NUFFNANG

Wednesday, December 11, 2013

Berhentilah menjadi ibu yang stress

Perkongsian bermanafaat dari laman Facebook Prof Dr. Rozieta Shaary.

NAK TIDAK PERLU PERFECT UNTUK DIDIK DENGAN BAIK.
 Berhentilah menjadi stress kerana anak belum pandai itu dan ini.

Jika anak belum boleh berjalan pada usia 12 bulan ke ...bawah tapi anak jiran sudah pandai, janganlah stress. Jika dia sudah mula merangkak dan bergayut, itu petanda baik.

Jika anak belum boleh bercakap pada usia dibawah dua tahun, janganlah nak dimarah anak itu. Hanya pastikan pendengarannya okay, bahagian rahang tengkok, lidahnya okay. Bawalah berjumpa pakar jika dia langsung tidak boleh bertutur apa pun pada usia melebihi 2.5 tahun. Sekadar memastikan.

Jika anak belum pandai membaca, janganlah dimarahi anak itu. Ajar dengan sabar. Jika dia masih belum boleh membaca pada usia 8 tahun, bawalah berjumpa pakar untuk mengenal pasti jika dia Dysleksia.

Mesej ibu hari ini ialah - janganlah terlalu stress kerana membanding atau dibanding anak anda dengan anak orang sehinggakan anda merasakan diri anak bukan ibu atau bapa yang baik dan anak anda anak yang tidak cemerlang. Dan yang paling ibu hendak ingatkan jangan sekali izinkan di hati tercetus perasaan benci kepada anak kerana susah sangat nak didik dia
.


Perkongsian yg sangat berguna sebab selalunya perempuan yang baru bergelar ibu dan tiada pengalaman menjaga anak kecil adalah sering susah hati.. yes..seperti aku yang dulu.... Lagi-lagi kalau tengok anak kwn2 yang sebaya anak kita dah pandai lebih. Biar lambat asal selamat. Jangan stress sebab tu akan bagi effect pada baby kite, buat terbaik untuk anak-anak tanpa buat mereka rasa stress ubtuk memenuhi keinginan kita.. bye..
 

No comments: