NUFFNANG

Friday, November 15, 2013

22 PERKARA YANG BERUBAH SELEPAS ANDA MEMPUNYAI ANAK!

Assalamualaikum...
 
Terjumpa artikel ni kat fb. Terasa nak share n nak tgk kene tak ngn haku yang baru je 8 bln ada bby nie.. hehe.. Jom wat testimonial diri sendiri... auwww.....
 
22 PERKARA YANG BERUBAH SELEPAS ANDA MEMPUNYAI ANAK!

 Diantara perkara-perkara yang akan berubah selepas kita mempunyai anak

1. Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar. ( mungkin la, time tu baru kite sedar yg kite mampu x tido mlm sbb anak dmm n mampu jd superwoman nak setelkan keje umah )

2. Kita akan merindui saat-saat 9 bulan 10 hari mengandungkan anak yang tersayang walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!! ( sangatttttt, walau berat umpama bwk kembar 3 but still miss that moment )

3. Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!! ( tak tentu la, my akim mmg bangun tak tentu masa, so statement ni x kne ngn ai...)

4. Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru setelah merasai sendiri kelelahan membesarkan seorang anak ( a haaa, betol..betol..betol....)

5. Kita akan rasa jauh lebih sakit, jika anak kita jatuh sakit.. ( sangat... risau memuncak walau die ley senyum lagi..)

6. Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat ( ermmm, tak jugak.. my akim always tido awal, so mum n dad no problem.. tiap2 mlm pon bole mlm jumaat.. wakakakaka)

7. Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh jika berlaku hal-hal berkaitan dengan anak. ( yess..... me bole meleleh2 air mata tgk tv or fb bile berkaitan ngn baby kene dera, kene bunuh, sakit kronik.. arghhh )

8. Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri. ( a ah, kdg2 selekeh pon tak perasan )

9. Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita rasa happy bila anak kita poo-poo! ( iyeaaaaa, kalo poo poo mesti mama cakap, akim dah yak, nti tak sakit perot.. lagi byk yayik die, lagi suke.. hehehe)

10. Kita akan lebih menghargai diri kita dan suami kerana telah kehidupan berumah tangga telah lengkap dengan kehadiran anak ( ye ke..ye ke..... erm.. jap, bayangkan.. hehehe )

11. Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja.( a ah, btl2.... kdg2 ngam2 jek punch kad tu.. heee)

12. Kita akan menjadi photographer serba boleh apabila setiap detik aksi-aksi terbaru sang anak akan dirakamkan. ( betoolllll, akim dah duduk, akim dah mkn nestum, akim dah tumbuh gigi.. dah dah..dah..dah.... snappp )

13. Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh. (

14. Kita akan mula mencari resepi-resepi baru untuk dijadikan menu apabila si anak menjangkau usia 6 bulan. ( a ah. excited, tp buat anak x suke... last2 sumbat nestum.. heee )

15. Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat menyukainya. (hehehehehehe..... papa..... )

16. Kita akan mencatat setiap perkembangan terbaru mengenai anak kita - senyum, ketawa, meniarap, mengengsot, merangkak, bertatih, bermain, berjalan dan sebagainya.( yesss.... setiap kali ada bende baru, kiter mesti bgtau 1 dunia... hhahahaha )

17. Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang menangis, kita akan lebih memahami situasi mereka. ( a ah, jd prihatin pulak.. )

18. Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat!(haha, teringat pagi td, mandi laju2... bukak pintu toilet akim dah depan pintu, gagah mengesot cari mama.. hehe )

19. Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis.( betol, we will do anything utk buat die diam n selesa... owhh anakku...)

20. Buat mereka yang rajin surf internet, mereka akan mencari online store yang menjual pelbagai barang-barang bayi dengan harga berpatutan dan mereka yang sukakan shopping di luar akan sentiasa mencari maklumat mengenai Mom & Baby Fair ? ( bole la, suke tgk2 barang n baru je terima brg mainan beli dari online store fb. heee )

21. Kita akan merasai betapa nikmatnya menghabiskan masa bersama suami dan anak-anak dirumah pada hari minggu. ( yessss... heaven.... love my family... )

22. Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak. ( yerp, no more baju baru tiap bulan, beg, kasut baru di aidilfitri yg penting brg baby cukup semua... )
Byk yg tepat.... hurm, itu lah bile dah ada anak, bahagia mengatasi segalanyaaa, auwww ayat... Bersyukur sangat sebenarnya. So, sapa-sapa yang mampu berkahwin dan berkeinginan.. berusaha lah, sbb apa yang anda akan rasa bile dpt pegang anak sendiri adalah...... speechless..... :)

No comments: