NUFFNANG

Sunday, March 30, 2014

My story 2.. PENGUMUMAN...

Assalamualaikum...
Wahh, ada my story 2, keless ko jah.. bajet hebat la orang nak baca story 2,3 ko.. hahaha,,

Ceritanya, nak buat satu announcement la gitu... Dah ramai sangat dah bertanya, mengusik.. asihh, segan plak rasenya... ekekeke...


PERRHATIAN!!!
Tuan-tuan, Puan-puan n Para pembaca sekalian......
Dengan ini saya nak umumkan..
yang saya.....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.

TIDAK MENGANDUNG...
HANYA MENGANDUNGI AIR DAN LEMAK..
KADANG-KADANG ADA NASI..
Wakakakakaka.....

Ampun u olls... :)


Kalau update fb n blog gi spital, mesti ada yang tanya, pegnent ke? berapa bulan? best kan soklan tu **feeling special**
 Tapi belum ade u ols, kalo nampak perot maju ke depan, tu lomak la tu, lomak campur fibroid.. Bile jalan rasa perot goyang-goyang.. ok, sentap ai... Insyaallah, bila tiba masa n ada rezeki, akan tambah jugak koleksi anak-anak, tapi bukan sekarang coz kesihatan tak mengizinkan,  Tunggu sihat walafiat, boleh lompat bintang n lari setempat baru la bole piker untuk anak baru... Kot-kot dapat anak dara.. I loike.. tihtihtih.....

Okeylah,
Bye u olls...


cc : Puan Ina Yusoff.. hehehe








Wednesday, March 26, 2014

My story...

Assalamualaikum....
Selamat pagi Malaysia.. Cuaca kat Muar hari ni cerah dan gembira. Ewahhh... hihi...

Pukul 0800 am aku n en hubby dah keluar nk gi hospital sultanah fatimah untuk check up aku. En hubby ada program kt sg mati. Sampai hospital, aku terus ke  bahagian o&g.. letak kad, akak misi pon tgk aku n panggil, bgtau yang appoiment aku dah di batalkan, dah call aku tp x angkat.. yup, hp kecik tertinggal kat kg n pakai tab, nak letak kt telinga? tolong laaa.. tu yg byk missed call.. so, salah sendiri n appoiment d tunda pada 07.04.2014..

Call en hubby, dgn kepantasan cahaya dia dtg amik aku, kesian dia.. Dah la jln jem, nak gi program plak.. Dah sekarang aku kebosanan dlm kereta, while waiting en hubby wat program ngn pengguna terape gantian methadon. 

Cerita semalam, bawak akim g klinik maharani muar. Dah 3 ari akim dmm semula. Risau u olls, dah la skang ni, musim denggi.. Walaupun last week aku dah bwk akim check darah kt klinik kesihatan hukit gambir, dan keputusannya adalah baik n free dari virus denggi tp bila dmm berulang, tak bole nk tunggu lg dah... Sedih bile tengok dia kna cucuk amik darah, berjejeh2 darah... pas amik darah, ubat masuk montot, nk turunkan suhu... anta darah kt lab, dpt result, masuk jumpe doc semula...

Keputusannya, alhamdulillah.. Akim bebas dari denggi,cuma tonsil bengkak sket. doc bagi ubt dmm n antibiotik,01.04.14 nti kene repeat amik darah. kalo x elok gak, kne masuk wad. harap xda la sampai ,masuk wad, pagi ni alhamdulillah, bdn akim x pns dah.. harap akim cepat sihat ye sayang...

Skang tak tau nak pg mane... bosan plak.. nk tido la.. jom tido.. bye....

Sembang malam yang pilu...

Assalamualaikum....
Now dah 00.19. Aku blm tido lg. masih menunggu en cinta wat keje untuk esok... Aku sibuk menelaah fb ni, maklum la, baru topup internet... ESok aku nak gi hospital Sultanah Fatimah, nak check up. tu yg topup, xlah kebosanan menunggu turn esok.

Fb sehari dua ni mmg penuh kisah #MH370.Tragedi yang sangat menyedihkan. Spekulasi tentang tragedi ini dah banyak tersebar. Dari awal kehilangan pon dah mcm2 spekulasi timbul hingga la ke hari ini. Aku lebiy suka mengambil pendekatan bersangka baik dan sentiasa ingin yang terbaik. Dari kite terlalu sibuk memikirkan, kenapa, bagaimana,siapa.... baik lah kita sama sama berdoa agar usaha mencari bangkai pesawat dipermudahkan dan penumpang yang beragama islam dilimpahi keberkatan.

Kepada keluarga mangsa, banyak la bersabar.setiap dugaan ada yang terbaik. Mesyuarat muzakarah pun dah dijalankan dan sebulat suara bersetuju bahawa kematian mangsa tragedi MH370 yang beragama islam adalah syahid akhirat. Alhamdulillah, Allah maha mengetahui.Sekurang kurangnya yang terbaik untuk mereka. Kita sendiri pun tak tau apa penghujung kita,, wallahualam..

Ni sahaja corat coret malam ini. Sedih hati masih terasa. Semoga kita dilindungi dari apa jua bencana dan negara kita menjadi negara yang aman makmur. Insyaallah..

Monday, March 24, 2014

Berniaga Pasar Lambak??

Assalamualaikum...

Happy Isnin u olls... Sihat ke hari ni?? Dah makan?? Alhamdulillah...

Jom, aku nak ajak kita sembang-sembang pasal meniaga pasar lambak / pasar malam /pasar pagi.... Simple, buka meja, pasang payung, jual la.. Senang kan.. Tak lama pun masa meniaga nya, mungkin 5,6 jam je. tengok pada keadaan la. Untung?? of cos la boley untung.. modal tak perlu banyak pun. asal ada benda nak jual.. boh je atas meja... InsyaAllah...

Kenapa cita pasal malam ni??ehhehe.. Ada plan sikit ni.. Kalau menjadi, akan gak di storikan dalam blog ni.. Aku jenis tak kisah n tak malu pun nak niaga kat pasar malam.. Janji masyukkk... hehehe.. Ok u olls.. Salam luv... :P

Sunday, March 23, 2014

MH370 dan BR1M

Assalamualaikum...

Happy weekend untuk orang yang bercuti dan happy weekday untuk yang bekerja macam saya. So, apa cerita hari minggu nie? aku keje la, macam biasa..

MH370 masih belum di jumpai dan objek yang dilihat dari satelit China n Australia pon belum dapat dikenal pasti samaada MH370 atau bukan. Semoga akan segera bertemu jawapan. Sedih pulak hati bila mengenang kan misteri MH370  ni. Semoga Allah memudahkan segala urusan dan melindungi semua yang terlibat. Amin....

Nak cerita pasal BR1M plak la.. Issue dah basi kot, hehe... Bukan apa, baru je tengok ada member bising sebab tak dapat BR1M ni.. Kelakar pulak.. Rase nya macam mintak duit orang, orang tak nak bagi, kita nak marah orang tu.. Kelakar tak?? ok tak kelakar....

Aku pun mohon ari tu, sebab ada kategori untuk berkeluarga gaji bawah RM4500. So, kami mencuba la. Tapi mungkin rezeki tu bukan hak kami. Kami tak dapat pon, tak tau la, mmg tak dapat or belum dapat. Pada aku, aku tak kisah pon, aku percaya rezeki dari Allah, kalau mmg hak aku, akan dapat jugak,kalau takde, bukan hak kami la tu lagipun aku percaya kalau tak dapat yang ini, InsyaAllah Allah akan bagi rezeki lain. Tak semestinya rezeki tu duit berkilo-kilo... Tapi rezeki tu, mungkin kesihatan yang baik, dapat makan free, dapat sahabat2 yang baik dan macam-macam lagi..

So bersangka baik la. Tak payah la nak marah-marah sebab sesuatu yang bukan hak kita. Buka mata, buka hati. Rahmat n rezeki Allah tu luas n banyak. X payah nak pikir, kenapa dia ada, kita takda n kenapa aku tak dapat tapi dia yang kaya ley dapat... Sabar n berdoa semoga hati kita di lembutkan, rezeki dimurahkan dan di kelilingi insan-insan yang positif.

Sesungguhnya, ini adalah peringatan untuk diri sendiri, jangan ada sapa-sapa terasa dengan apa yang aku cakap ni, tapi kalau terasa pon bole jugak, mari la kita same-sama buat perubahan okey.. Rezeki, ajal, maut ketentuan Allah. sentias la bersangka baik ye..

Wassalam... 

Saturday, March 22, 2014

Langkawi bersama keluarga 2014


Assalamualaikum..
Hye semua...
Baru la free nak cite holiday kami ke langkawi tu kan.. biasa la, bz la katekan.. mak budak kan... ceh, cerita mcm la anak 5, padahal 1 je pon.. tu pon budak baik. tgk tu tgh sleeping handsome, cam paham je, mama dia bz nak tulis blog.. aisey..


Kami ke Langkawi ni dari 2-4 Mac 2013 tiket aku dah booked dari bulan September 2013. Total untuk 4 orang dewasa dan 1 baby , luggage dan sit, lebih kurang rm650. Itu pun bukan sekali gus bayar, mula2 byr tiket dulu, kemudian, br pilih sit, luggage n baby.. hehe.... Flight dari LCCT pukul 7.10am dan sampai ke Langkawi 8.10am. Balik pulak pukul 10.50pm dan sampai hampir jam 12tgh mlm. so, lebih kurang 3 hari 3 mlm jugak la kat sana. Untuk kereta, kami amik yang murah jek, rm50 sehari, so die cas untuk 3 ari..rm50 x 3ari = rm150 dan home stay pulak kire 2 ari sahaja, rm150 x 2 mlm = 300.. 


Kereta tu kami amik iswara eroback jek, katenye nak murah tp kuat minyak pulak. so peringatan, kalo nak amik kete, amik la viva, mahal rm10 je sehari tp save la minyak kan.. haha...  pasal homestay plak, aku amik kat kg ulu melaka, mungkin lokasi tak berapa happening, tp tak jauh pon nak ke kuah n pantai cenang. Lagipun, murah jugak la, rm 150 untuk homestay 2 bilik. Lengkap dengan barang untuk memasak, jimat belanja la. Yang penting, bersih n muslim yang punya. Halalan toyiban.. hehe.. Lagipun, kak ani tokei homestay ni mmg tak berkira sbb kami masuk homestay seawal pukul 1 ptg dan check out pukul 9 mlm ( biasanya 12tgh) tanpa apa-apa cas tambahan. Alhamdulillah..  

Untuk sewa kereta kami amik di abg chik kereta sewa dan home stay pulak homestay kak ani

Jom kita ke Langkawi 

DAY 1

Pagi ke Langkawi   #prayforMH370
Dari Bangi, kami ke LCCT. tQ pada anak sedara yang anta kami subuh tu dan tq pada my sister in law yang memasak bekal untuk kami di pagi2 hari.. rezeki...

Sampai ke LCCT, print boarding pass, pg check in n drop bag. Setel, masuk tempat pelepasan.. Solat subuh jap kat surau. Selesai solat subuh je, announce masuk flight. Alhamdulillah, segalanya mudah. Penerbangan baik, cuaca cantik.. Sejam dalm flight, selamat sampai keLangkawi.Call abg chik, kereta pon dah ada depan airport. Selesai semua, kami bergerak naik kereta pg breakfast dulu. Lepas tu, boleh gi jalan-jalan.

Lokas pertama adalah, makam mahsuri. Aku pernah datang sekali kat sini, Tahun 2005 kot. Time tu tiket baru RM5 sorang, sekarang dah RM7. Tak banyak berubah pon tempat nie. Bawak bonda saya yang tak penah ke sini.. Bonda mentua dah penah datang so tak la heran sangat. hehehe.. 
Tiket


Makam Mahsuri

Bonda-bonda ku... Cam janji je baju tu.. black n white gitu.

Telaga mahsuri. Siap beli air mineral cap telaga mahsuri.. hehe

Dalam rumah kat kg kedah.. dalam kawasan makam juge..
Dah penat kat Makam mahsuri, bergerak nak jenjalan kat Pantai cenang pulak, sebelum tu singgah kat kedai minyak gamat, ROJAM yang tak jauh dari Makam Mahsuri.Shopping sket2. Selesai beli minyak, kami pusing-pusing, dari cenang ke pekan kuah. Sementara tunggu nak masuk home stay. Tak lama lepas tu, kak ani pon call, homestay dah siap kemas n boleh masuk. yiehaa. Kami bergerak jumpa kak ani dan masuk homestay.. Legenye dapat rehat n mandi.. Sempat plak gi kedai beli beras n bawang. hahaha
.

Pukul 3.30 ptg, kami keluar lagi. Nak ke Beras terbakar.. Bawak mak shoping dii sini pulak. Teringat pulak mak aku, dengan konfiden je die cakap, "ha, kain batik kat beras mati tu murah jugak" tetibe aku blur, beras mati?? ke basmathi?? beras terbakar la mak.. hahahahaha... mak gelak, aku pun lagi la, ingt nak masak nasi beriyani pakai basmathi.. hehehe 
My sweetheart.. depan umah kat tempat beras tu.

Bonda-bonda shopink, kami posing.. akim plz eh, jgn wat muke bowing.. hehe





alalala, tomey nye mak kami.. patutla aku posing suke senget2, keturunan upenye.. hehehe

mama, jom belikan akim baju langkawi...... baek la anak, mama belikan 2 pasang cukup x? hehe
Kebetulan, petang tu ada pasar malam  kat parking kereta beras terbakar ni, makan malam beli la kat sini.. rehat la tak payah masak malam nie. yeiha... Malam lepas maghrib, kami ke dataran helang plak. malam2 sejuk la, kalo siang, panas membara beb....
akim bersama mamanye yang emokk.. tengok lengan tu, cam bodybuilder.. haishh.. nak dietttt....

Akim tengah cas, bonda sedang tengok helang besar dan kuku helang tersebut... hehe

papa dan akim... sian laki aku, gelapnye awak yang..
sib baik anak kite putih. wakakakaka... sori pa.. muahh.. :)


BFF.. Baru ku tau mak aku ni pandai posing, patut la aku pon same... keturunan.. ekekekeke

Dataran Lang....
DAY 2




Hari ni kami akan naik cable car.. Cable car tu di Oriental village. Pagi ni selesai breakfast, my bucuk pun dah mandi, ayuhlah kita bergerak berjalan-jalan. Sebelum sampai Oriental village tu, singgah kat Petrol station, petronas.. Tak ingat la area mana, tp kat belakang ni ada tempat parking kapal layar. snap pic dulu..




Senyum mak.... Gambar aku ngn hubby pon ada tp cam emok je, cam tak momey jek..
Ok, sampai sudah... mari-mari masuk.. Aku suka kat sini,tempatnya cantik... pernah dah dating sini 2 kali n penah naik cable car yang tinggi tu.. ngeri...


Oriental Village


Akim n Mama...


My Family


Abaikan muka berlagak anak dan mak.. kahkahkah


Bonda-bonda.. tgk tu, baju nak sama je kaler...

Mak mentua dah penah naik cable car ni, so xla takut sgt.. Tapi mak aku yang seram n takut tinggi.. Pujuk pun tak jalan. Last-last mak cakap, kang aku naik sana, darah tinggi aku naik, sapa nak jawab.. haha.. Ok bonda, tak berani dah nak ajak.. Mak mentua teman mak kat bawah, kami  bertiga naik atas.. Wah, rasa macam pelancong... Share cable car ngn tourist.. Mat saleh tu siap amik gambo akim lagi...
Ni stage yang 1st tu..
.


Ni yang mak aku tgk ngeri lahai.. ketaq lutut..


