Thursday, February 21, 2013

Assalamualaikum...

Assalamualaikum...

Program dah selesai.. lega la sesangat.. pasni bole plan cuti beranak... padahal dah dekat sgt la nie..  erm, pagi td gi klinik.. sentap giler.. bole meningkat la darah tinggi aku kalo camnie.. org sihat pon bole sakit kalo gitu la citernye... choiii......

Byk benda jadi dlm minggu nie.. Sediy, happy.. mcm2 la.... Paling sedih bile my bff yg kehilangan baby yg baru di lahirkan.. baby tu cume bertahan tak sampai 24 hours, tp tuhan lebih syg kan dia.. Sabar ye sahabat.. Tu kehendak Allah, dah tentu dia akan tunggu ko di pintu syurga nanti... Semoga Allah bagi kekuatan n kesabaran yg tinggi pada sahabat n keluarga atas kehilangan nie...

Mungkin tu jugak antara faktor yg wat aku punya darah tinggi naik sket.. Tetibe jadi sediy, takut n pikir mcm2.... Tapi semoga tuhan bagi kekuatan pd aku n baby..

Tu je lah bebel ari nie.... salam sayang....

Monday, February 18, 2013

MAKANAN UNTUK OTAK ANAK-ANAK

MAKANAN UNTUK OTAK ANAK-ANAK

1. Salmon
- Salmon merupakan sumber asid Omega 3 yang sangat baik. Kanak-kanak yang makan salmon sekurang-kurangnya dua kali semin...ggu akan mempunyai minda yang tajam.

2. Telur
- Sumber protein yang sangat mudah boleh didapati daripada telur. Kuning telur mengandungi cholineyang penting untuk perkembangan otak.

3. Mentega kacang
Kacang dan mentega kacang kaya dengan vitamin E iaitu antioksida yang mengawal membran saraf.

4. Bijirin penuh
- Otak memerlukan tahap gula secukupnya untuk membekalkan tenaga sepanjang hari. Pengambilan bijirin pada waktu pagi mampu memenuhi keperluan tersebut

5. Oat
- Oat merupakan bijirin untuk otak. Kanak-kanak yang mengambil bijirin ketika bersarapan akan mendapat tenaga pertama untuk otaknya daripada oat. Oat yang kaya dengan serat juga menyediakan tenaga sepanjang pagi untuk anak.

6. Buah beri
- Buah-buah beri seperti strawberi, blueberries, ceri mengandungi antioksida yang sangat berkuasa. Vitamin C yang terkandung di dalamnya dikatakan mampu mengelakkan serangan penyakit kanser. Kanak-kanak yang mengambil buah beri secara konsisten akan dapat memperbaiki daya ingatannya.

7. Kekacang
- Kekacang merupakan makanan otak yang utama untuk mengekalkan tahap tenaga pemikiran manusia.

8. Sayur-sayuran berwarna-warni
- Warna terang pada sayur-sayuran segar sangat baik kerana warna tersebut menandakan kehadiran antioksida padanya selain daripada vitamin dan mineral yang penting. Antioksida mengekalkan sel otak yang kuat.

9. Susu dan yogurt
- Protein dan vitamin B yang ada dalam produk tenusu penting untuk pertumbuhan tisu otak, enzim danneurotransmitters. Susu dan yogurt juga kaya dengan protein dan karbohidrat yang merupakan sumber tenaga untuk otak.

10. Daging tanpa lemak
- Daging tanpa lemak merupakan antara sumber makanan yang kaya dengan zat besi. Zat besi merupakan mineral yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak dan membantu mereka menumpukan perhatian terhadap pelajaran di sekolah. Daging lembu juga mengandungi zink yang bagus untuk memori.


INFO DARI SINI

Saturday, February 16, 2013

Jantina Baby

Tips mengetahui jantina anak dalam kandungan

Ni hanya petua orang tua-tua. Hanya ramalan mereka


... 1) Melihat kepada perut si ibu. Kalau perut ibu kelihatan tajam iaitu meruncing ke depan, maka anak dalam kandungan tu lelaki. Kalau perut ibu bulat bundar / melebar ke tepi, itu kemungkinan anak perempuan.

2) Melihat kepada nipple breast si abang atau kakaknya. Kalau nipple abang atau kakaknya terbelah..maka anak yang dalam kandungan tu anak pompuan. Sebaliknya, kalau nipple tu bulat / timbul maknanya anak dalam kandungan adalah lelaki. Ingat..nipple abang atau kakak kepada anak dalam kandungan tau.

3) Melihat arah tidur si ibu. Kalau si ibu suka tidur mengiring ke kanan.. maka kemungkinan anak yang dikandung adalah lelaki. Sebaliknya, kalau suka mengiring ke kiri mungkin anak pompuan.

4) Merasa arah berat perut. Kalau si ibu merasa bahawa anak dalam kandungan suka duduk kat sebelah kanan..mungkin anak lelaki. Sebaliknya..kalau baby tu suka dok sebelah kiri..mungkin pompuan.

5) Melihat perangai si ibu. Kalau si ibu semasa mengandung suka bersolek, bergaya.. kemungkinan anak dalam kandungan tu pompuan. Sebaliknya kalau malas nak bersolek dan bergaya anak lelaki.

6) Melihat garisan pada perut ibu. Kalau garisan tegak dari bawah ke atas tu terang dan tak putus-putus maka anak dalam kandungan tu kemungkinan lelaki tapi kalau terputus..kemungkinan pompuan.

7) Melihat pada wajah si ibu. Kalau wajah ibu berseri-seri orang kata anak lelaki tapi sebaliknya kalau muka tak berseri orang kata anak pompuan..sebab anak pompuan tu telah menarik seri wajah ibu dia..sebab tu muka ibunya tak berseri..

8) Melihat kepada buku lali si ibu. Kalau kelihatan licin dan putih berseri, kemungkinan anak lelaki. Jika kelihatan kehijauan mungkin anak perempuan

9) Melihat kepada response kakak atau abang terhadap ibu. Kalau kakak suka kat ibu mengandung ni..anak dalam kandungan kemungkinan lelaki. Tapi sebaliknya kalau kakak tak suka kemungkinan ianya sama jantina dengan dia..pompuan. Begitulah sebaliknya.



Apepun, ni cume ramalan sahaja, mungkin ada yang tepat ada yg tidak tepat. Kalo nak tepat, pg je kat klinik, dah boleh ngendap dah ape jantina.. Untuk aku mungkin ada la sket2 ciri2 kat atas yg sesuai ngn aku tp wallahualam sebab tak checkpun jantina.. tak kisah la, baby gurl or boy, yg penting dia sht n selamat.. Kannnnn..

INFO NI SY DPT DR FB DI SINI ......

tgk bentok perot agak2 ape jantina kat dlm tu?? hehehe
 

 

Friday, February 15, 2013

Pregnancy - 37 weeks

Assalamualaikum...

Sedar tak sedar dah 37 minggu.... kate org anytime pon baby bole nak kuar walaupun due awl bln 3 nti.... Tapi mmg dah rase lain dah sekarang.. perut makin berat n asik la nak gi toilet.. sometimes kalo berdiri tu, rase baby dah menonjol2 jek.. opsss, ngerii.. hahahaha...

Syukur ke hadrat Ilahi, sampai ke minggu 37 nie, keadaan aku masih ok... Awal-awal pregnant ari tu, bile dapat tau yg ade fibroid dlm perot nie, mcm2 kemungkinan n mcm2 pikir... Doctor pon bagitau kemungkinan n risiko yg bakal dihadap oleh aku... antaranya, bersalin awal dr jangkaan, pendarahan yg kerap, sakit perot dll.. Time tu mmg agak takut jugak la.. tp ape pun kene kuat n redha... Tapi setakat hari ni, aku masih kuat ( walaupun terasa lenguh2 n ngilu bwh perut tu dah rasa since 5 bln pregnant lg )  aku rasa masih kuat sbb mampu bwk motor gi keje, mampu uruskan keje2 aku tanpa menyusahkan sape2, mampu solat mcm biasa, tak perlu kerusi. Alhamdulillah, berkat doa kami suami isteri, keluarga n kawan2.. syukur sgt2..

Sekarang berharap dapat bersalin secara normal, sbb masa scan ari tu, kedudukan baby dah elok dah, lepas tu fibroid pon tak mengganggu jalan. Kalau tak ada ape2 perubahan, insyaAllah bole bersalin normal. Cuma tekanan darah n gula agak tinggi, so kat situ la aku jd serem2 plak... Takpe lah, doa jelah utk dpt yang terbaik.. :) Allah akan bagi yg terbaik utk kite kan...

Skang tinggal nak wat preparation terakhir jek untuk mama n baby.. Kalau ikutkan, 8 Ogos 2013 due date n 25 Februari 2013 baru nak gi Ceramah Rakan Suami.. Harap2 bersalin lepas Ceramah Rakan Suami tu la kan, dapat la en hubby temankan masa dalam bilik bersalin tu... Dia la kekuatan aku sekarang nie, selain mak n kakak... kalo la bole hangkut semua masuk dlm bilik tu, mmg aku hangkut semua utk bagi sokongan padu..chaiyok2!!! hehehehe.....

Ermm, ni lah cerita 37 minggu aku.... Semoga semua akan berlangsung dengan baik n di permudahkan.. :)

Untuk tau perkembangan baby utk 37minggu ni... cer klik kat sini 37weeks.... :)


Wednesday, February 13, 2013

amazing mom!!!






SELMAT PENGANTIN BARU ZURA & BEE TOTOY

SELAMAT PENGANTIN BARU DEAR....
SEMOGA BAHAGIA HINGGA HUJUNG NYAWA...
 
Rasa terkilan jugak sebab tak dapat datang ke majlis resepsi zura kat pahang. Kesihatan i tak berapa baik, darah turun naik.. mmg tak berani nak berjalan jauh, takut terberanak plak.. hehe.... Apepun, doa tetap sampai kan.. semoga bahagia selalu hingga ke anak cucu....
 
Byk kenangan kite sama-sama.. harap tak berakhir kat sini. pasni kite jumpa lagi bwk anak2 pulak..  Seronok sgt tengok kawan2 kawen... Kadang2 teringat zaman berjimba2 dulu.. happening kan??? hahaa..
 
Dah tukar status dah, harap semua akan berjalan dengan baik... Tunggu sorang je lagi kan... yg bj pepel kat bawah nie.. hehehehe... Chaiyok zai!!!!
 
Gambo nikah - copy paste dari fb pn yana
 
Sanding... cantik tau....

Selamat Berbahagia Selamanya..
Sayang kawan-kawan saya.. :)
 

Friday, February 8, 2013

SELAMAT PENGANTIN BARU BFF!!

Untuk seorang BFF.
Selamat Pengantin Baru..
Tak berapa jam akan jadi isteri orang dah.. Welcome to d club...
Saje tak nak bgtau or letak gambo dulu..
tunggu tuan punye badan expose gambo baru kiter post jugak.. hehe
 
Maaf beribu maaf sebab tak dpt dtg...
Kesihatan mmg tak mengizinkan...
ni dalam pantaun sbb darah up n down.. dah mcm roller coaster..
 
For u my bff
walau ape pun status..
kawan sampai biler2...
happy sangat dengan wedding bff nie..
sayang sgt tak dpt amik2 gambo kat pelamin dgn bff... :(
 
Semoga majlis berjalan lancar...  dan segalanya, dipermudahkan.. :)

Produk Bersalin Pilihan

Assalamualaikum...
Salam jumaat...
Lagi-lagi story pasal produk... Last week Zila datang opis, die bagi i set bersalin yg die sendiri tak pakai... huhuhu.. rezeki.. pelik jugak la, nape x pakai... mungkin die ade produk lain agaknye... ni la produk yg die bagi tu... byk gak brg yg ade....
 



brg dari amyway.. pilis, param sume ade.. cume name die tukar sket la.. br ade nilai komersial kan? hehehe
 
Tapi sehari sebelum tu, i dah wat payment utk beli produk kat sini, produk NR, dulu dikenali sbgai NONA ROGUY..
 


Berurusan ngn Pn Yanni dari Rafica Resources sgt la senang nya, dengan sms n bank in - produk dah sampai,, dah la harga jauh lebiy murah dari darga pasaran. Sape2 yang nak cari mcm2 produk kecantikan, bole la melawat kat blog MENJUAL PRODUK KECANTIKAN n kalau beminat bole terus contact tuan punye blog.. :)
 
So, ape nak buat ngn produk byk2 nie?? ke nak simpan utk anak num 2? num 2??????? haiyaa....... hehehehe...
bye semua.. :)

Thursday, February 7, 2013

WAJARKAH SI SUAMI TEMAN ISTERI BERSALIN

WAJARKAH SI SUAMI TEMAN ISTERI BERSALIN

Zaman sekarang ni,sudah banyak hospital yang membenarkan suami menemani isteri bersalin. Tapi, sejauh mana kewajaran si...tuasi ini?

Apa kebaikan-kebaikan yang boleh diperolehi?

1. Meredakan debaran di hati isteri
Saat-saat ingin melahirkan anak mestilah saat yang mendebarkan, bukan isteri sahaja yang berdebar, malah suami juga. Kehadiran suami di sisi isteri dapat meredakan debaran yang dirasai isteri. Jadi, sama-sama dapat meredakan debaran antara satu sama lain.

2. Meredakan kesakitan isteri
Kehadiran suami di sisi juga dapat meredakan kesakitan yang ditanggung oleh isteri walaupun hanya sekadar mengusap belakang isteri ketika kontraksi atau sekadar memberi kata-kata perangsang.

3. Menimbulkan keinsafan di hati suami
Secara tak langsung, boleh timbul keinsafan kepada suami apabila melihat kesakitan yang ditanggung oleh isteri dalam usaha memberikan zuriat yang diinginkan.

4. Lebih menyayangi dan menghargai isteri
Apabila melihat betapa susahnya isteri melahirkan anak, bertarung nyawa dan menanggung segala kesakitan, boleh memberi keinsafan kepada suami untuk lebih menyayangi dan menghargai isteri. Hargailah isteri anda, wahai sang suami.

5. Lebih menghargai keluarga
Melihat proses bersalin, boleh membuatkan kita lebih menghargai keluarga, bukan setakat kepada isteri dan anak-anak, malah juga kepada ibu yang melahirkan kita. Seperti mana kesakitan yang ditanggung oleh isteri, begitu jugalah kesakitan yang ditanggung oleh ibu saat melahirkan kita.

Bagaimana suami boleh membantu, jika takut melihat darah?
Suami yang takut melihat darah, masih boleh menemani isteri pada peringkat awal (tahap pertama proses kelahiran). Pada tahap ini, isteri akan mengalami kontraksi yang lebih kerap. Suami boleh membantu dengan cara:
- Memegang tangan isteri untuk menenteramkannya
- Mengurut bahagian belakang isteri untuk mengurangkan kesakitan
- Mengelap muka isteri apabila berpeluh
- Membasahkan bibir dengan air atau ketulan ais serta beri air kepada isteri

Jadi, kaum Adam sekalian, yang telah bergelar suami, adakah anda menemani isteri anda ketika bersalin? Apa perasaaan anda? (^__^)


Dari facebook ini.. :)

Wednesday, February 6, 2013

Weekend ngn kanak2.. hehehe

Tasek Dahlia Pasir Gudang.

Assalamualaikum...
Weekends kat Pasir Gudang....
Bwk anak2 buah g tasek 2 minggu lepas... mmg teringin sgt nak lepak kat sini.. ye lah kan, ni la tempat aku melepak sambil kuruskan badan dulu2... hehe.. ingt nak wat sesi photografi kat sini ngn en hubby.. tp die tak dpt join sbb lik kg, nak uruskan hal family.. so, aku ngn budak2 bwh umo la melepak kat sini.
 

Konon2 amik pic comot nak mms la tu.. wekk..

Cantik gak tasek nie skng.... bile datang sini rase dejavu jek.. touching.. hehehe

ngn kanak2 yg tersayang....

Bahagia

My beautiful... :)
 
Sampai tengahari dok kat sini.. hehehe... pastu gi jumpe cik niza jap. amik pelangsing.. kahkahakah..  tak dpt sembang lame ngn cik niza sbb dah tghari kan... nti ade mase kiter jumpe lagi yerk... :) weekend yg best ngn kwn2 n anak2 buah tercayang... :)

Tuesday, February 5, 2013

SELAMAT PENGANTIN BARU WAN & NURUL!!!!

01.02.2013 - Tarikh bersejarah antara Wan & Nurul kerana dah sah di ijabkabul sebagai suami isteri.. Alhamdulillah, tak sia2 kenal n bercinta lama2, n last berakhir ke alam perkahwinan jugak... Dengan sekali lafaz sahlah mereka ni jadi laki bini.. :)

02.02.2013 - Majlis kat umah Nurul. Kami tak datang la sebab takkan nak datang dua2 umah kan... :)

02.02.2013 - Majlis kat umah Wan, Wan ni sebenarnya member keje aku.. 3 thn aku keje kat sini maksudnya 3 thn gak dah keje sama... Wan ngn En Hubby pun penah jd housemate dulu2.. so, mmg la kami bertiga ni agak rapat la jugak.. Kami sampai kat umah pengantin dlm kul 2.30 ptg.. Wan tgh sanding2.. Kami mkn dulu.. syedap makan kambing.. hehehe.... Pastu masuk umah amik gambo, eh, baju tu kaler die comey la... :)

Pengantin baru

Kami... hehehe... tgk la aku, sgt gemuk.. ni mesti sbb mkn kambing byk sgt.. :P
Untuk pasangan pengantin....

SELAMAT PENGANTIN BARU...
SEMOGA BAHAGIA HINGGA KE SYURGA...

SELAMAT BERBULAN MADU.. BERHATI-HATI DI JALANAN OKEY....

oh Yea....
Ni ade gambar 8 bln yang lepas...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Kami 8 bln yg lepas... harap 8 bln akan dtg, nurul dah kembong mcm saya.. heheheheeh
 

Happy Tuesday..... :)




Assalamualaikum...

Selamat pagi selasa.. Rasa best ari nie. Byk bende nak cerita.. tp tak sempat la.. bz ari nie...
Have a good day semua...

Friday, February 1, 2013

Bakal Pengantin... :)

SELAMAT PENGANTIN BARU

Hazwan
&
Nurul Huda

Heeee... Tak seberapa jam lagi dorang akan bergelar pengantin baru...
Semoga semua dipermudahkan n berbahagia sampai ujung nyawa...


Majlis kat rumah Nurul pada hari esok 2 Februari 2013 n rumah Wan pd 3 Februari 2013.. InsyaAllah kami akan sampai nti.. nti amik gambo n update lg erk...
All the best utk korang... :)

p/s : pIC amik kat fb korang.. jgn marah erk.. heeee :)

Sejenak di Kebun Kami

 Assalamualaikum....
Petang2 balik keje, pegi kebun jap.. tgk hasil tanaman en hubby.. Allhamdulillah.. dah ade hasil dah... :).. Jom tengok kebun kami...
 
Kacang botol....
 

Banyak la ulam kami..

Luas tak kebun kami?? hahaha.. semua pon dalam pasu.. kehkehkeh.... kat tepi longkang
tu barisan pokok cili.. comey2 je pokoknye, tp dah berbuah tau.. semua buah tunjuk langit..
pedasssss......

Manfaatkan tanah sekangkang kera yg ade.. serai n pokok cili kat tepi2 tu...
tp pokok pisang tu bkn kami punye.. :(
 
Ni adalah hasil yg pertama,, panjang tak??

Lebih panjang dari sliper size 9.. hehehe

rezeki2.. alhamdulillah.....  :)

Hasil kebun.. bole bagi jiran2 lagi tau......
 last punyeee....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
tadaaaaaaa
...
>.
..
.>
 
heeeeee....
tak percaye kan????
:P
 
mmg la tak percaye sbb aku saje je memain... heeee.....
tq kat abg rahim sbb bg stoberi ni..
ngn magnet yg giler byk..
tgh pk nak tampal kat mane..
huahuahua.....
 
 

Kebun Kembun dan Mulberi

Assalamualaikum... happy sunday u ols. di johor, sunday keje yerk.. xde makne nak golek2 sampi kul  doblas.. heee Last week aktiviti,...