Wednesday, July 31, 2013

RAHIM HANYA ADA SATU.. BUKAN RAHIMAH RAHIM ATAU RAHIM RAZALI.....

RAHIM HANYA ADA SATU..TIADA GANTI LAGI..JAGALAH IA SEBAIKNYA......
 



 Tiada sesiapa memahami sakit senggugut, kecuali wanita.
Tiada siapa memahami sakit mengandung, kecuali wanita.
Tiada siapa memahami sakit bersalin, sama ada normal atau ceaser, kecuali wanita.
...
Even dalam proses pecah dara pun, tiada siapa yang tahu sakitnya pecah dara, kecuali wanita.

Bagitahu saya, adakah pengalaman2 yang mereka lalui ini terlalu enteng? Terlalu minimal? Terlalu sedikit?

Lalu berhakkah satu2 pihak mengatakan wanita berpantang ini hanya melalui salah satu proses yang BIASA? Tidak perlu dijaga? Tidak perlu dimanja? Tidak perlu berpantang?

"Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid."
Sungguh tinggi darjat wanita.

Lalu mengapa ada wanita sendiri yang mengabaikan darjat yang disediakan untuknya?
Mengapa ada suami yang dengan senang-lenangnya melayan ibu di dalam pantang seperti hamba?

Jangan hanya kerana sang ibu sudah boleh berjalan, boleh makan, boleh tersenyum, boleh ketawa, kalian menganggap dia kuat. Sedangkan kalian tidak dapat membayangkan bagaimana nyawa mereka dihujung jantung semasa meneran dan mengeluarkan bayi mereka di dewan bersalin. Sedangkan kalian tak tahu bagaimana perut mereka dilapah 7 lapisan, termasuk rahim dihiris, satu persatu demi menzahirkan seorang anak.

Dan kepada wanita. Rahim anda hanya sebesar buah pear. Disitu anda melayan suami saban malam, mengeluarkan darah haid saban bulan, mengeluarkan bayi saban tahun.

Sebiji buah pear, mengeluarkan seorang manusia?

Lalu, jika dapat difikir menggunakan akal, jika dapat dihisab menggunakan fikiran, betapa tenatkah rahim anda sekarang? Atau akan datang?

Maka, sayangilah rahim anda. Janganlah ditenatkan lagi rahim yang sudah bekerja keras setiap detik untuk anda. Berpantanglah.

Dan untuk suami yang menganggap ini semua perkara enteng. Bukan sesuatu yang enteng melahirkan anak yang tak tahu mengenang pengorbanan rahim seorang wanita, iaitu rahim ibu2 kalian. Jika tiadapun perasaan malu, sekurang2nya adalah sedikit perasaan kesian. Jika anda masih layak bergelar suami.

Ada sebab mengapa syurga di bawah tapak si pemilik rahim.
 
SUMBER : FACEBOOK INI

Tuesday, July 30, 2013

Dah puasa ke 21 eh???

Assalamualaikum...

Tajuk cam pepoyo je kan.. hahahaha,, tp serius la, mmg tak sedar. Dalam bz bangun sahur, masak subuh-subuh, pegi keje, balik jumpa akim, main-main, masak untuk berbuka, dah nak raya kan... Alhamdulillah, gigih tau jadi isteri mithali nak masak setiap hari.. hehehehhe...

Setakat hari ni, tak da la preparation raya yang meletop-letop, semuanya serba sederhana. Yang byk pun untuk si kecik yang makin besar tu... baju lama byk dah fit. so kene beli baju baru la... Untuk mama n papanya semuanya simple je.. mamanye pun sampai la ni, blm ade beg raya, iskk, sentap tau..... :(  kueh raya stakat ni ade 4 jenis jek, tu pon main tunjuk-tunjuk. Nak buat tak sempat la.. kerepek je beli 2 jenis... ah, senang cite sederhana la.... dah jadi mak orang camni la kan, kalo bujang dulu, awal-awal dah gi saloon, buat rambut, buat rambut tegak-tegak tu.. hahahahaha.... zaman mude remaja kann.....

bukan rambut tegak-tegak gini eh.... hahahaha
*pic google*

rambut cenggini la kononnye... haaa, mude sangat la kan???? hahahaha
*pic google*



haa, camtu la.. tetibe blur nak sambung post, gara-gara ade soal selidik plak kat sini... aissshhhh,,,,,
ok la semua, selamat berbuka puasa....

KAWAN

 
Kawan...
Pikir-pikirkan la...
 

Friday, July 12, 2013

Hamil dan Ramadan

Assalamualaikum..

Apa khabar semua? sihat ke? aku okey je.. ari ni puasa hari ke 3 dah.. sekejap je masa berlalu kannn.... Tengok kat facebook, ramai kengkawan yang pregnant time ni.. teringat plak last year, bulan puasa aku pregnant 2 bulan. Alhamdulillah, time tu mmg aku sgt sihat dan bertanaga. Diberikan kekuatan untuk berpuasa n yang paling best, aku dapat puasa penuh sebulan.. Dah berbelas tahun tak dapat puasa penuh, masa mengandung nie mmg best la... Awal-awal puasa, aku mmg batuk n selsema, pegi klinik, doktor cadangkan tak payah berpuasa, takut effect pada baby, tp aku rase aku mampu n kuat. Semua berjalan dengan baik... Syukur..

Pastu time puasa ni la, aku mengidam nak mkn laksa n onde-onde. Korang tau kan ape tu onde-onde?? ala kueh buah melaka tu la... hehehe. tapi yang paling best sume tu nak masak sendiri... padahal byk gerai kat bazar ramadan yg jual bende tu tp nak jugak masak sendiri okey... Laksa penang tu dah masak, makan sket jek, separuh buang je, tak sedap.. kelat... yang onde-onde tu makan banyak.. sedapp.. hehe.. la ni, si onde-onde tu dah keluar dah.. namanye al hakim.. my baby sayang...

Sepanjang puasa, banyak minum air, tak nak lemah. tekak tak meragam, makan je ape pon ok.. mmg good la tekak, takde muntah-muntah.. dapat jugak berterawih ngn en hubby... best sgt. la ni susah sket coz baby selalu tak tido lg.. kalo solat maghrib dapat la berjemaah, tu pon die dah bunyi-bunyi, hek hok hek hok.. tapi tak nanges la... Esok, dah besar sket, InsyaAllah die paham...

Apapun, jiwa kena kuat. Banyak-banyak selawat istigfar.. Berdoa semuanya akan ok.. InsyaAllah 

Thursday, July 11, 2013

CERITA CERITI PUASA

Assalamualaikum…


Selamat Berpuasa u olss.. Macamana puasa u olls setakat hari nie… Pada aku Alhamdulillah, seronok sgt… penat sket la tp berbaloi2… hehe… last year berpuasa berdua, tahun ni dah bertiga pulak.. Alhamdulillah. Last year dpt puasa penuh walaupun tgh pregnant 2 bln… tgun nie tak tau lg… harap2 kalo dapat penuh best jugak… insyaAllah…. Yang paling syiok, this year aku bertekad utk memasak utk sahur dan buka, ye lah kan last year pun asik ngelat jek, maklumlah pengantin baru plus tgh pregnant kan… tak larat nak masak la syg.. beli je lah…. Hehehe… tp this year, no more ngelat2… kene jimat carmat tau.. baby makin besar, belanja makin tinggi.. so sendiri mau hengat eh…. Lgpun nak try skill masak jugak, maklum la tak pandai masak, sib baik laki jenis tak kisah, masak ape je die mkn.. die kate, kan rezeki ni, sedap je…. Soleh kan laki i.. syukur…. Hehehehehe..
nasi ayam sambal plus popiah goreng n air sirap limau

This is my juadah berbuka semalam feluh2 I masak, sib baik en hubby kate sedap, abg suke sambal camni blab la bla… tak tau la statement amik ati ke ape.. tp die leh mkn dah cukup bagus la tu… harap2 citer2 utk menjadi tukang masak sepenuh masa berpuasa di mudahkan kecuali hari2 yg perlu buka kat luar lain la yerk… ok la … got to go… see u next time eh….

BERSALIN

ASSalamualaikum wbt….

Walaupun dah 4 bulan lebih berlalu, tp aku still nak cerita pengalaman aku bersalinkan si kecik akim… kang lg lama, lagi aku lupa… Esok-esok, bila Akim dah besar, biar dia baca coretan ni n dia tau camna mama die menahan sakit dan sedap untuk keluarkan die.. begini cerita nya..
2 ari sebelum masuk wad


04 Mac 2013 – Isnin

Due date bersalin, 8 Mac 2013. Tapi hari ni aku dah mula bercuti tambahan pulak, ada appoiment kat O & G Hosp. Sultanah Fatimah. Umur kandungan 39 minggu 3 hari. Jumpa doktor, check kesihatan. Aku memang ada darah tinggi dan fibroid, doctor cadangkan aku masuk wad hari tu juga. Takda sebab nak tunggu lama-lama. Takut risiko tinggi. Aku balik umah dulu, mkn sotong n bawak mak pegi Tangkak cari kain. Takda rasa sakit pun. Pukul 5 bergerak pergi hospital, sampai sana pukul 6, terus pegi wad bersalin untuk check.


name tag
sakit wooo kene cucuk


Wad bersalin – Tukar kain kaler pink, check semua, baby okey,Cuma masalahnya darah tinggi dan kencing kotor. Tanda-tanda bersalin belum ada lagi. Tapi kena masuk wad juga n esok pagi masuk ubat untuk paksa baby keluar.Aku kena masuk wad 14. Umur aku dah 31 tahun, nil ah 1st time tido kat hospital, tak best. Haha, mana ada tido hospital best kan… hehehe… Tgh malam tu dah rasa sengal-sengal. Subuh dah ada keluar darah sikit. Tanda-tanda la tu. Jumpa doctor dengan harapan tak payah masuk ubat, org kata masuk ubat tu lebih sakit dari sakit semulajadi. Gerun gue… Permintaan tidak dilayan. Kena masuk ubat juga la gamaknya.

Muke ceria.. belum sakit lg.. baru nak masuk wad.


05 Mac 2013 – Selasa

6 am, masuk ubat. Eh, gitu je upenye.. ingatkan sakit.. hehe.. Pas masuk ubat, makan sarapan dengan bestnya, mandi wangi-wangi n tunggu masa nak sakit.. hehehehe…. Pukul 9 dah mula, mengeras sikit-sikit. Pastu makin kerap, adeh tegang rasa semuanya. Pukul 11 lebih, doctor check jalan tak bukak pun lagi, tapi sakitnya, aduyai. Kul 12 lebih en hubby datang temankan, baru dapat tido sekejap. Kul 2 en hubby kena keluar kontraksi makin kerap, nyut..nyut..nyut… sakit wooo….. Pukul 3, sekali lagi doctor check bukaan dah 4cm, Alhamdulillah.. boleh masuk wad bersalin. Kena tolak naik wheelchair, hadui. Rasa jauh betul wad tu. Padahal dekat jek… Terus masuk dalam bilik bersalin no 5. Nurse semua wad preparation letak itu ini. Pukul 4, bukaan masih 4cm. kontraksi pun makin kerap. Hubby pun dah sampai, nak temankan aku. Alhamdulillah, memang perlu ajak suami teman, dapat kongsi sakit, hehe.. Pukul 5, bukaan masih sama 4cm, baby dah mula lemah, that’s not good.doktor decide, kena wat czer untuk selamatkan mama n baby. Doktor jumpe en hubby untuk explain n tandatangan. Aku dah tahap redha, sakit sangat-sangat. Sesekali ada rasa nak meneran, tp sebab bukaan kecik semua tu dah tak membantu.

6 pm – aku di tolak masuk ke wad perbedahan, Redha la aku. Dalam bilik pembedahan tu, aku cam dah mamai sebab sakit sangat. Nampak la doctor dan misi-misi buat keja sane sini. Time nak bius kat tulang bekang aku, tetibe rasa nak kencing sangat, bile aku cakap kat misi, dia kate kencing jek, bussssshhh, rupanya air ketuban yang dorang pecahkan masa dalam wad bersalin tu. Masa tu, selawat dan zikir je jadi peneman, minta Allah mudahkan segalanya dan selamatkan aku dan baby.. Lepas je bius kat tulang tu, terus hilang segala rasa sakit semuanya, Badan tetap lemah sebab tahan sakit. Cuma dengar kelentang kelenting je, bunyi segala benda.. eeeii, kalo ingat balik ngeri nye, depa potong perut tu… aiyyakkk…. Dalam bilik tu mmg sejuk gile… aku cakap kat doctor yang aku sejuk sangat. Dia ambil tuala dan selimutkan tangan n kepala aku. So sweet… hahaha.. tapi tetap sejuk, macam sejuk dari tulang. Mengigil-gigil. Suara aku dah serak dah sebab kehausan. Since masuk wad bersalin td tak boleh minum. Air selusuh yang aku bekal pun tak minum. Tambah dengan sejuk, lagi la kering tekak. Tiba-tiba dengar baby menangis, anak aku ke tu, amboi besarnya suara dia. Alhamdulillah,jam 6.55ptg baby selamat dilahirkan. Perut aku je nak kene sulam, terasa kulit di tarik-tarik, ngilu… Tak lama lepas tu, misi bawak baby dekat aku, Alhamdulillah, dia bagi cium n letak kat dada kejap. Tu la nikmatnya bila tengok baby ada depan mata. Ibu-ibu yang penah rasa tau la kan perasaan tu. Baby di ambil balik dan bagi papa dia untuk di azankan. En hubby kata, masa dia azankan, baby buka mata. Subhanallah, agaknya dia kenal suara yang selalu bacakan ayat suci, masa dia dalam perot dulu.


Dah selesai semua, aku di hantar ke mana pon tak tau, yang pasti aku still rasa sejuk yang teramat-amat sangat. Aku di rehatkan sekejap kat bilik tu.Tak lama lepas tu, aku dah stabil, dia bawa keluar untuk balik ke wad 14. Syukur Alhamdulillah. Jumpa En Hubby, muka lega n seronok. Masuk wad, kena baring tak boleh bergerak n tak boleh pakai bantal. Sabar je lah, jumpa misi, mintak minum sikit je.. tak bole katanya, 6 jam tak boleh minum.. aduyai.. tekak aku rasa nak pecah dah.. haussss… puasa pon tak cenggini.

En Hubby datang, die tahnikkan baby. Jumpa mama, borak-borak sekejap. Lepas tu dia balik rumah dengan bekalan uri 1 beg nak di cuci dan di tanam. Alhamdulillah, en Hubby cuci sendiri uri tu dan tanam belakang rumah kami. Aku pun rehat dan tido, sesekali terdengar baby-baby menangis, ada macam suara baby aku.. anak ku kah itu?? Setiap jam sedar sbb terlalu haus, sampai pukul 3 am, aku menghitung minit, kul berapa la boleh minum. At last, kakak misi ti datang bagi minum air mineral.. ahhhhhhhhhh, sedapnyaaaaaa….. aku minum dengan banyaknya… hahahaha… baru la bole tido balik dengan tenang.


En hubby tahnik kan anak beliau...

6 Mac 2013 – Rabu

Pagi ni,misi hantar baby pada aku, dia kata baby aku tu ketua koir, suara dia yang paling kuat, dan baby-baby lain lepas dengar babyku menangis, dorang bersambung-sambung nangis jugak. Hahaha… betullah suara baby yang aku dengar malam tadi. Dan pagi ni jugak aku dah kena bergerak , segala tiup dah di buka n kalau nak pergi tandas, kena gerak sendiri. Aduyai, perut plak ada tampal-tampal. Slow-slow jalan nak ke tandas tu. Aku ada sedikit jangkitan kuman kat saluran kencing, so takleh control. So paham-paham la, nasib lah, misi-misi kat HSF wad 14 tu baik-baik orangnya. Pagi tu, dengan perut yang kebulur, dia bagi air tea susu dengan roti kot, aku makan je lah, lapo sgt nie..ha, seharian kembung.. sabar je lah. Baby ada kat sebelah, baru dapat tengok muka dia betul-betul. Cam tak puas, asik nak tengok jek, geram… Ajar baby menyusu badan. 1st time pengalaman, indah tak terkata. Mak dengan en hubby datang, bestnya… mak tengok cucu baru.Baby biasalah, siang tido lena, malam berjaga n menangis, mungkin susu aku tak banyak, di masih lapar, misi amik n bagi susu, anta semula dia dah tido.

sehari selepas bersalin


8 Mac 2013 – Jumaat

Aku dibenarkan balik hari ni, yeahhh.. east or west, home is d best. Pukul 3, aku bergerak keluar dengan en hubby n baby. Terima kasih kepada doctor-doktor, jururawat di wad 14 dan wad bersalin Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar yang banyak membantu kami semasa kami di sana dari 4 - 8 Mac 2013. Segala jasa kalian amatla kami hargai. Semoga Allah membalas segala jasa kalian.
sign dulu sebelum kuar

muke ceria nak balik... jom baby, kite balik umah kita....
Alhamdulillah, bersyukur dengan rahmat Allah. Dikurniakan seorang anak yang sempurna. Semoga aku dan suami diberi kekuatan untuk mendidik anak ini jadi yang terbaik untuk semua. Entah berapa perkataan Alhamdulillah ada dalam entry bersalin aku. Tak tergambar dengan kata-kata betapa bahagia dan bersyukur dengan kurniaan ini.

my happy family

 

Tuesday, July 9, 2013

Salam Ramadan

Assalamualaikum..

Salam Ramadan buat semua... Jom kita sucikan hati jiwa dan segalanya bermula dari ramadan dan seterusnya... Kalau ada kekhilafan dan kesilapan ampun maaf di pinta..

Wassalam...

#mood happy nak ramadan plus my lappy dah kembali pulih.... syukur..

Kebun Kembun dan Mulberi

Assalamualaikum... happy sunday u ols. di johor, sunday keje yerk.. xde makne nak golek2 sampi kul  doblas.. heee Last week aktiviti,...