Tuesday, October 1, 2013

Sabah Day 2

Day 2 di Sabah

Waktu subuh seawal lebih kurang pukul 5am. Planning kami pukul 6 dah kena keluar sebab nak bergerak ke kundasang makan masa 2 jam, nak singgah sane sini lagi kan.  Alhamdulillah sekali lagi urusan di permudahkan, kawan abg chik yang jugak tokey homestay tu dah sediakan kami seorang driver untuk bawak kami ke kundasang. Syukur la. Sbb perkara ni aku dah pikir dari semenanjung lagi, keadaan jalan ke kundasang tu dah la berpusing-pusing, bawak van yang tak biasa bawak, banyak tempat nak pergi pulak tu. Takut tak sempat driver kepenatan. Tapi bila di beri driver yang mmg pakar, hola hup la.. bole tido dengan nyaman dlm van nanti… yeahhh…

 

Bergerak jam 6.30am, singgah breakfast kat area menggatal kalo tak silap. 1st trip aku ke sabah 3 thn lepas, kat sini jugak singgah makan sebelum ke kundasang. Dejavu seketika…. Ewahhh. Makan megi goreng jek, share ngn hubby. Selesai makan, jom jalan….

Lokasi pertama adalah, Rumah Terbalik. Tiket masuk RM10. Ingatkan masuk saja je, tapi ada guide la yang menceritakan pasal rumah ni, amik masa 20 minit yang pada aku buang masa je, cerita pun bukan kisah benar pun. Cam main pondok-pondok pulak rasenya, ada kisah mak, ayah dan anak yang nakal. Anak nakal ni la menyebabkan rumah tu terbalik. Gitu lebih kurang ceritanya. Mungkin sbb nak buat kita rasa berbaloi la dengan bayaran yang dikenakan dgn adanya ourist guide untuk bercerita.Kamera tak di benarkan dalam rumah ni. Kat luar bole la. Kalo dalam rumah boleh amik gambar takut takde pelawat nak masuk dah nanti, semua pakat tengok gambo je kan,. Tapi sweet je tengok pekerja perempuan kat sini, semua pakai kain batik, tp guide tu ikat kain mcm ikat kain pelekat daaa…. Hehehehe… syomel….



 
 
 
 


 



 
Selesai jek, jom bergerak ke Kinabalu Park. Antara spot yang wajib pergi kalo jejak ke Sabah nie. Aku yang dah penah jejak pun nak jejak lg. Tempat yang sangat best, nyaman dan aman.Menikmati ciptaan Allah yang sangat awesome… Tq Allah atas kurniaanMu… Sebelum sampai Kinabalu Park, Driver kitaorg singgah kat Pekan Nabalu tp kat belah belakang die, ada kawasan rumput yang boleh amik gambar berlatar belakangkan gunung kinabalu. Cuaca sangat baik, Puncak gunung Nampak clear. Cantik…..



 
Tiket masuk ke Kinabalu Park hanya RM3 seorang. Tiket tu jangan dibuang ye, boleh di guna pakai untuk masuk Poring Hot Spring nanti. Driver bawak kami terus ke Timpohon Gate, tempat permulaan sape yang nak mendaki. Kami mendaki tangga je lah, amik gamba kat atas. Hehe.. Dalam 15-20 minit kat sini, nikmati suasana yang cukup tenang, nyaman..  Kalo kat sini, aku cadangkan korang gi la buang air, ley rase kesejukan air atas gunung nie, menjerit haku dlm jamban, sib baik xde orang lain dlm tandas tu.. hahahaha…



 
 
 
 
 
Bergerak tinggalkan Kinabalu Park, terus menuju ke Sg Moroli untuk berjumpa ikan kelah. Kat sini aku tak pernah pergi lagi,so, teruja sket la kan… Kat sini tiket masuk RM5 per person, 1 group kene bayar RM3 untuk bawak masuk kamera, tak kira la berapa byk kamera dlm grup tu.. Time kami masuk tu, takda sapa dalam tu, so bile jejak je kaki kt sungai, ikan tu semua serbu kaki kitaorg, geli gilerrrr…… hahahahaha… kelakar betul biler semua menjerit-jerit kegelian. Yang pompuan kalo jerit cute jek, yang lelaki ni cam kelakar plak.. hahaha… mungkin ikan ni kelaparan. Tu yang serbu nak mintak mkn.. Ikan tu semua besar-besar, yang bergesel-gesel kat kaki dah cukup gelik. Yang gigit-gigit kaki tu yang tak tahan, sakit woooo… tak payah dah gi spa ikan. Tu dah cukup baik.. neutral lagi… haha… Masa kat sini 15minit je rupanya, kami tak tau. Puas je rendam kaki baru naik. Hehehe…













Lokasi seterusnya pulak, Sabah Tea. Dekat betul dengan Sungai Moroli tadi. Sekejap je kat sini, amik gambar sahaja. Setahu aku, bole melawat dalam kilang ni dengan bayaran yang aku pon tak pasti.Tengok macamana Sabah Tea dihasilkan. Kami tak masuk pon, jap je kat sini, amik gambar sahaja.. Tea pun tak beli, hehe…

Bergerak lagi ke Poring Hot Spring pulak, kat sini pakai tiket dari Kinabalu Park tadi. Bole la masuk untuk rasa air panas, nak rendam kaki, nak rendam body pon bole, ada la kolam-kolam besar untuk berendam badan. Kat sini akim beyak, senang mama nak bersihkan akim, siap tukar pampers, bagi makan pulak. Senang ati kalo dah bagi anak makan. Mama perot berkeriuk takpe, baby tak bole.. Dah selesai, mama pulak rendam kaki kejap.. lege sket kaki yang lenguh ni. Jam dah pukul 2pm, masing-masing perut dah kebulur, tu yang takley lame-lame kat sane. Jom makannnnn….. bergerak ke Ranau untuk makan.. Makan nasi campur dan kuah sup free.. Alhamdulillah lege dah mkn…



Selesai makan, ada lagi 2 lokasi nak singgah. Jom tgk lembu kat Desa Cattle.. driver kata, kiter pergi petang ada susu coklat. Ni adalah lokasi yang mmg aku nak pegi sesangat.. ralat betol masa ke sini 3 thn lepas tak dtg sini. Kali ni tercapai jugak hajat aku. Cuma petang ni masa si lembu pam susu. So takde la melepak kat tengah padang. Baru nak feeling kat New Zealand. Takpelah janji dah sampai, dah bau aroma lembu dan dapat beli susu lembu. Dpt amik pic lembu beratur  pon bole la… hehe..

 






Semua dah kepenatan, tapi kembara harus diteruskan. Persinggahan seterusnya adalah Pekan Nabalu, sapa nak shopping, silakan la… Aku mmg dah penat gile n mood  shopping pon takde, biarlah abg amir n family je shopping. Aku lepak van je. Akim pon dah tidur. Penat sangat. Driver pn terlelap jugak. Kesian die. Mmg penat la bwk van ke kundasang ni. Selesai amir shopping, jom turun ke bawah.. arghh, tak sabar nak sampai rumah. Nak rest…. Penat….
Jam dah pukul 5 lebiy, tp cuaca mula gelap. Tak sempat sampai rumah sebelum maghrib ni, tak solat lagi. Allah dah mudahkan jalan, jgn lupa kat Dia pulak. Berdoa aku dalam hati semoga di mudahkan lagi. Sesapa yang tak pernah ke kawasan kundasang ni, kat area ni mmg agak susah nak cari masjid/surau sbb kebanyakan penduduk kat sini beragama kristian, so gereja mmg di mana-mana. Dan tak hairan la, Warung Bakas Bakar ade sepanjang jalan ke Kundasang ni.. Tau tak bakas tu apa?? Bakas tu Ba Alip Ba Ya.. hihihi..
               Driver bawa kami ke jambatan Tamparuli. Jambatan yang glamer tu, Syukur Alhamdulilla, tak jauh dari situ ada masjid, ape pun jom kiter tunaikan ape yang patut dulu. Selesai solat, rase bertenaga pulak. Mungkin muka dah kene air, tu yg rase lege sket, baru la seronok nak jln atas jambatan Tamparuli ni. Aku tak tau sejarah jambatan ni, yang aku tau lagu die jek, lalalalala…



               Selesai jek, jom la kiter balik… Badan mintak rehat ni… mintak mandi. Akim pon mintak mkn, mandi.. pnt jalan seharian.Balik rehat kejap, mandi. Dorang tgk citer Jannah. Keluar balik dalam pukul 8.30pm kot.
Malam ni kami ke pasar kampong air, saje la tengok-tengok. Lepas tu pegi cari mkn, singgah tempat makan kampong air, kalo tak silap, besar jugak tempatnye, kami order untuk tapau jek, mkn kat umah lagi syiok. Aku order set nasi lalap n hubby order nasi goreng belacan.. Susu akim pun dah habis, cari susu anmum tak jumpe2, last2 belikan susu lactogen, harap takde masalah...
 




 




 
  Order siap, jom balik mkn.. Sampai rumah, semua makan same-same, sekali tengok mak datuk, kuantiti setiap makanan adalah sangat banyak. Nasi lalap aku saje, mcm set ayam penyet,, cume yang ni ayam goreng yang tak di pukul penyet, tp 2 ketul besar.. nasi selonggok, mmg bole mkn 2 orang, hubby punye nasi goreng pon same, byk sgt…. Tu belum masuk tomyam, lauk n nasi-nasi dorang punye, Air pulak setiap 1 air dah mcm 1 jag, so bayangkan zila n husband order air fresh oren n air tembikai, amik la sorang se jag. Hahahaha…. Puas ati mkn yang byk… Kepak ayam sabah mmg terbaik. Sedap, kuah die pekat dan sedap… nyummy….
 

Lepas kenyang, tido…. Huh, stok lemak berkembang dengan jayanyaaa…….

No comments:

Kebun Kembun dan Mulberi

Assalamualaikum... happy sunday u ols. di johor, sunday keje yerk.. xde makne nak golek2 sampi kul  doblas.. heee Last week aktiviti,...