Peace.. mintak tolong awek minah saleh amikkan pic, Tengok muka en kadri tu, silau matahari ngam kat mata, dah macam spec.. hahaha

No pic plz mama, I'm sleppy...
Dah selesai  kat cable, kitaorg pusing pulau, singgah kat Pantai Pasir Hitam. Tengok pasirnya pon tak la hitam sangat. huhu... Sini sempat lagi shopping baju selai 2.. dan beli selipar. Selipar en hubby yang putus, ai yg dpt selipar baru.. I like..

Menatang  ni jumpe kat pasir hitam.. apa benda nie?

Bergerak dari Pantai Pasir Hitam, singgah kat pekan kuah. shopping time. Akim n Papa tidur dalam kereta dengan lenanya.. aku n bonda-bonda bershopink la... Ni adalah agenda yang paling aku suka sangat.  Kalau ke Langkawi ni, apa yang jadi favourite nak bawak balik? Kalo aku, tentulah, chocolate, perfume n sehelai dua baju n kain batik.Kat Langkawi juga terkenal dengan pinggan mangkuk yang cantik-cantik n ramai yang kata murah, tapi aku tak minat so tak survey pon. Kami singgah kat Haji Ismail Group (HIG),banyak pilihan chocolate n pinggan mangkuk.. Aku beli chocolate je, tapi bila pusing-pusing, Nampak 1 set mangkuk kaca, comey la plak, lagipun tak mahal sangat. Cuma RM27.90 untuk 3 biji siap tutup sekali. Bole la amik 1 set, wat kenangan katenya, hehe... Bonda-bonda pun tak beli pinggan mangkuk nie, beli sudu-sudu jek. Tak larat nak angkut naik kapatobang ye gak.. Agak lama di sini.. Masuk kete, anak beranak tido lagi. Tapi hubby dah kelaparan.. ala kesian.. jom balik, mkn n rehat. Petang nak gi mandi laut.. yeaahh.....

Petang, pukul 6pm, bawak akim gi laut.. Tak penah lagi bawak akim main pasir.. Jom sayang kita main pasir..



Akim teruja sangat main pasir.. hehe

Akim jakun tengok pasir, pegang pasir, korek pasir.. Mama n papa teruja tengak orang main parasailing.. Bukan main seronok tengok, kagum ngn beach boys yang eskot naik parasailing tu, tough banget... Sibuk tengok, sibuk borak, tengok anak tengah nak makan pasir.. hahahaha.. Jangan anak, pasir bukan untuk di makan.
Selipar baru mama, RM11.90.. mAHAL..

Anak dan bapa nak gi main air. Mama malas nak berendam.


Suka bukan main eh apak.. anak steady jek.. chaiyok akim..

Anak n apak dah sejuk, jom kita balik. Malam ni nak keluar lagi. Nak cari perfume pulak. Ada gak member yang kirim. Lagipun malam ni last kat sini, esok dah balik.. cepat betul masa berlalu kalo gi holiday ni kan. hurm...

Malam sekali lagi ke Pekan Kuah, carikan barang yang kawan kawan kirim n cari perfume gak. Jumpa je kedai perfume, nak tutup pulak dah, takpa esok kami dating okeh. So kami ke pasar lambak, hehe, ala, macam updown gitu. Cari punya cari. ok jumpa dah barang yang nak di beli. Ok done. Jom balik... Balik, singgah beli roti canai sardine yang tebal cam tilam, penuh ngan sardine.. pueh ati sungguh.... Pastu, laki bini kuar dating kat pantai cenang, bonda tolong jaga akim yang dah penat.. Sonoknya dating, acam mude2 dulu lahh.. hahahaha...
Sekali lagi muke eksen, tengok baju je kot.. hhuhuhu.. 12 am..

DAY 3



Seronoknya  anak mama nie... Mentang2 baju sedondon ngn papa... Mama pon ada tau...
Last day di Langkawi.... Pagi-pagi bangun dah, siap basuh baju bagai.. hehe, Siap je semua. jom kita tengok fish.... Kat Underwaterworld Langkawi. 2 kali gi Langkawi, tak penah masuk pun sini. Rase macam mahal jek.. Kedekut.. Tapi kali ni kene masuk.. Nak jugak tengok, apa yang ada kat sini.. Jom..


