Monday, June 2, 2014

Mengantuk? tips hilangkan mengantuk

macam kenal jek tido macam ni :)  *pic google

Petang ni memang mengantok sangat.. Sampai sakit pale tahan ngantok....Tetibe terpikir, apa aktiviti sampai mengantok sangat neh?? adakah?? opss, 18sx plak.. hahahha.. Jom tengok tips ilangkan ngantuk, tips ni aku celup dari blog yang bertempiaran.. amik apa yag patut.. :P

Ala tomey.... *pic google




tips hilangkan rasa mengantuk

di pejabat...


1) Hampiri kawasan bercahaya

Suasana pejabat yang sejuk dan bercahaya redup sudah pasti menyebabkan anda mudah rasa mengantuk. Jadi langkah pertama yang boleh dilakukan sekiranya anda rasa terlalu mengantuk ialah mencari tempat yang terang, misalnya, cahaya semula jadi ditepi tingkap. Cahaya yang lebih terang di percayai dapat mengembalikan kesegaran mata dan minda. Justeru, sekiranya rasa mengantuk, hampiri jendela atau pintu dan lintarkan padangan anda keluar sektika. ( Makin ngntuk sbb silau.. nak bantal.... )


2) Basuh Muka

Ia mungkin perkara terakhir yang sering dilakukan apabila terlalu mengantuk. Namun ia mungkin kurang praktikal untuk pekerja wanita yang sudah siap bersolek. Tetapi jika perlu anda tidak ada pilihan lain kerana ia adalah cara paling berkesan untuk kembali segar. ( Ini mmg effective tp malas nak basuh muka sbb dah basuh masa solat td... nti bedak ilang.. huhuhu )


3) Wangian aromaterapi

Untuk menghilangkan rasa mengantuk di pejabat, anda juga boleh menyimpan minyak wangi atau wangian aromaterapi di pejabat. Tempatkan wangian tersebut di atas meja berhampiran meja kerja anda. Pastinya, semangat kerja anda akan kembali pulih kerana bau-bauan segar dipercayai dapat meransang deria bau sekali gus mengurangkan rasa mengantuk. Antara bauan yang sesuai 'mint' dan lemon.( takde ar... losen ade ar, tapi tak best)


4) Dengar Muzik

Muzik juga adalah penyelesaian terbaik bagi rasa mengantuk. Ada beberapa jenis bunyian ataupun muzik di katakan dapat meransangkan dan meningkatkan kewaspadaan serta ketajaman minda. Jadi tidak salah jika anda bekerja sambil mendengar alunan muzik asalkan ia tidak melekakan anda. (radio on dari pagi, masih ngantok lg... arghhh )


5) Senaman ringan

Senaman ringan seperti menggerakkan anggota badan seperti kepala, tangan, kaki atau berjalan santai juga boleh anda lakukan untuk menghilangkan rasa mengantuk. Ini kerana gerakan-gerakan seumpama ini dapat menghambat saraf yang menyebabkan rasa mengantuk. Di samping itu elakkan daripada duduk tanpa bergerak dalam tempoh yang lama. Sebaiknya, bangun dari kerusi empuk anda sekurang-kurangnya 30minit sekali untuk berjalan seketika sebelum sambung kerja anda semula. ( tengah puasa ni , tu yang tak larat bersenaman ringan, ala manje2 nye.. wekk )


6) Pandang pepohon hijau

Sekiranya pejabat anda mempunyai taman indah, manfaatkanlah peluang ini untuk menghilangkan rasa mengantuk anda. Keluarlah sebentar dari ruang kerja anda dan pandanglah pepohon hijau yang terdapat di dalam taman tersebut beberapa minit sebelum kembali semula untuk menyambung kerja. Nescaya mata anda akan kembali 
segar. ( Diluar opis aku banyak pokok kelapa sakit... indah sangat, kan?? )


7) Menyanyi

Buka radio dan mengikut bernyanyi.. lalalalala... :P (masih ngntuk n sakit tekak.. uhuk uhuk... )

Akhirnya... Bukak tv, tengok temptation of wife.. ilang ngntok tengak chantal yg jelita tu.. wiwittt..... huhuhu.. bye..

1 comment:

Jari Manis said...

Tips no 7 x leh nk buat suara x sedap nanti cair taik telinga org bila dgr hahaha

Kebun Kembun dan Mulberi

Assalamualaikum... happy sunday u ols. di johor, sunday keje yerk.. xde makne nak golek2 sampi kul  doblas.. heee Last week aktiviti,...