Thursday, July 11, 2013

BERSALIN

ASSalamualaikum wbt….

Walaupun dah 4 bulan lebih berlalu, tp aku still nak cerita pengalaman aku bersalinkan si kecik akim… kang lg lama, lagi aku lupa… Esok-esok, bila Akim dah besar, biar dia baca coretan ni n dia tau camna mama die menahan sakit dan sedap untuk keluarkan die.. begini cerita nya..
2 ari sebelum masuk wad


04 Mac 2013 – Isnin

Due date bersalin, 8 Mac 2013. Tapi hari ni aku dah mula bercuti tambahan pulak, ada appoiment kat O & G Hosp. Sultanah Fatimah. Umur kandungan 39 minggu 3 hari. Jumpa doktor, check kesihatan. Aku memang ada darah tinggi dan fibroid, doctor cadangkan aku masuk wad hari tu juga. Takda sebab nak tunggu lama-lama. Takut risiko tinggi. Aku balik umah dulu, mkn sotong n bawak mak pegi Tangkak cari kain. Takda rasa sakit pun. Pukul 5 bergerak pergi hospital, sampai sana pukul 6, terus pegi wad bersalin untuk check.


name tag
sakit wooo kene cucuk


Wad bersalin – Tukar kain kaler pink, check semua, baby okey,Cuma masalahnya darah tinggi dan kencing kotor. Tanda-tanda bersalin belum ada lagi. Tapi kena masuk wad juga n esok pagi masuk ubat untuk paksa baby keluar.Aku kena masuk wad 14. Umur aku dah 31 tahun, nil ah 1st time tido kat hospital, tak best. Haha, mana ada tido hospital best kan… hehehe… Tgh malam tu dah rasa sengal-sengal. Subuh dah ada keluar darah sikit. Tanda-tanda la tu. Jumpa doctor dengan harapan tak payah masuk ubat, org kata masuk ubat tu lebih sakit dari sakit semulajadi. Gerun gue… Permintaan tidak dilayan. Kena masuk ubat juga la gamaknya.

Muke ceria.. belum sakit lg.. baru nak masuk wad.


05 Mac 2013 – Selasa

6 am, masuk ubat. Eh, gitu je upenye.. ingatkan sakit.. hehe.. Pas masuk ubat, makan sarapan dengan bestnya, mandi wangi-wangi n tunggu masa nak sakit.. hehehehe…. Pukul 9 dah mula, mengeras sikit-sikit. Pastu makin kerap, adeh tegang rasa semuanya. Pukul 11 lebih, doctor check jalan tak bukak pun lagi, tapi sakitnya, aduyai. Kul 12 lebih en hubby datang temankan, baru dapat tido sekejap. Kul 2 en hubby kena keluar kontraksi makin kerap, nyut..nyut..nyut… sakit wooo….. Pukul 3, sekali lagi doctor check bukaan dah 4cm, Alhamdulillah.. boleh masuk wad bersalin. Kena tolak naik wheelchair, hadui. Rasa jauh betul wad tu. Padahal dekat jek… Terus masuk dalam bilik bersalin no 5. Nurse semua wad preparation letak itu ini. Pukul 4, bukaan masih 4cm. kontraksi pun makin kerap. Hubby pun dah sampai, nak temankan aku. Alhamdulillah, memang perlu ajak suami teman, dapat kongsi sakit, hehe.. Pukul 5, bukaan masih sama 4cm, baby dah mula lemah, that’s not good.doktor decide, kena wat czer untuk selamatkan mama n baby. Doktor jumpe en hubby untuk explain n tandatangan. Aku dah tahap redha, sakit sangat-sangat. Sesekali ada rasa nak meneran, tp sebab bukaan kecik semua tu dah tak membantu.

6 pm – aku di tolak masuk ke wad perbedahan, Redha la aku. Dalam bilik pembedahan tu, aku cam dah mamai sebab sakit sangat. Nampak la doctor dan misi-misi buat keja sane sini. Time nak bius kat tulang bekang aku, tetibe rasa nak kencing sangat, bile aku cakap kat misi, dia kate kencing jek, bussssshhh, rupanya air ketuban yang dorang pecahkan masa dalam wad bersalin tu. Masa tu, selawat dan zikir je jadi peneman, minta Allah mudahkan segalanya dan selamatkan aku dan baby.. Lepas je bius kat tulang tu, terus hilang segala rasa sakit semuanya, Badan tetap lemah sebab tahan sakit. Cuma dengar kelentang kelenting je, bunyi segala benda.. eeeii, kalo ingat balik ngeri nye, depa potong perut tu… aiyyakkk…. Dalam bilik tu mmg sejuk gile… aku cakap kat doctor yang aku sejuk sangat. Dia ambil tuala dan selimutkan tangan n kepala aku. So sweet… hahaha.. tapi tetap sejuk, macam sejuk dari tulang. Mengigil-gigil. Suara aku dah serak dah sebab kehausan. Since masuk wad bersalin td tak boleh minum. Air selusuh yang aku bekal pun tak minum. Tambah dengan sejuk, lagi la kering tekak. Tiba-tiba dengar baby menangis, anak aku ke tu, amboi besarnya suara dia. Alhamdulillah,jam 6.55ptg baby selamat dilahirkan. Perut aku je nak kene sulam, terasa kulit di tarik-tarik, ngilu… Tak lama lepas tu, misi bawak baby dekat aku, Alhamdulillah, dia bagi cium n letak kat dada kejap. Tu la nikmatnya bila tengok baby ada depan mata. Ibu-ibu yang penah rasa tau la kan perasaan tu. Baby di ambil balik dan bagi papa dia untuk di azankan. En hubby kata, masa dia azankan, baby buka mata. Subhanallah, agaknya dia kenal suara yang selalu bacakan ayat suci, masa dia dalam perot dulu.


Dah selesai semua, aku di hantar ke mana pon tak tau, yang pasti aku still rasa sejuk yang teramat-amat sangat. Aku di rehatkan sekejap kat bilik tu.Tak lama lepas tu, aku dah stabil, dia bawa keluar untuk balik ke wad 14. Syukur Alhamdulillah. Jumpa En Hubby, muka lega n seronok. Masuk wad, kena baring tak boleh bergerak n tak boleh pakai bantal. Sabar je lah, jumpa misi, mintak minum sikit je.. tak bole katanya, 6 jam tak boleh minum.. aduyai.. tekak aku rasa nak pecah dah.. haussss… puasa pon tak cenggini.

En Hubby datang, die tahnikkan baby. Jumpa mama, borak-borak sekejap. Lepas tu dia balik rumah dengan bekalan uri 1 beg nak di cuci dan di tanam. Alhamdulillah, en Hubby cuci sendiri uri tu dan tanam belakang rumah kami. Aku pun rehat dan tido, sesekali terdengar baby-baby menangis, ada macam suara baby aku.. anak ku kah itu?? Setiap jam sedar sbb terlalu haus, sampai pukul 3 am, aku menghitung minit, kul berapa la boleh minum. At last, kakak misi ti datang bagi minum air mineral.. ahhhhhhhhhh, sedapnyaaaaaa….. aku minum dengan banyaknya… hahahaha… baru la bole tido balik dengan tenang.


En hubby tahnik kan anak beliau...

6 Mac 2013 – Rabu

Pagi ni,misi hantar baby pada aku, dia kata baby aku tu ketua koir, suara dia yang paling kuat, dan baby-baby lain lepas dengar babyku menangis, dorang bersambung-sambung nangis jugak. Hahaha… betullah suara baby yang aku dengar malam tadi. Dan pagi ni jugak aku dah kena bergerak , segala tiup dah di buka n kalau nak pergi tandas, kena gerak sendiri. Aduyai, perut plak ada tampal-tampal. Slow-slow jalan nak ke tandas tu. Aku ada sedikit jangkitan kuman kat saluran kencing, so takleh control. So paham-paham la, nasib lah, misi-misi kat HSF wad 14 tu baik-baik orangnya. Pagi tu, dengan perut yang kebulur, dia bagi air tea susu dengan roti kot, aku makan je lah, lapo sgt nie..ha, seharian kembung.. sabar je lah. Baby ada kat sebelah, baru dapat tengok muka dia betul-betul. Cam tak puas, asik nak tengok jek, geram… Ajar baby menyusu badan. 1st time pengalaman, indah tak terkata. Mak dengan en hubby datang, bestnya… mak tengok cucu baru.Baby biasalah, siang tido lena, malam berjaga n menangis, mungkin susu aku tak banyak, di masih lapar, misi amik n bagi susu, anta semula dia dah tido.

sehari selepas bersalin


8 Mac 2013 – Jumaat

Aku dibenarkan balik hari ni, yeahhh.. east or west, home is d best. Pukul 3, aku bergerak keluar dengan en hubby n baby. Terima kasih kepada doctor-doktor, jururawat di wad 14 dan wad bersalin Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar yang banyak membantu kami semasa kami di sana dari 4 - 8 Mac 2013. Segala jasa kalian amatla kami hargai. Semoga Allah membalas segala jasa kalian.
sign dulu sebelum kuar

muke ceria nak balik... jom baby, kite balik umah kita....
Alhamdulillah, bersyukur dengan rahmat Allah. Dikurniakan seorang anak yang sempurna. Semoga aku dan suami diberi kekuatan untuk mendidik anak ini jadi yang terbaik untuk semua. Entah berapa perkataan Alhamdulillah ada dalam entry bersalin aku. Tak tergambar dengan kata-kata betapa bahagia dan bersyukur dengan kurniaan ini.

my happy family

 

No comments:

I'm Back!!

Tajuk acah-acah taiko sgt.. wekkk Im back sbb lame tak upload.. kat opis xde line tenet. dah 8 bulan kot.. Hari ni baru repair.. baru e...