Lokasi, Pantai cenang.

Tiket, RM 30 sorang. Baby FOC.




Akim tido.... Bangun la sayang.. Jom tgk fish n penguin.


My baby is sleeping...


My love, my harta... love u much-much...

Lepas beli tiket, bermula la peengembaraan kami. Ewah....
Me with bonda-bonda


Aiceceh.. BFF kan..


Mak yang amik pic. kepala papa takde sket. hehehe


Akhirnya, ada gak gambo berempat... timer.. hehehe

alala, sengih ngn mata kuyu tak cukup tido..


Mula-mula cam takut je nak pegang, seram tengok ikan agaknya.. hehe


Mama, akim dah berani,,,

With penguin...

Tengok mak aku posing, comel betol, patut la anak die comel.. . hahaha

Kami kesejukan kat snow.. hehe...



With family with love.... Tq kat adik yang tukang amik pic tu.. Tapi kami tak beli pic yang awak jual tu, mahal sangat.. hehehe

Suke pic ni, anak beranak menganga gelak.. Pandai mama amik pic kan.. hehe


Hello penguin...


Hello!!

Bersantai

Lawa betul fish ni...

Geram jek.. cam bawah laut..

Stingray.. pari.

Spesis pari jugak kot

Ikan yu

Pari dari atas

Peace

My baby dah tido..

Nemo

Suke sangat tengok obor-obor ni. Cam agar-agar. Dok pk, camne agaknya badan dia tu.
mungkin macam sotong, macam kain or macam macam... hurmm

Kuda liut

Lion fish.

Yea, bestnye tengok fish.... Seronok sebab tak penah masuk, so teruja tu lebih sikit. Seronok sebab sejuk. Skang kan musim panas, bila dapat dok tempat sejuk lama-lama sedap la. Selesai tengok ikan, kami ke Pekan Kuah, issue perfume semalam tak setel lagi. Jom rembat sebotol dua.. :P

Dah beli perfume, sekali lagi pegi cari chocolate kat HIG dan sempat lagi beli barang kat kedai depat HIG tu.. sakan kan... Selesai jek, jom balik... Petang ni nak mandi laut lagi..

Petang, kami ke beras terbakar lagi sekali. haha. Menyimpan perasaan kat 1 baju kat sini, tapi ari tutak beli.. last-last dapat jugak. hahaha. Kat sini ada 1 kedai chocolate, yang mane die jual chocolate daim murah giler.. rugi aku dah beli awal.. Daim xl, rm18.90, buy 1 free 1.. Sentap ati mak..  :(

Balik dari Beras Terbakar, amik bonda-bonda n anak, kami ke pantai lagi.. bestnyaaa.....



Kami dan anak....

Babies... sayang dua-dua


Macam penyu plak.. kehkehkeh

BONDA KU...





Akim with papa


Me with family

me with parasailing.. hehehe
Balik rumah, mandi, makan, kemas beg, dan selesai semua, kami bergerak ke airport. Dekat je, 10 pon dah sampai.Seawal pukul 9.00am dah ada kat airport. Sunyi jek, airport kecik je kan.. Selesai, check in, drop luggage. Kami lepak-lepak jek tunggu masa nak terbang. 
Akim cas. Ngntuk sangat dah.


My heart my soul.
Terbang tepat jam 10.50pm, sampai LCCT hampir pukul 12am. Pastu kena jalan jauh gile. Aduhai, kesian kat mak2 kena jalan jauh. Malam tu jugak kiteorg kene balk Muar, esok papa keje, ai pon ade reheasel. Kami sampai Muar dekat-dekat pukul 4am.

Alhamdulillah, percutian yang boleh di katakan sempurna. walaupun tak mewah tapi cukul lengkap untuk mengembirakan hati orang tua. Tu je yang kami nak buat. Harap mak-mak gembira n seronok bercuti bersama kami. Ada rezeki nanti kita jalan-jalan lagi okey...


Salam sayang dari kami laki bini gedik-gedik.. hahahaha