NUFFNANG

Monday, October 7, 2013

Sabah Day 3


Sabah Day 3

Morning sabah.. pukul 5.00 pagi automatic mata dah celik, azan berkumandang depan rumah je kan.. Lepas solat subuh, angkat baju-baju kotor, pi dapur… Ape lagi, mendobi la, homestay ni siap washing machine tau, fully auto lagi walaupun tahap antik, tp still baik lagi. Balik nanti takda la kain kotor berbakul-bakul. Oleh sebab homestay kitaorang tu berpagar semua, so tak risau nak jemur baju, confirm tak hilang. Lepas cuci baju, jom breakfast.. Hari ni breakfast kat rumah saja, buat milo, beli kueh, Abg Amir beli nasi lemak. Brulp…. Kenyang Alhamdulillah.


 

Plan untuk hari ni??? LET’S PULAU!!!!! Kalau ke Sabah, antara aktiviti yang patut buat adalah melawat salah satu Pulau yang cantik-cantik kat sini. Di Taman Tunku Abdul Rahman ada beberapa Pulau yang boleh kita pergi, antaranya adalah Pulau Mamutik, Pulau Manukan, Pulau Sulug, Pulau Gaya dan Pulau Sapi. En Hubby dah mengigil-gigil nak rendam kat pulau, jiwa diver la katekan.. cehhh… Jom ke Jesselton Point tengok tiket. Actually, semalam member abg chik dah offer untuk 1 boat die bagi RM200 plus dengan snorkelling set, tapi tak amik sbb nak usha kat Jesselton  Point.
*pic google
 
*pic google


Sampai kat sana, usha kat kaunter, satu Pulau RM23.00 or RM33.00 ( lupe la ), tax RM7.20, kanak-kanak RM18.00. Kalau nak pergi 2 pulau atau lebih, tambah lagi RM10.00 setiap 1 pulau. Kira punye kira, kalau untuk kami laki bini saje memang boleh amik la, tapi kesian kat Abg Amir n family, tolak tambah kena bayar 100lebiy, fuh, tak berbaloi… Mintak Abg Chik call member die yang offer bot semalam tu. Sekali dia kata sudah takde la. Alamak, frust nya… Tak seronok pulak kalau kami je pergi, sian abg Amir. Bincang punya bincang, takpe lah, kitaorg hantar abg amir pegi  Lok Kawi Wildlife Centre n aku n zila pergi la ke mana-mana. Dalam ati agak kecewa la jugak sebab tak dapat pergi Pulau coz tu antara senarai ‘mesti pergi’ yang aku dah buat. Kecian jugak kat en hubby, dah bersemangat nak pergi, Dalam hati berdoa moga ada kesempatan dapat pegi sana.
*pic google

Tetibe hp abg chik berbunyi dan tetiba jugak muka aku pandang penuh harapan, walaupon tak tau sape yg call. Hahahaha, dasar kepoh. Dia angkat dan bercakap, ala-ala berita gembira jek. Dia tanya kiteorg, ada bot la, nak pegi tak? Mestilah jawapan semua, NAK!!!! Van patah balik ke Jesselton Point, masuk parking. Bayaran bot RM180 saja tapi takde alatan snorkelling, kalo nak sewa asing la.. Syukur Alhamdulillah… Berkat doa,  sekejap je Allah bantu. Alhamdulillah… Dah bayar tax, jom naik bot…J







Kami pilih untuk ke Pulau Mamutik atas cadangan Abg Bot sbb katanya coralnya sangat cantik. Perjalanan dlm 15 minit sahaja, tak jauh pun. Sampai je Pulau, wah ramai nya orang, hehehe.. Pulau yang cantik, air yang jernih, menarik tertarik.. Tourist pun ramai. Sebelum masuk bayar RM3 per person untuk marine tax kalo tak silap. Jom lepak-lepak. Kami dapat tempat lepak yang agak baik sebab ada meja semua.Senang la baby akim n baby jiha nak tido.. Kat sini byk didikan khemah yang siap kerusi meja macam umah kenduri kahwin tu. Kebanyakan telah di booking oleh tourist, kat sini la juga tempat cuci mata kalo nak tengok bikini bottom.. hahahaha..  Tadi kat jetty, aku dah beli sarung kamera untuk di gunakan di dalam air, ley la en Hubby amik gambar ikan-ikan kat bawah tu, ye la pn besar kan kene jaga baby, no chance la nak masuk ke laut, tengok gambo je le… L



 





 

Lepas papa mandi, time mama pulak nak snap-snap.. Jom Akim kite posing kat laut hijau nan cantik, saujana mata memandang, ayat drama swasta..  Dah siap semua, call abg bot, dia dtg ambik kiteorg. Dia bawa pusing kat Pulau Manukan sebelum balik ke jeti. Tq untuk abang yang peramah tu. Alhamdulillah dapat juga ke Pulau yang cantik di Sabah ni.
 




 



 





pulau manukan

Pandangan Kota Kinabalu dari laut.

 
Lokasi seterusnya adalah Pasar-pasar-pasar, dari pasar basah, ke pasar ikan masin dan ke pasar Filipina, dekat-dekat je tu. Selamat bershopping sahabat-sahabatku… Aku cuma bercucian mata, penat kot, belum ada mood nak shopping. Yang paling best adalah abg Amir n Family, siap kotak bagai. Seronok… hehehe…. Pukul 3.30ptg, bergerak balik ke rumah untuk rehat, akan keluar semula petang nanti. Yang penting pukul 7.00ptg kena ada depan tv coz citer JANNAH tu last episode. Haha, i tak follow pon, dorang-dorang yang follow, laki bini lagi.. meriah..hahaha..



 
 

Akim macam tak sihat, mungkin sebab perubahan cuaca, tapi risau juga kalau susu yang aku beli semalam tak kena dengan perut dia. Malam tu jugak bermula la misi mencari susu Akim, pegi giant pun tak ada. Last-last call GPS bergerak, terus spot pasaraya yang jual susu anmum langkah 2. Terus gerak ke sane. A ahaaa, ada pun, yahoo.. misi mencari susu bucuk selesai… Terima kasih kawan-kawan… Misi seterusnya adalah jom shoping sampai pengsan.. Malam ni kene beli segala yang patut, ingatlah segala, makcik,pakcik, makngah, makteh untuk di beri  souveniur.

 

Dah selesai shopping, baru ingat nak makan, malam ni agak special sebab, tokey homestay sekaligus GPS bergerak kami nak belanja, Alhamdulillah, rezeki ALLAH tiba pada masa yang sangat sesuai. Duit dah hampir selesai , lepas bershopink, datang la rezeki makan sedap. Syukur… Makan sedap dan jus avocado nya pon sedap sangat.. lembut je.. nyummy… Akim agak meragam, mmg dia penat sangat la tu, dah 3 ari non  stop berjalan sampai tengah malam baru balik, kesian die.. Selesai makan, jom balik tido… Shoping sampai pengsan pun, ada jugak yang tak beli. Dok sibuk ingat nak beli untuk org tu, org ni, tshirt laki bini tak beli..  Nampaknya, esok ada kembara mencari tshirt aku n hubby pulak.. maknenye kene bangun awal, check out awl n bergerak ke pasar pilipina. Itu pun kalo ada la..
harapan…

 

Balik umah kene kemas barang siap-siap. Esok pagi bole keluar awal untuk misi seterusnya.. Aduii, penatnye… Jom kemas….

No comments: