Saturday, July 5, 2014

Kembara Mahkota Johor 2014

Kembara Mahkota Johor dah berakhir lama dah... Cerita tak pulish lagi.. Tensi betul tau.. banyak sangat entry tak publish... haish....

Okey-okey, jom stori pasal Kembara Mahkota Johor 2014. Alhamdulillah, aku sempat la mengikuti kembara mahkota di lokasi Bukit Gambir pada 23 Jun 2014. Pukul 10am dah bergerak bersama kak susie naik pacuan 2 roda ke lokasi kembara. Huh, naik motor je senang, ley cilokk cilok. kalo naik kereta memang jauh la nak menapak.

Sampai ke lokasi, Tuanku belum sampai lagi, so kami sempat meronda kawasan pameran bas yang berderet-deret tu. Baru ku tau yang pasar mini bergerak pon ada jugak rupanya.. hah, jakunis sungguh...



Dah puas tengok pameran, jom tunggu kedatangan Tuanku bersama bas. Teruja pulak rasanya.. hehe.. Tak lama menunggu, escot tuanku dah sampai dulu, polis dan pegawai-pegawai pengiring. Dan kelihatan la bas Tuanku yang besar dan berwarna hitam tu sampai ke lokasi.. Rasa terharu sungguh bila nampak kesungguhan Tuanku bawa bas untuk berjumpa dengan rakyat jelata. Respect!!


Tuanku turun dari bas, disambut dengan persembahan silat dari adik adik sekolah rendah. Selesai persembahan tuanku bergerak ke khemah Diraja yang disediakan sambil bersalam dengan rakyat jelata yang sedia menunggu. 
Tuanku Sultanah.



Dekat kan.. Alhamdulillah.. Terima Kasih Tuanku...

Alhamdulillah, dapat jugak aku, kak su n abg amir bersalaman dengan Sultan Johor. Menjunjung kasih Tuanku.. Walaupun ramai abg askar dan abg polis yang mengawal keadaan tapi Tuanku memang dekat dengan kami semua. Tuanku tak nampak kekok atau tak selesa bila dikerumuni rakyat untuk bersalam. Respect!!! Daulat Tuanku...
Tuanku di kelilingi rakyat untuk bersalaman.

Kehadiran, ramai rakyat perbagai bangsa, tua muda, kecik besar, semua seronok nak melihat Tuanku dari dekat. 

Adik comel pun ada

Nenek yang bersama menunggu Tuanku


Melawat pameran bas.. Best la sekarang. Semua guna pendekatan mobile. Senang bergerak...
Kami ambik kesempatan untuk sama-sama melawat dan gunakan perkhidmatan periksa kesihatan. Naik bas LPPKN bayar RM10, check darah untuk darah tinggi, kolestrol dan gula.. cegah sebelum parah kan... Alhamdulillah, semua dalam keadaan okey, cume kolesrol kena kontorl sket. maklumlah, suke sangat makan lemak lemak kan... so awass....
Gembira sangat ambik darah, padahal seriau je rasa....

Abg amir lagi lawak, awek check darah ni ley pangil die Pakcik.. kejam tol.. hahaha, sekali check ic, sebaya daaa......

Kak su mestilah okey, kurus je... mesti la sihat!!

Bas Kembara Mahkota Johor.. Bas diraja....
Selesai lawatan, Tuanku akan bergerak terus ke Dataran Muar dan seterusnya ke Batu Pahat. Kami sempat jugak menunggu Tuanku dan sekali lagi dapat bersalaman. Bertuah betul hari ni. Rasa nak gantung je tangan, tak nak pegang apa-apa.. hehehe... 
Close up, memang dekat sangat. Bangga nyaa.... 

Bas bergerak ke Lokasi seterusnya.

Belakang bas ada motor rupanya.. hebat!!
Sebelum balik, jom amik pic...hehehe
Laluan Sultan Johor... :)

Alhamdulillah, sebagai rakyat Johor memang sangat berbangga mempunyai seorang Sultan yang sangat berjiwa rakyat. Sentiasa sudi berjumpa dengan masyarakat dan dekat di hati kami semua. Semoga Tuanku di berkati Allah dan di beri kesihatan yang baik untuk terus menjaga Negeri Johor dan Jajahan takluknya.
Daulat Tuanku!!!!

1 comment:

Jari Manis said...

Bestnya lily, sultan berhati rakyat

I'm Back!!

Tajuk acah-acah taiko sgt.. wekkk Im back sbb lame tak upload.. kat opis xde line tenet. dah 8 bulan kot.. Hari ni baru repair.. baru e...