NUFFNANG

Wednesday, March 26, 2014

Sembang malam yang pilu...

Assalamualaikum....
Now dah 00.19. Aku blm tido lg. masih menunggu en cinta wat keje untuk esok... Aku sibuk menelaah fb ni, maklum la, baru topup internet... ESok aku nak gi hospital Sultanah Fatimah, nak check up. tu yg topup, xlah kebosanan menunggu turn esok.

Fb sehari dua ni mmg penuh kisah #MH370.Tragedi yang sangat menyedihkan. Spekulasi tentang tragedi ini dah banyak tersebar. Dari awal kehilangan pon dah mcm2 spekulasi timbul hingga la ke hari ini. Aku lebiy suka mengambil pendekatan bersangka baik dan sentiasa ingin yang terbaik. Dari kite terlalu sibuk memikirkan, kenapa, bagaimana,siapa.... baik lah kita sama sama berdoa agar usaha mencari bangkai pesawat dipermudahkan dan penumpang yang beragama islam dilimpahi keberkatan.

Kepada keluarga mangsa, banyak la bersabar.setiap dugaan ada yang terbaik. Mesyuarat muzakarah pun dah dijalankan dan sebulat suara bersetuju bahawa kematian mangsa tragedi MH370 yang beragama islam adalah syahid akhirat. Alhamdulillah, Allah maha mengetahui.Sekurang kurangnya yang terbaik untuk mereka. Kita sendiri pun tak tau apa penghujung kita,, wallahualam..

Ni sahaja corat coret malam ini. Sedih hati masih terasa. Semoga kita dilindungi dari apa jua bencana dan negara kita menjadi negara yang aman makmur. Insyaallah..

No comments: