NUFFNANG

Monday, February 18, 2013

MAKANAN UNTUK OTAK ANAK-ANAK

MAKANAN UNTUK OTAK ANAK-ANAK

1. Salmon
- Salmon merupakan sumber asid Omega 3 yang sangat baik. Kanak-kanak yang makan salmon sekurang-kurangnya dua kali semin...ggu akan mempunyai minda yang tajam.

2. Telur
- Sumber protein yang sangat mudah boleh didapati daripada telur. Kuning telur mengandungi cholineyang penting untuk perkembangan otak.

3. Mentega kacang
Kacang dan mentega kacang kaya dengan vitamin E iaitu antioksida yang mengawal membran saraf.

4. Bijirin penuh
- Otak memerlukan tahap gula secukupnya untuk membekalkan tenaga sepanjang hari. Pengambilan bijirin pada waktu pagi mampu memenuhi keperluan tersebut

5. Oat
- Oat merupakan bijirin untuk otak. Kanak-kanak yang mengambil bijirin ketika bersarapan akan mendapat tenaga pertama untuk otaknya daripada oat. Oat yang kaya dengan serat juga menyediakan tenaga sepanjang pagi untuk anak.

6. Buah beri
- Buah-buah beri seperti strawberi, blueberries, ceri mengandungi antioksida yang sangat berkuasa. Vitamin C yang terkandung di dalamnya dikatakan mampu mengelakkan serangan penyakit kanser. Kanak-kanak yang mengambil buah beri secara konsisten akan dapat memperbaiki daya ingatannya.

7. Kekacang
- Kekacang merupakan makanan otak yang utama untuk mengekalkan tahap tenaga pemikiran manusia.

8. Sayur-sayuran berwarna-warni
- Warna terang pada sayur-sayuran segar sangat baik kerana warna tersebut menandakan kehadiran antioksida padanya selain daripada vitamin dan mineral yang penting. Antioksida mengekalkan sel otak yang kuat.

9. Susu dan yogurt
- Protein dan vitamin B yang ada dalam produk tenusu penting untuk pertumbuhan tisu otak, enzim danneurotransmitters. Susu dan yogurt juga kaya dengan protein dan karbohidrat yang merupakan sumber tenaga untuk otak.

10. Daging tanpa lemak
- Daging tanpa lemak merupakan antara sumber makanan yang kaya dengan zat besi. Zat besi merupakan mineral yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak dan membantu mereka menumpukan perhatian terhadap pelajaran di sekolah. Daging lembu juga mengandungi zink yang bagus untuk memori.


INFO DARI SINI

2 comments:

Ryn Ishak said...

gf....amalkan telur tu tok baby nnt...bg mkn hari2...telur separuh masak kalau nak exam...insyaAllah :)

Ryn Ishak said...

gf..bg mkn telur tu nnt hari2...telur separuh masak kalau time nk exam..insyaAllah...:)