA IMAN DAH BERKURANGAN, INI LAH YG BERLAKU.. NAUZUBILLAH......

No comments:

Kebun Kembun dan Mulberi

Assalamualaikum... happy sunday u ols. di johor, sunday keje yerk.. xde makne nak golek2 sampi kul  doblas.. heee Last week aktiviti,...