Sunday, March 23, 2014

MH370 dan BR1M

Assalamualaikum...

Happy weekend untuk orang yang bercuti dan happy weekday untuk yang bekerja macam saya. So, apa cerita hari minggu nie? aku keje la, macam biasa..

MH370 masih belum di jumpai dan objek yang dilihat dari satelit China n Australia pon belum dapat dikenal pasti samaada MH370 atau bukan. Semoga akan segera bertemu jawapan. Sedih pulak hati bila mengenang kan misteri MH370  ni. Semoga Allah memudahkan segala urusan dan melindungi semua yang terlibat. Amin....

Nak cerita pasal BR1M plak la.. Issue dah basi kot, hehe... Bukan apa, baru je tengok ada member bising sebab tak dapat BR1M ni.. Kelakar pulak.. Rase nya macam mintak duit orang, orang tak nak bagi, kita nak marah orang tu.. Kelakar tak?? ok tak kelakar....

Aku pun mohon ari tu, sebab ada kategori untuk berkeluarga gaji bawah RM4500. So, kami mencuba la. Tapi mungkin rezeki tu bukan hak kami. Kami tak dapat pon, tak tau la, mmg tak dapat or belum dapat. Pada aku, aku tak kisah pon, aku percaya rezeki dari Allah, kalau mmg hak aku, akan dapat jugak,kalau takde, bukan hak kami la tu lagipun aku percaya kalau tak dapat yang ini, InsyaAllah Allah akan bagi rezeki lain. Tak semestinya rezeki tu duit berkilo-kilo... Tapi rezeki tu, mungkin kesihatan yang baik, dapat makan free, dapat sahabat2 yang baik dan macam-macam lagi..

So bersangka baik la. Tak payah la nak marah-marah sebab sesuatu yang bukan hak kita. Buka mata, buka hati. Rahmat n rezeki Allah tu luas n banyak. X payah nak pikir, kenapa dia ada, kita takda n kenapa aku tak dapat tapi dia yang kaya ley dapat... Sabar n berdoa semoga hati kita di lembutkan, rezeki dimurahkan dan di kelilingi insan-insan yang positif.

Sesungguhnya, ini adalah peringatan untuk diri sendiri, jangan ada sapa-sapa terasa dengan apa yang aku cakap ni, tapi kalau terasa pon bole jugak, mari la kita same-sama buat perubahan okey.. Rezeki, ajal, maut ketentuan Allah. sentias la bersangka baik ye..

Wassalam... 

No comments:

Kebun Kembun dan Mulberi

Assalamualaikum... happy sunday u ols. di johor, sunday keje yerk.. xde makne nak golek2 sampi kul  doblas.. heee Last week aktiviti,...