NUFFNANG

Monday, March 17, 2014

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2013


Assalamualaikum...
Alhamdulillah.. ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2013 AADK, dah berlangsung dengan jayanya pada 06.03.2014, raptai pada 05.03.2014.

Syukur sebab, aku antara 477 ( kalau tak silap ) penerima anugerah pada hari tu.. Secara jujurnya, tak sangka pun aku tercalon untuk dapat anugerah ni sebab baru 4tahun berkhidmat dengan AADK ni, lagipun ada lagi senior yang lebih layak nak terima. Tapi apa pun, rezeki adalah dari Allah dan aku bersyukur atas kurniaan Nya. Ni adalah hadiah untuk Alhakim sempena birthday dia yang pertama... 

Reheasel.. senyum... idung tu cover sket.. hehe
05.03.2014, bergerak dari opis pukul 11am untuk ke Putrajaya, sbb ada reheasel. Kami seramai 7 orang bersama pilot, kapten jakpo bergerak manaiki Boeng Hiace WCC.. Huhuhu... Sampai kat Auditorium Blok D8, Kompleks D Putrajaya pukul 2.00 ptg. Uih, ramai dah.. jom  daftar... Kat sini la ala-ala jejak kasih.. biasa lah, seluruh Malaysia kan, pastu jumpa pun sesekali time kursus n program... Bile jumpa , seronok la..  Meh salam kiss2 pipi yuk..  hehehe
Posing reheasel day... Senyum...


Aku dah try masukkan menegak tapi failed.. lantak lah...
Ok, ni wakil CCRC Muar.. S17.. Gambar zaman dulu-dulu.. mude belia, gitu...
Reheasel selesai pukul 5.00 ptg. Minum petang kat lobi, pastu bergerak gi cari hotel.. oleh sebab majlis esok mula awal, kalau blk ke Muar, takut tak sempat so, kiteorg stay hotel kat bangi jek. Esok pagi tak la rushing sangat kan...  Kita orang stay kat AMANI hotel Bangi... comel giler bilik.. kecik jek.. tapi selesa la.. Malam tu sempat la gi jumpa sahabat lama n makan burger besar n satay besar dan minum dalam gelas besar.. hahahaha

06.03.2014 - 7am dah check out dari hotel n bergerak ke Putrajaya. Antara yang terawal la sampai kat auditorium tu. Ingat nak breakfast dulu tapi tak sempat. Takpe lah, tahan dulu yerk.
 
8.45am.  Kehadiran VVIP Timbalan Menteri Dalam Negeri - YB Datuk Dr Wan Junaidi bin Tunku Jaffar bersama Ketua Pengarah AADK, Pn Sri Dato Zuraidah Mohamed dan dif-dif kehormat.

Bermula dengan nyanyian lagu Negaraku, Perkhidmatan awam dn persembahan Demi Matahari dari koir AADK.

Ucapan aluan dari Ketua Pengarah AADK Malaysia, YBhg Pn Sri Dato Zuraidah binti Hj Mohamed dan ucapan dari Timbalan Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Penyampaian Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang diteruskan. 2 sesi diselangkan dengan persembahan dari pemenang AADK Idol 2013. Selesai penyerahan lebih kurang pukul 11 pagi. Berakhir dengan jamuan makan.. 

Sesi ke dua, depan abg anep, belakang makcik gemuk, iaitu aku.hahaha... standyby...

terima sijil perkhidmatan cemerlang 2013. TERIMA KASIH AADK.. :)

Penerima Sijil Perkhidmatan Cemerlang 2013.
dari kiri, saya, en aship, en hanip painoh, en iskandar, en isa n pn susilawati..
Tetibe teringat masa ucapan dari VIP, aku macam terlelap n terasa jatuh, tersentak dan2 tu gak... kelakar giler.. Member keliling terkejut tengok aku tersentak tiba-tiba.. adoi, wat malu betol la..aku gelak sesorang time tu gak.. tapi slow2 la..  hahahaha
Kami bersama timbalan pengarah CCRC Muar En Zubri....

Penerima sijil Perkhidmatan Cemerlang 2013, menerima sijil dan sijil simpanan premium BSN sebanyak RM1K. Alhamdulillah, rezeki tuhan tentukan. Bersyukur dengan apa yang ada dan berusaha untuk lebih baik dan ikhlas dalam menjalankan tugas. Sijil hanyalah sijil, tapi cemerlang yang sebenarnya adalah ikhlas, jujur dan amanah dalam segala tugas yang di berikan.. Chaiyokkk...

Sekian... :)

No comments: