Tuesday, November 26, 2013

Wanita.. sila baca.....

Assalamualaikum wbt..

Meh, kita share sket, penting untuk wanita... Tak tau la betul atau hanya petua orang dulu-dulu, tapi relevan jugakla... Kalau benda baik apa salahnya kisah kongsi bersama...


UNTUK WANITA....

Jangan minum air sejuk, air soda dan air kelapa semasa haid. Rambut jangan juga dicuci/dibasahkan sebab pori-pori kepala sedang terbuka semasa haid. Dan itu boleh menyebabkan sakit kepala. Itu sangat berbahaya. Effect ini boleh dirasakan semasa muda dan disaat kita tua nanti. Research membuktikan, minum sejuk semasa haid boleh menyebabkan darah haid tersisa di dinding rahim. Dan setelah 5-10 tahun dapat menyebabkan KANSER RAHIM. Tolong info ini disebarkan ke wanita lainnya. Baik isteri, anak perempuan kita & teman. Ini menunjukkan bahawa kita peduli. Sayangi wanita....

Monday, November 25, 2013

Solat Dhuha

Amalan yang sangat senang tapi sangat jarang dapat dilaksanakan.. InsyaAllah, minta di mudahkan, diringankan hati untuk melaksanakan ibadah sunat ini... insyaALLAH...
 
 
 
Solat Dhuha merupakan amalan sunat yang di galakkan kita amalkan nya. Ia dikatakan sebagai "pembuka rezeki" sebagaimana yang di nyatakan dalam hadis Rasulullah tercinta kita SAW.
Solat ini boleh dilakukan 2, 4, 6, hingga 12 rakaat.

Cara Ringkas Solat @ Sembahyang Sinat Dhuha :
Rakaat : 2,4,6 hingga 12
Waktu : 10 pagi atau antara 7am - 1pm sebelum waktu Zohor.
"Solat Dhuha ini afdalnya ketika ...matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.
"Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab Al-Majmu;' karangan Imam Nawawi).

1. Rakaat Pertama "Allahuakbar"& Niat dalam hati :
"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"
Baca Alfatihah hingga akhir
Baca Surah, pendek pun takpa. (paling elok surah As-Syams )

2. Rakaat Kedua
Baca Alfatihah hingga akhir
Baca Surah, pendek pun takpa. (paling afdhal surah Addhuha)
Tahiyyat akhir & Beri Salam..

3. Doa
Mohon Allah murahkan rezeki kita..berkati kerja kita.
Doa apa sahaja..mengadulah pada Allah..
Paling mantap guna Doa ini khas untuk waktu Dhuha :

Maksudnya:
Ya Allah,
sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu,
kecantikannya adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu,
kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu
dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya ALLAH,
jika rezekiku masih di langit, turunkanlah,dan
jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah,
jika haram, sucikanlah dan
jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
Limpahkanlah kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh
 

Saturday, November 16, 2013

KEBAIKAN AIS DAN AIR SEJUK????

###FAKTA YANG WAJIB DIAMBIL KISAH###

Ramai org kata x elok minum ais, lebih elok minum air panas.. Namun, sedarkah kita, Nabi Muhammad SAW melarang kita mengambil makanan dalam keadaan yang panas. Akhirnya kini fakta terbaru kebaikan AIS y...
ang tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia.

Teruskan membaca untuk lebih memahami.

Percayalah kepada Al-Quran dan Al Hadis.. kerana kita tidak akan tersesat selagi berpegang pada keduanya.

~ Rahsia dan Kelebihan Di Dalam Ais

“Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia”. Jangan ingat minum ais tu tak elok untuk kesihatan. Sebenarny ada kebaikan didalam keburukan.

Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak. Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas. Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.

Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.

Membenarkan anak mengunyah ais akan menguatkan giginya dan memberi kanak-kanak makan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan boleh menghilangkan batuk dalam masa beberapa jam. Mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total. Air sejuk juga akan menguatkan tulang bayi. Ia akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.

Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan. Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.

Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan. Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan. Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.

Air sejuk juga adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam. Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat. Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh. Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.

Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit. Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat. Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.

Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk. Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.
 
No wonder la, my mother in law merupakan peminum ais yang tegar masih sihat walafiat sampai ke hari in walaupun berusia 80 tahun ++..... Setiap keburukan ada kebaikan dan setiap kebaikan mungkin ada keburukan.... So, amik iktibar mane yang baik oke....

Friday, November 15, 2013

22 PERKARA YANG BERUBAH SELEPAS ANDA MEMPUNYAI ANAK!

Assalamualaikum...
 
Terjumpa artikel ni kat fb. Terasa nak share n nak tgk kene tak ngn haku yang baru je 8 bln ada bby nie.. hehe.. Jom wat testimonial diri sendiri... auwww.....
 
22 PERKARA YANG BERUBAH SELEPAS ANDA MEMPUNYAI ANAK!

 Diantara perkara-perkara yang akan berubah selepas kita mempunyai anak

1. Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar. ( mungkin la, time tu baru kite sedar yg kite mampu x tido mlm sbb anak dmm n mampu jd superwoman nak setelkan keje umah )

2. Kita akan merindui saat-saat 9 bulan 10 hari mengandungkan anak yang tersayang walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!! ( sangatttttt, walau berat umpama bwk kembar 3 but still miss that moment )

3. Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!! ( tak tentu la, my akim mmg bangun tak tentu masa, so statement ni x kne ngn ai...)

4. Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru setelah merasai sendiri kelelahan membesarkan seorang anak ( a haaa, betol..betol..betol....)

5. Kita akan rasa jauh lebih sakit, jika anak kita jatuh sakit.. ( sangat... risau memuncak walau die ley senyum lagi..)

6. Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat ( ermmm, tak jugak.. my akim always tido awal, so mum n dad no problem.. tiap2 mlm pon bole mlm jumaat.. wakakakaka)

7. Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh jika berlaku hal-hal berkaitan dengan anak. ( yess..... me bole meleleh2 air mata tgk tv or fb bile berkaitan ngn baby kene dera, kene bunuh, sakit kronik.. arghhh )

8. Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri. ( a ah, kdg2 selekeh pon tak perasan )

9. Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita rasa happy bila anak kita poo-poo! ( iyeaaaaa, kalo poo poo mesti mama cakap, akim dah yak, nti tak sakit perot.. lagi byk yayik die, lagi suke.. hehehe)

10. Kita akan lebih menghargai diri kita dan suami kerana telah kehidupan berumah tangga telah lengkap dengan kehadiran anak ( ye ke..ye ke..... erm.. jap, bayangkan.. hehehe )

11. Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja.( a ah, btl2.... kdg2 ngam2 jek punch kad tu.. heee)

12. Kita akan menjadi photographer serba boleh apabila setiap detik aksi-aksi terbaru sang anak akan dirakamkan. ( betoolllll, akim dah duduk, akim dah mkn nestum, akim dah tumbuh gigi.. dah dah..dah..dah.... snappp )

13. Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh. (

14. Kita akan mula mencari resepi-resepi baru untuk dijadikan menu apabila si anak menjangkau usia 6 bulan. ( a ah. excited, tp buat anak x suke... last2 sumbat nestum.. heee )

15. Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat menyukainya. (hehehehehehe..... papa..... )

16. Kita akan mencatat setiap perkembangan terbaru mengenai anak kita - senyum, ketawa, meniarap, mengengsot, merangkak, bertatih, bermain, berjalan dan sebagainya.( yesss.... setiap kali ada bende baru, kiter mesti bgtau 1 dunia... hhahahaha )

17. Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang menangis, kita akan lebih memahami situasi mereka. ( a ah, jd prihatin pulak.. )

18. Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat!(haha, teringat pagi td, mandi laju2... bukak pintu toilet akim dah depan pintu, gagah mengesot cari mama.. hehe )

19. Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis.( betol, we will do anything utk buat die diam n selesa... owhh anakku...)

