Saturday, October 19, 2013

SALAM AIDILADHA

Salam Aidiladha...
Jom layan gambar-gambar aidiladha.
 
My Family....

Me Sister n Niece

Family Kakak

Kami..

My baby boy... saying dua-dua...

Akim dengan kakak Qiqiey

Friday, October 18, 2013

Jom santai kat JOM SANTAI

Assalamualaikum...
Nak cerita pasal minggu lepas punya cerita. ehehehe.... Sesekali rasa boring pulak makan Nasik, nak jugak makan western food, aicehh.. Kat Bukit Gambir ni tak tau mana la nak cari western food yang sedap denagn suasana santai n rilekss kan???
 
Ok, teringat pulok kat restoren JOm Santai nie, lokasi kat area Rawang Muor... bkn Selangor yerk.. Dari Bukit Gambir amik masa dalam setengah jam je.
 
Masa sampai tu, wah ramai nya orang.. Takut takde sit jek, en hubby pg usha line dulu, sib baik ada sit, Alhamdulillah...
Jom Santai
 Jom santai ni lokasi di halaman umah jek, ada kaunter n skrin tv besar. Memang santai la. Ramai customer pulok tu. Tak lama duduk ada akak dtg amik order. Walaupun ramai customer, tapi akak ni tetap layan kami dengan baik dan bole suggest la makanan n minuman yang sedap kat sini. Bukan apa ye kengkawan, ada antara kedai makan ni, bile ramai org, pelayan dah wat muke ketat. Ntah pape ntah....
Ada wifi laa.... jom online...
 I order lamb chop dengan air limau+ asam boi n en hubby mkn lamb chop jugak dengan air epal+asam boi. Tengok-tengok menu mmg banyak pilihan dengan harga yang berpatutan. Lamb cjop pon baru RM9.90 kalo tak silap, sirloin steak baru RM12.90. Nasi putih dengan lauk pauk pun ada, mmg banyak choice la.
 
Budak kecik ni tak order sebab die takde gigi nak makan...


Budak kecik lagi...
 Order sampai, jom try test.. nyummyyyy... sedap-sedap.... Air sedap sangat... selalunya, air sejuk ni dorang letrak banyak ais jek, yang ni, mmg tak byk ais dan air die mmg sedap dan ada rasa. tak tawar la. gelas besar pulak tu.. sangat puas hati okey... Lamb pon sedap, lembut jek..
Saya puas hati.. hehehe.. :)
tadaaaa, lamb chop dan air sedappp.. hehehe
Untuk kengkawan kat area Muar, Bukit Gambir, Tangkak dan sekitarnya, sapa nak santai2, I suggest kat jom santai nie. Pada I memang memuaskan. makan sedap, layanan memuaskan, dan suasana yang santai dan yang paling penting adalah harga yang berpatutan..  2 lamb chop, 1 epal+ asam boi, 1 limau+asam boi, otak-otak 5, RM27.++.. So? nak pk ape lg? Jom la.......

Friday, October 11, 2013

RAHSIA SURAH AL-KAUTSAR

RAHSIA SURAH AL-KAUTSAR
BISMILLAHI RAHMANI RAHIM

INNA A'TTOINA KALKAUTSAR
FADSALLILI ROBBIKA WANHAR
INNA SYAANIAKA HUAL AB TAR

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat dan diturunkan di makkah dan bermaksud sungai di surga.kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Berbagai khasiat terkandung di dalam surah ini boleh di amalkan:

baca surah ini ketika hujan turun dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t memakbulkan doa kita.

jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosokan di leher, insya Allah hilang dahaga

jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bengkak sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x mudah-mudahan Allah s.w.t bagi ilham kepada kita dimana letaknya sihir itu

jika membacanya 1, 000x rezeki kita akan bertambah

jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat

jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi

(ADA 2 PILIHAN UNTUK ANDA)
1)biakan didalam ini tanpa bermanfaat untuk orang lain.
2) anda sebarkan pada semua kenalan anda.

Rasulullah bersabda,
Barang siapa menyampaikan satu ilmu saja dan ada orang yang mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia) dia akan tetap memperoleh pahala. SELAMAT BERAMAL...

Dari sini - Ceramah

Wednesday, October 9, 2013

Sabah Day 4 ( Last Day )

Sabah Day 4
 
Hari terakhir di Sabah.. Sob..Sob.... Akhirnya tiba di hari terakhir.  Bangun seawall 5pagi. Kemas apa yang patut. Baru terasa yang banyaknya barang!!! akim pun bangun awal, mandikan dan kemaskan dia, abang amir beli breakfast lg hari ni. Kueh mueh yang besar gedabak tu. Ari ni beli nasi lemak kaler kuning ar, tp pic takda pulak.
 
Hari ni kena keluar awal sebab nak sambung misi mencari tshirt. Selesai breakfast, load barang masuk dalam van, pastikan takda ape yang tertinggal, anak-anak sume cukup, tak kurang.. hehehe.. okey lets go.. Kunci bagi abang yang jaga rumah tu.Kami pun bergerak untuk misi seterusnya.
 
Seawal 8am dah ada kat depan pasar Filipina or Pasar Kraftangan. Kat tepi pasar tu ada pasar lambak ar, cam pasar karat gak, ade jual sayuran, baju pon ada. Tapi main longgok je lah..
 

Pasar Pagi

Akim badmood sebab kepenatan..

Posing jap kat pasar, Pusing-pusing, tgk apa yang ada. Tanya pada peniaga berdekatan, Pasar Kraftangan ni buka biasanya pukul 9 or 10 am. Kitaorg punya flight pukul 10.10am, tak sempat la.. Ati ada keciwa sket la. Pikir balik, pasar besar mesti dah bukak, tak jauh dari pasar kraftangan ni, kat tinggat atas ada gak jual baju-baju dan barang-barang lain. Let's go.. Masa yang ada harus digunakan sebaik yang boleh, habiskan duit yang ada.. yieeehaaaa....
 
Aku dengan zila dah macam explorace pulak.. Kat sini memang tak banyak pilihan, lagipun kedai baru bukak, harga pon berlagak mahal. cess....Sib baik ada jugak yang berkenan di mata, harga pun bole cerita la, walaupun tak semurah harga kat pasar Kraftangan tu, boleh la, dari tak ada.. huhuhuhu... Last punya, gi borong kueh cincin, belacan, udang kering.. Habiskan saki baki duit yang ada kan???? heeeeeeeeeeeee.....
 

Muka shuke sangat lepas duit dah abis...
 
Selesai bershopping, Jom pegi airport, nanti tertinggal kapal terbang pulok. Sampai airport, sempat lagi sambung shoping kecil-kecilan.. Dasar wanita, mmg kuat sangat shopping.. ehhh, lelaki pon same kot.. hehehe..
Kelabu mata...

Kesian akim, terkepet2 tu haa..

Sabar ye sayang, jap lagi kite terbang pulang....
Setel drop bag, sempat la rembat anak patung 2, 1 utk jiha, 1 untuk akim.. takut bosan masa dalam flight, kena belikan mainan.  Jom masuk balai pelepasan. Tak lama menunggu, ada announce untuk beratur cam kanak-kanak untuk masuk kapal.. yeaaahhh..... 
jom nek kapaltobang


Cepat amik gambo... Nanti kene marah. hahaha
Masuk dalam kapal jek, eh pelik.. nape kami dok kusi merah, depan sekali pulok tu.. ni kan hot seat?? Upenye, baru teringat yang masa penerbangan kami ni di cepatkan, so seat pon di ubah. Beli seat biasa, tapi dok hotseat. Tapi depan sekali la pulok, masa dorang tgh set untuk anta makanan, orang yang kat depan ni keroncong perot, bau sedap..  Sib baik dapat gak beli nasi lemak sebungkus. Last tuh.. :P Sempat jugak beli fridge magnet Air Asia.. Duit yang ujung-ujung tu.. hahaha...
Cakkkk.. Akim lena sepanjang perjalanan...

Orang belakang tetibe sibuk pulok.. haha..

Ha, tambah lagi.. hehehe

Kami sekeluarga...
Alhamdulillah, lega rasenya tiba di Senai Airport. Cuaca tak berapa baik, hujan gerimis. di airport, kami berpisah. Abg pie dan kakak dah ada kat sana nak jemput kiteorg.
 
Syukur Alhamdulillah, percutian yang sangat menarik dan menyeronokkan. Harap-harap 1 hari nanti dapat lagi bercutian bersama-sama. Maybe bole jalan jauh lagi sket.. ewaahhhh, berangan.. heeee.....
InsyaAllah kalau takda aral, aku, hubby, baby n mak akan ke Langkawi pada Mac 2014. Hope takda aral melintang pukang la. saja nak bawak mak rasa naik kapal terbang. :)
 
Okeylah, tamat suda cerita 4 hari di Sabah. Nanti aku akan bukak 1 entry lagi untuk tips and ctc num tokei homestay n van sewa kat sana. Untuk kegunaan aku jugak, manetau esok lusa nak pegi lagi.. ehhhh??? haaaahahahaha.... bye....

Artikel untuk parent and parent to be.. untuk anak bijak... InsyaAllah

Artikel untuk parent and parent to be..

Subject: Otak Kanan - Teknik Jepun Shichida Methods...

Beberapa minggu lepas boss aku ada cakap kat aku yg dia antaq anak die 2
thn pergi Sichida kelas...yakni kelas yg di uruskan oleh jepun melatih
anak-anak befikir menggunakan otak sebelah kanan. Otak sebelah kanan ni lebih
efektif sebenarmya dari otak sebelah kiri tetapi kena practise sikitlah
penggun...aannya. Kelas ni mahal,kalau kelas tadika juanna yg aku nak masukkan tahun depan tu cost nye lebih tinggi dari cost kite satu semester kat ITM, tapi boss aku ni atas kesedaran bahawa ramai sgt cine yang pergi kelas tu utk ajar anak2 depa dan melayu cuma setengah kerat aje...dia pun bersetuju ngan niat ikhlasnye untuk ajar aku dan staff melayu yg lain.

Aku pun nak korang practisekan bende ni kat anak korang, sebab baru
seminggu aku buat kat anak aku...dah nampak keberkesanannya.

1. Sewaktu anak nak tidur atau tidur-tidur ayam, cakap kat die sepenuh
hati dan sejujurnya yang kita sayang kat dia, dia budak baik, dia anak
soleh, dia budak kuat, tak sakit, dia budak pandai dsb. Sbb during tidur-tidur ayam ni otak kanan sedang bekerja, otak kiri dah tidur dah, tapi kena buat seikhlas
hati...kalau tengah marah ..tak jadi. kalau anak korang tu dah tidur,
ramas-ramas jari atau tangan dia, macam picitlah supaya dia kembali berada
dalam tidur2 ayam punya situation. Aku buat kat anak aku sebab die bangun
pagi lambat pas tu siap melalak-lalak lagi, aku cakap hari-hari kat dia,
dia budak baik, dia suka pergi sekolah, dia budak sihat, dia nak bangun
awal....sekarang 6.30 dah bukak mata termasuk sabtu n Ahad.

2. Start guna cards untuk ajar anak. Aku ajar ABC-Z guna card seminggu
je,sekarang dah kenal semua huruf dah siap boleh eja perkataan
pendek-pendek..buat card banyak-banyak dan tunjuk kat dia orang
cepat-cepat..macam..a..b..c..d..e, insya Allah cepat die dapat sebab bila
kita tunjuk kad laju-laju atau cepat-cepat otak kanan die bekerja keras untuk tangkap apa benda yang kite tunjuk tu...kita boleh buat card 1,2,3, gambar-gambar...potonglah gambar kat mana-mana dsb.

3. Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan, so ajar anak korang
main tanah liat, main water colour, melukis, gunting kertas, origami dsb.
memang le kite yang kene mengemas tapi takpe....satu lagi cuba korang lukis gambar, contohnye rama2, tapi sebelah sahaja dan suruh die orang sambung lukis
ikut apa yg korang lukis tu kat sebelah lagi...ini pun dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan....Korang tau kenapa cine, ngan jepun pandai-pandai....sebab depa makan guna chopstik...chopstik tu mengaktifkan kerja tangan and as well gerakkan otak kanan.

4. Jgn marah-marah atau tengking anak........sebab depa boleh simpan
semuanya dalam otak kiri....kalau termarah depa, pi balik kat cara no 1
tadi, and mintak maaf kat die.....

5. Satu lagi develop they all punya imagination by start bercerita kat die
orang dan suruh depa sambung cerite tu, walaupun cerita tu memang lah
merapu takpa.....kita pun bukan tak biasa merapu....

6. Main teka-teki ngan they all, taruk satu barang dalam kotak tissue and
suruh depa teka apa benda tu. First few times boleh bagi option
macam....bagi tau colour, bunyi, lama-lama depa boleh develop six sence by concentrating depa boleh teka apa benda dlm kotak tissue tu........ni semua utk aktifkan otak sebelah kanan. Tapi ingat.....semua game yg hangpa nak buat ngan dia tu cuma boleh buat setengah jam sehari....tak payah lama-lama.

Sebelum buat exercise ni, kena tarik nafas dalam-dalam and relaks...tak
boleh buat time tengah nak masak ka, basuh kain ka tengok tv ka, tak
jadi....Buat kena ikhlas, and merendah diri sikitlah bila dah terror ini semua satu cara yng Tuhan lagi Maha Mengetahui kalau Dia izin anak kite nak pandai
Alhamdulillah tapi kita kena berusaha, dan bersyukur kalau dah berhasil sebab bila2 Dia boleh tarik balik..betui dak......Aku pun tengah try lagi ni...

Lagi satu untuk berkongsi sesama pembaca....

Kaunselor UTM pun ada cakap benda yang sama dan dia
ada ckp ttg perkataan jangan kat anak-anak. kalau kita banyak sangat guna
perkataan jangan kat anak-anak.....itu lah yang anak akan buat.....so lepas nie kena ganti perkataan jangan tu kepada perkataan lain plak...contohnya....Tolong
senyap Abang,,,berbanding Jangan bising bang..

Dlm Islam sendiripun menggalakkan kita ibubapa bercakap2/berdoa dgn anak2
ketika mrk dlm proses nak tidur sbb pada ketika itulah di antara waktu2 doa dimakbulkan..
 
Artikel dicedok daripada : fb kak mie

Monday, October 7, 2013

Sabah Day 3


Sabah Day 3

Morning sabah.. pukul 5.00 pagi automatic mata dah celik, azan berkumandang depan rumah je kan.. Lepas solat subuh, angkat baju-baju kotor, pi dapur… Ape lagi, mendobi la, homestay ni siap washing machine tau, fully auto lagi walaupun tahap antik, tp still baik lagi. Balik nanti takda la kain kotor berbakul-bakul. Oleh sebab homestay kitaorang tu berpagar semua, so tak risau nak jemur baju, confirm tak hilang. Lepas cuci baju, jom breakfast.. Hari ni breakfast kat rumah saja, buat milo, beli kueh, Abg Amir beli nasi lemak. Brulp…. Kenyang Alhamdulillah.


 

Plan untuk hari ni??? LET’S PULAU!!!!! Kalau ke Sabah, antara aktiviti yang patut buat adalah melawat salah satu Pulau yang cantik-cantik kat sini. Di Taman Tunku Abdul Rahman ada beberapa Pulau yang boleh kita pergi, antaranya adalah Pulau Mamutik, Pulau Manukan, Pulau Sulug, Pulau Gaya dan Pulau Sapi. En Hubby dah mengigil-gigil nak rendam kat pulau, jiwa diver la katekan.. cehhh… Jom ke Jesselton Point tengok tiket. Actually, semalam member abg chik dah offer untuk 1 boat die bagi RM200 plus dengan snorkelling set, tapi tak amik sbb nak usha kat Jesselton  Point.
*pic google
 
*pic google


Sampai kat sana, usha kat kaunter, satu Pulau RM23.00 or RM33.00 ( lupe la ), tax RM7.20, kanak-kanak RM18.00. Kalau nak pergi 2 pulau atau lebih, tambah lagi RM10.00 setiap 1 pulau. Kira punye kira, kalau untuk kami laki bini saje memang boleh amik la, tapi kesian kat Abg Amir n family, tolak tambah kena bayar 100lebiy, fuh, tak berbaloi… Mintak Abg Chik call member die yang offer bot semalam tu. Sekali dia kata sudah takde la. Alamak, frust nya… Tak seronok pulak kalau kami je pergi, sian abg Amir. Bincang punya bincang, takpe lah, kitaorg hantar abg amir pegi  Lok Kawi Wildlife Centre n aku n zila pergi la ke mana-mana. Dalam ati agak kecewa la jugak sebab tak dapat pergi Pulau coz tu antara senarai ‘mesti pergi’ yang aku dah buat. Kecian jugak kat en hubby, dah bersemangat nak pergi, Dalam hati berdoa moga ada kesempatan dapat pegi sana.
*pic google

Tetibe hp abg chik berbunyi dan tetiba jugak muka aku pandang penuh harapan, walaupon tak tau sape yg call. Hahahaha, dasar kepoh. Dia angkat dan bercakap, ala-ala berita gembira jek. Dia tanya kiteorg, ada bot la, nak pegi tak? Mestilah jawapan semua, NAK!!!! Van patah balik ke Jesselton Point, masuk parking. Bayaran bot RM180 saja tapi takde alatan snorkelling, kalo nak sewa asing la.. Syukur Alhamdulillah… Berkat doa,  sekejap je Allah bantu. Alhamdulillah… Dah bayar tax, jom naik bot…J







Kami pilih untuk ke Pulau Mamutik atas cadangan Abg Bot sbb katanya coralnya sangat cantik. Perjalanan dlm 15 minit sahaja, tak jauh pun. Sampai je Pulau, wah ramai nya orang, hehehe.. Pulau yang cantik, air yang jernih, menarik tertarik.. Tourist pun ramai. Sebelum masuk bayar RM3 per person untuk marine tax kalo tak silap. Jom lepak-lepak. Kami dapat tempat lepak yang agak baik sebab ada meja semua.Senang la baby akim n baby jiha nak tido.. Kat sini byk didikan khemah yang siap kerusi meja macam umah kenduri kahwin tu. Kebanyakan telah di booking oleh tourist, kat sini la juga tempat cuci mata kalo nak tengok bikini bottom.. hahahaha..  Tadi kat jetty, aku dah beli sarung kamera untuk di gunakan di dalam air, ley la en Hubby amik gambar ikan-ikan kat bawah tu, ye la pn besar kan kene jaga baby, no chance la nak masuk ke laut, tengok gambo je le… L



 





 

Lepas papa mandi, time mama pulak nak snap-snap.. Jom Akim kite posing kat laut hijau nan cantik, saujana mata memandang, ayat drama swasta..  Dah siap semua, call abg bot, dia dtg ambik kiteorg. Dia bawa pusing kat Pulau Manukan sebelum balik ke jeti. Tq untuk abang yang peramah tu. Alhamdulillah dapat juga ke Pulau yang cantik di Sabah ni.
 




 



 





pulau manukan

Pandangan Kota Kinabalu dari laut.

 
Lokasi seterusnya adalah Pasar-pasar-pasar, dari pasar basah, ke pasar ikan masin dan ke pasar Filipina, dekat-dekat je tu. Selamat bershopping sahabat-sahabatku… Aku cuma bercucian mata, penat kot, belum ada mood nak shopping. Yang paling best adalah abg Amir n Family, siap kotak bagai. Seronok… hehehe…. Pukul 3.30ptg, bergerak balik ke rumah untuk rehat, akan keluar semula petang nanti. Yang penting pukul 7.00ptg kena ada depan tv coz citer JANNAH tu last episode. Haha, i tak follow pon, dorang-dorang yang follow, laki bini lagi.. meriah..hahaha..



 
 

Akim macam tak sihat, mungkin sebab perubahan cuaca, tapi risau juga kalau susu yang aku beli semalam tak kena dengan perut dia. Malam tu jugak bermula la misi mencari susu Akim, pegi giant pun tak ada. Last-last call GPS bergerak, terus spot pasaraya yang jual susu anmum langkah 2. Terus gerak ke sane. A ahaaa, ada pun, yahoo.. misi mencari susu bucuk selesai… Terima kasih kawan-kawan… Misi seterusnya adalah jom shoping sampai pengsan.. Malam ni kene beli segala yang patut, ingatlah segala, makcik,pakcik, makngah, makteh untuk di beri  souveniur.

 

Dah selesai shopping, baru ingat nak makan, malam ni agak special sebab, tokey homestay sekaligus GPS bergerak kami nak belanja, Alhamdulillah, rezeki ALLAH tiba pada masa yang sangat sesuai. Duit dah hampir selesai , lepas bershopink, datang la rezeki makan sedap. Syukur… Makan sedap dan jus avocado nya pon sedap sangat.. lembut je.. nyummy… Akim agak meragam, mmg dia penat sangat la tu, dah 3 ari non  stop berjalan sampai tengah malam baru balik, kesian die.. Selesai makan, jom balik tido… Shoping sampai pengsan pun, ada jugak yang tak beli. Dok sibuk ingat nak beli untuk org tu, org ni, tshirt laki bini tak beli..  Nampaknya, esok ada kembara mencari tshirt aku n hubby pulak.. maknenye kene bangun awal, check out awl n bergerak ke pasar pilipina. Itu pun kalo ada la..
harapan…

 

Balik umah kene kemas barang siap-siap. Esok pagi bole keluar awal untuk misi seterusnya.. Aduii, penatnye… Jom kemas….

Kebun Kembun dan Mulberi

Assalamualaikum... happy sunday u ols. di johor, sunday keje yerk.. xde makne nak golek2 sampi kul  doblas.. heee Last week aktiviti,...