Tuesday, October 1, 2013

Sabah Day 1

 Assalamualaikum...

22hb-25hb september aku akan berada di Kota Kinabalu Sabah bersama rombongan cik kiah.. Kiah la sangattt.... Sebenarnya flight tiket ni dah di booking pd bln 10/2012 dgn total harga untuk aku n en hubby rm333, bila baby keluar, tambah infant rm100, so total semua adalah rm433. bole la, air asia kan, everyone can fly....

Nama pon rombongan cik kiah la sangatt, so geng yg join bersama ialah kiah-kiah la jugak, Zila, n husband n barbynye Jiha bambam dan jugak abg amir n wife serta puteri-puteri nye kakak dan adik. Meriah rombongan Cik Kiah kali ni..


Muka teruja anak dan bapak naik kapal terbang. hehe 

Dulu, travel2 mcm ni cume bwk diri je. kali ni 1st time bwk baby pastu naik flight plak tu, so kne listdown brg ape penting yg perlu bwk supaya x susah kemudian ari, cewahhh... yg penting bj die mesti cukup, kalo kite ley la recyle kan, utk bby, x bole2.,,, kecian die. yg lain, mcm stokin, susu, makanan, pampers,botol susu, brg mandian,minyak yu yee n ubat ubatan yg simple dan mcm2 lg la. tu yang kena list kan.

Terminal 2 KKIA


Akim n jiha with us, akim rilek jek pakai bj tido naik flight.. hahaha





Kami bergerak dari p.gudang 2hb jam seawal 5.15pg. sampai airport senai, zila dah ade kt sane, check in kt mesin n drop bag terus.. aku ingt beg aku ni besar sgt, rupenye beg zila lg besar dan byk, mcm nk pindah terus je. hihihi.... lps drop bag, terus msk tmpt pelepasan, solat subuh kejap. lepas je solat subuh, dah announce kena msuk flight kt gate 4. beratur la kami pulak, alhamdulillah akim x meragam, agaknye die pon teruja nk naik flight cam papa dia,.  hihi...kami terbang jam 7.25pg. Penerbangan sangat lancar, cuaca baik n sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Terminal 2 Kota Kinabalu pukul 9.30 pg. Driver van dah ada tunggu kitaorang n naik van terus ke homestay.

 
 



Masuk kawasan Sembulan tu agak seram la jugak sbb kawasan dia tu ala-ala sting garden. jalan agak sempit, rumah rapat rapat. Kata en driver tu, kawasan tu tak lama lg nk majukan dah. Mmg dekat sgt dengan bandar kk. Sampai je homestay tu, wow!! besar okey, siap berpagar, masjid betul2 depan rumah. dua tingkat.kami tinggal kat tingkat atas. ada seorang penjaga rumah stay kat tingkat bawah.Alhamdulillah semua baik dan sempurna.Aku ambil bilik di belakang, zila pun sama, bilik utama di beri kepada abg amir n family yang akan sampai malam ni.  Kami siapkan baby dulu, mandi dan bagi  makan dulu, selepas tu pengembaraan kami pun bermula.....

 
 
 

Pengembaran kami menjelajah kota kinabalu pun bermula. Jam dah pukul hampir 12 tengahari. Kena bergerak cepat ke lokasi pertama iaitu Pasar Gaya, terletak di Gaya Street, hanya beroperasi pada hari Ahad sahaja dari jam 8.00 hingga 1.30ptg refer sabah tourism..  Nasib baik la ada GPS bergerak, iaitu member pada abg chik (husband zila) mudah la cari lokasi Gaya Street ni. Ktorg pusing-pusing je kat Pasar ni. Besar gak kawasan ni n menjual macam-macam barang termasuk mutiara, souveniur dan pet pun ade cam kucing n puppy…

















Selesai ronda Pasar Gaya, kitaorg terus bergerak nak cari Lok Kawi Wildlife Centre. Dalam masa yang sama nak cari kedai makan, perut dah kebulur.  Lagi sekali berterima kasih pada GPS bergerak tu sbb menunjukkan kami ke jalan yang benar setelah jumpa jln yg tidak benar. Hehehe…Apepun singgah makan dulu, makan nasi campur. Yang beza nya kat sini, setiap kali mkn, akan di hidangkan sekali dengan kuah sup. Mula-mula pelik gak coz xda sapa order sup rupanya mmg bagi sekali.. hehehe… Dah selesai makan, bergerak menuju ke Lok Kawi Wildlife Centre.




Add caption



Sampai sini jam dah pukul 2.30 ptg. Show akan bermula jam 3.15ptg. Kalo naik train pun jam yang sama. Kami ambil keputusan untuk masuk n jalan kaki kat dalam Wildlife Centre ni.Tiket nak masuk adalah RM10 per person, kalo nak naik train tambah lagi RM2.00. WILDLIFE CENTREni taklah besar sangat, tp berpeluh2 jugaklah mengusung beg, mengusung anak. Dalam zoo ni ada mcm-mcm binatang, ye lah dah name pon zoo kan. Tp yang menarik ati kiteorg adalah Orang Utan dan Monyet berhidung kelakar.. haha, monyet tu masa muda remaja hidung kecik n mancung. Dah besar die jadi monyet berhidung kelakar, name betul tu tak tau la pulak, huhu..…. Show binatang pukul 3.15 petang. Belum sempat show habis, sicomel Akim n Jiha dah boring plus penat.







Kitaorang pon bergerak naik van balik, sebelum sampai rumah sempat la pusing kat Pantai Tg Aru, x singgah pun. Kat sini ada tempat makan tp kami tak makan pun, lalu je tengok-tengok. Pastu balik rumah. Maghrib seawal jam 6.13ptg. Untung homestay dekat dengan masjid, alert tiap kali masuk waktu solat; Alhamdulillah



Lepas maghrib bergerak pulak mencari makan-makan. Kami ke pasar Filipina or Psar Kraftangan, Dari homestay amik masa lebih kurang 10 ke 15 minit jek.  Kat area pasar Filipina tu kan ada pasar seafood, hehehe. Macam-macam ada, ktorg share n beli ikan bakar, udang bakar, sotong dan kepak ayam ngn nasi putih. Sambal belacan di tambah denga hirisan mangga..Total semua RM64.. Tapau nak mkn kat rumah, kat sana byk sgt asap, x sesuai untuk baby-baby kami. Kalau sesapa teringin nak makan lobster pon ada, Cuma kami cam segan nak amik biler seekor menjejak RM130, hehehe, terima kasih je lah yerk..Sebelum balik, pusing-pusing pasar malam dulu, survey-survey barang. Pukul 9.30 balik rumah dan makan sampai pengsan.






 Malam tu Abg Amir n family baru sampai. Abg chik n En hubby gi jemput dorang kat airport. Aku n akim dah lena kepenatan kat bilik yang sejuk tu.. nyamannn….. esok ada planning yang super padat.. so, kena rehatkan badan…

Bersambung di Sabah Part 2

No comments:

I'm Back!!

Tajuk acah-acah taiko sgt.. wekkk Im back sbb lame tak upload.. kat opis xde line tenet. dah 8 bulan kot.. Hari ni baru repair.. baru e...