Tuesday, September 3, 2013

MAJLIS AKIKAH MOHAMMAD AL HAKIM

Assalamualaikum....
Alhamdulillah, setelah sekian lama, dapat jugak aku update entry nie... dah 3 bln terperap hokey... hehe..
 
Majlis ni, aku buat pada 01 Jun 2013, Alhamdulillah selamat dah majlis akikah akim.. memang dah niat nak buat cuma tarikh yang tak pasti. Memandangkan 01 jun ni minggu akhir sebelum aku naik kerja, tambahan pulak bersamaan anniversary me ngn en hubby, so this is a lucky date I guest...
 
Majlis ini serba sederhana sahaja, makanan catering plus ngn kambing sekali.... Kat rumah cuma tambah masak ayam sambal, rojak, sayur keladi dan ikan masin. nyum nyum... Mungkin rezeki alhakim murah, dari sehari sebelum majlis dan hari berlangsung majlis, banyak sangat saudara mara, jiran-jiran sedekahkan kueh-mueh... hampir 10 jenis kot, agar2 je ada 5 jenis kot.. plus kek, bahulu.. alhamduillah rezeki anak mama la kan.. syukur... Sayangnya, makanan tak sempat posing.. bz sgt mak pengantin neh.. hehehe....
 
Pagi seawall pukul 7.00 aku ngn hubby dah bergerak ke pasir gudang untuk amik makanan kat sana, jauh kan?? hehe.. xlah jauh. sejam ke perjalanan.... Balik ke rumah, hampir pukul 11.00. Majlis bermula dengan bacaan berzanji dan marhaban..
 
 
 
En Hubby tengah baca berzanji. Pn Isteri tukang amik gambor sahaja.. eheheh..
 
Biasanya, baby akan di cukur jambul, tapi disebabkan alhakim dah botak masa 7 hari dan rambut dia pun tak tumbuh lagi, so kita bawak akim jumpa tetamu.
 

My Mak with New Cucu

Akim jumpe tetamu

Makcik-makcik saya

May mother in law yang hujung tu....
 
Selesai berzanji dan marhaban semua, tetamu di jemput makan.. Nikmati juadah yang ada. Alhamdulillah, tetamu tak surut, sentiasa ada jek, walaupun letih tapi mmg rasa seronok sgt. Tetiba jadi mak pengantin, Malu plak rasanya, hahaha.
 
 
01 Jun 2013 bersamaan dengan tarikh wedding anniversary me ngn hubby yang pertama. Alhamdulillah dah setahun dah kan.. Dan seronoknya tahun pertama ini, tuhan bagi hadiah yang amat istimewa yang mana kami sambut bertiga dengan mohammad alhakim, hadiah yang paling-paling istimewa dan best sangat tu la.. hehehe.
 
My kakak dah buatkan kami pulut kuning special untuk raikan wedding anniversary kami ni.. tq kakak....
Pulut kuning

Happy Wedding Anniversary.. Setahun Yang lepas baju ni la kami
pakai untuk disatukan.. cewahhh.. Still muat lagi, blm gemuk sgt la tu.. syukurrr. :)


Me n Alhakim
US-CINTA HATI SAYA

Alhamdulillah, selesai majlis akikah mohammad alhakim dan majlis anniversary mama dan papa. Semoga Allah sentiasa merahmati kehidupan kami sekeluarga InsyaAllah.
I LOVE YOU MOHD AL KADRI n MOHAMMAD AL HAKIM..
Kalian berdua kebahagiaan mama dan semoga kekal hingga ke syurga.. Aminnn......

No comments:

I'm Back!!

Tajuk acah-acah taiko sgt.. wekkk Im back sbb lame tak upload.. kat opis xde line tenet. dah 8 bulan kot.. Hari ni baru repair.. baru e...