20. Buat mereka yang rajin surf internet, mereka akan mencari online store yang menjual pelbagai barang-barang bayi dengan harga berpatutan dan mereka yang sukakan shopping di luar akan sentiasa mencari maklumat mengenai Mom & Baby Fair ? ( bole la, suke tgk2 barang n baru je terima brg mainan beli dari online store fb. heee )

21. Kita akan merasai betapa nikmatnya menghabiskan masa bersama suami dan anak-anak dirumah pada hari minggu. ( yessss... heaven.... love my family... )

22. Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak. ( yerp, no more baju baru tiap bulan, beg, kasut baru di aidilfitri yg penting brg baby cukup semua... )
Byk yg tepat.... hurm, itu lah bile dah ada anak, bahagia mengatasi segalanyaaa, auwww ayat... Bersyukur sangat sebenarnya. So, sapa-sapa yang mampu berkahwin dan berkeinginan.. berusaha lah, sbb apa yang anda akan rasa bile dpt pegang anak sendiri adalah...... speechless..... :)

DENDAM YANG TERINDAH

Salam motivasi jumaat..

Pada aku,  dendam yang terindah adalah bila kita berjaya menukarkan dendam kepada sebuah kemaafan dan menjadikanya motivasi untuk lebiy baik di masa depan.

aku sedang belajar melakukannya.... :)


INSYAALLAH..

Thursday, November 14, 2013

Siapakah yang berbaju kurung kuning itu??

Hari ini...
 
Hari ni aku puasa.. Puasa sunat 10 Muharam.. Hari ni jugak ada bas JPN datang opis. Motif gambo ni aku upload adalah sebab...
 
Macam kecik sket jek.. macam kurus jek.. hahahahahaha
Memang takda maknenye la, baru puasa sehari dah bajet kurus.. tuii...
Ok lah. nak wat keje.. babai....

Akim dah 8 bulan

Assalamualaikum...
Yuhuuu, Lama tak tulis blog.. windu bangettt... Hurmm, nak citer pasal Akim..
 Akim dah 8 bulan 5hb 11 ari tu.. yiehaaaa.... Cepat jugak masa berlalu, dari hari ke sehari, tengok tumbesaran dia, seronok.. menarik.. comel... kadang-kadang rasa nak gigit jek.. hahahaha
 
Jom tengok gambo-gambo akim...
*
*
*
Ni masa Akim umo sebulan, bawak gi Klinik... Tido je die...

My fevered pic. mother n son... akim 40 hari...

My Small Family..
 
Masa dalam pantang nak tunggu sebulan tuh, pergh seksa banget.. tapi bile dah sihat, eh kejap je 3 bulan.. Dah nak naik keje.. haiyaaa
3 bulan - ari akikah al hakim

Baby with mama...


With al hakim 3 month..
 
Ni masa die dmm. Risau nak giler.. tp die ttp senyum jek.. syg anak mama
 
Akim 8 bulan....

Anak mama dah pandai pegang botol susu sendiri...

Dah pandai duduk... yeahhh

Rambut pon dah panjang.. ensem tak??

Dah pandai tgk tv, lagi-lagi banananana...... suke sgt....

Saya dah besar la mama.. kadang2 tak suke naik walker. sbb akim dah bujang!!!
 
Kejap je dah besar. Dah 8 bulan dah.. Tak penah jemu tengok muka dia, tak penah jemu layan nakal die, tak penah jemu kiss2 pipi die.. Sayang anak mama..
 
Apa pun Akim tetap daddy's besfren
Solat same-same

Tido same-same dari umo sebulan..... sampai la......

Umo 8 bulan... mama jeles.. :)
 
Harapan Mama, agar Akim sentiasa sihat, dilindungi Allah, menjadi anak yang soleh dan mendengar kata mama dan papa.. Mama nak akim membesar depan mata mama sbb mama tak rugi sikit pon tgk tumbesaran dak comey, manje dan baik nie.....Amboii up-up anak sendiri nampak??? :P
 
Love my family much-much....
 

Monday, November 4, 2013

Salam Tahun Baru

Assalamualaikum
 
Salam tahun baru hijrah.. Dah 2 kali sambut tahun baru dengan hubby dan pertama kali sambut dengan alhakim.. Semoga tahun baru ini akan memberi kebaikan dan beribu rahmat pada aku dan keluarga. Berazam untuk jadi isteri, ibu, anak, adik dan sahabat yang terbaik untuk semua... InsyaAllah.. Amin...... Jgn lupa doa akhir tahun dan awal tahun malam ni yea....

 


Amalan Murah Rezeki


Kebun Kembun dan Mulberi

Assalamualaikum... happy sunday u ols. di johor, sunday keje yerk.. xde makne nak golek2 sampi kul  doblas.. heee Last week aktiviti,...