NUFFNANG

Friday, August 29, 2014

Konvensyen Transformasi Fenomena Psikologi dan Kaunseling 2014

Assalamualaikum..

Selak punya selak kat draft, ha, sekali dah bebulan tak setel lagi entry ni.. Tak kira, nak juga bagitau semua orang pasal konvensyen ni.. Konvensyen yang best, super best dengan super best fasilitator... 

Konvensyen Transformasi Fenomena Psikologi dan Kaunseling 2014 
" Psikologi Efektif Ke Arah Transformasi Kendiri"

Tarikh : 20 & 21 Mei 2014 ( Selasa & Rabu )
Lokasi : Pusat Islam Iskandar Johor
Anjuran bersama SUKJ Bahagian Pengurusan Sumber Manusia 
&
 Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim

Alhamdulillah, dapat peluang ikut sama dalam konvensyen ni. Selain intipati yang bagus, fasilitator yang dijemput semua orang-orang hebat, tu yang balik kursus semua semangat lain macam sket. hehe.. Lagipun orang yang macam aku ni, motivasi yang tak konsisten, memang kena join konvensyen n pengisian macam ni, untuk naikkan motivasi, mintak kena babap-babap, jadi semangat tu mencanak naik... Baru rasa seronok dan happy nak bekerja.. Aicehhh

Hari pertama - 20 Mei 2014
Sampai je kat Pusat Islam Iskandar Johor, terus gi daftar, pastu sarapan... Masa daftar, dapat fail, buku program dan gula-gula.. heeee... takut ngantuk le tuu.... Setel minum, gi masuk dewan, Lelaki belah kanan, pompuan belah kiri.. Pusat islam okeh, mane ley dok dekat-dekat... Hehehe. Kehadiran peserta memang ramai, penuh la dewan tu. paserta dari pelbagai jabatan dan agensi, cikgu cikgu, cikgi cikgi... ramai...... :) 


En Pengerusi Majlis
Slot 1 - Transformasi AKRAB Ke Arah Memperkasaa Perkhidmatan Psikologi & Kaunseling
 Oleh : Prof Madya Dr Abdul Halim bin Mohd Husiin ( Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. )

Dengar tajuk pun cam ngeri je kan.. Dengar tajuk pon cam ngantuk je kan.. Tapi tak sempat nak ngantuk jugak. Dengar ceramah dari orang hebat ni meremang-remang bulu roma kan.. haha... Slot ni 1 jam setengah. Berhenti rehat 10.30am untuk minum pagi..

 Prof Madya Dr Abdul Halim bin Mohd Hussin
Slot 2 - Transformasi Stress Melalui Terapi Ketawa
Oleh - Dr Norzah bt Abd Ghani ( Ketua Penolong Pengarah Cawangan Pengurusan & Perhubungan Bahagian Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia )

Ha, slot yang ni memang superb.. 2 jam slot tak terasa u olls, tajuk pun terapi ketawa. memang gelak la 2 jam tuh... Dr Norzah ni memang best la..Sapa yang tak gelak dalam slot ni memang ada masalah la, mungkin urut gelak dah putus kot.. Kisah makcik gemuk jual goreng pisang, kisah gelak si kambing, pontianak dan macam-macam ketawa lg..Yang penting, ape pun tugas dan tanggungjawab yang penting, jangan stress, gelak je, org stress ni pelupa tau sampai goreng pisang pon tak kenal.. kan dr? hahaha.... Ni link blog Dunia Dr Norzah.

Berhenti rehat sejam setengah, makan tengahari dan solat zohor. Sambung petang dengan Majlis Perasmian oleh YB Hajah Asiah binti Haji Md Ariff  ( Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor.)

Setel jek perasmian, sambung  slot seterusnya.

Slot 3 - Psikologi Efektif Ke Arah Transformasi Kendiri  

2 org panel -
1.   Prof Datuk Dr Mohd Tajudin bin Haji Ninggal ( Profesor Psikologi Kaunseling Universiti Teknologi Malaysia )
2. Prof Dr Muhaya binti Hj Mohamad ( Pakar Perunding Mata (Lasik) )

Moderator - Ustaz Fakhrurazi bin Yusof  ( Pegawai Khidmat Nasihat Jabatan Agama Johor )

Ni yang sebenarnya memanggil-manggil nak datang sangat konvensyen ni... Nak tengok Dr Muhaya!!!  Bila dengar ayat-ayat dr, memang sampai terus ke hati.. Semuanya positif!!!... Sayangnya slot Dr Muhaya ni dalam slot forum, kalo ceramah secara solo, mesti lagi thorbaikk!! Dr tajuddin pun best jugak, ramai anak murid dia dalam dewan tu, memang kesayangan student la kot beliau ni... :)


Sesi hari ni tamat pukul 5 petang, gi minum petang dan terus bergerak ke hotel.. rehat!!! :) Malam tu gi makan nasi lemak denkat senibong.. nyummeh

Jom makan nasi lemak... Sian abg Lan yang demam tu... hehehe

Nasi lemak yang sedap... nyummm


Hari ke 2 Kursus....

Sinergi Pagi oleh Encik Muliadee bin Amat @ Bidin ( Motivator )

Slot ni memang terbaik dan Encik Muliade aka Abah Muliadee memang best.. Ko bole gelak tak hengat dan ko bole sedih tiba-tiba je.. Slot ni buat aku menitik air mata dan secara ikhlas aku memaafkan orang yang pernah buat aku sakit hati. Pelik kan?? Alhamdulillah di temukan dengan pakar motivasi yang terbaik... Best!!
Encik Muliadee binAmat @Bidin


Tribute Allahyarham Ahmad Ammar bin Ahmad Azzam
Encik Muhammad Suhaili bin Ahmad
Presiden Generasi Penjejak Tamadun Dunia

Slot ni berkisah tentang anak muda yang hebat, muda, gigih, kuat dan perginya dalam keadaan yang terbaik. Sejuk la perut seorang ibu dapat anak seperti Ahmad Ammar.. Al Fatihah.


Magnet Diri
Encik Amin bin Idris
Pengacara TV AlHijrah/ Pakar Motivasi

Selebriti.. Handsome. Married. Hebat. Bercita cita tinggi... Bercita-cita la.. Berangan la.. Anda akan bekerja untuk mencapai angan angan tu.. InsyaAllah... So, jom kita berangan... :)

bERSEMANGAT... Bila la akan jadi bersemangat macam dia..


Rehat.. Makan time... Sambil tu ley posing posing.... Smile!!!
Senyum....


Xdapat bergambo dengan Prof Muhaya, gambo ngn gambo je lahh...

Candid " Dr. nape saya tinggi dari dr.?"

Slot terakhir
Positifkan dirimu
Dr Mohd Shukri bin Abdullah
Panelis Motivasi Pagi TV3

Seorang lagi selebriti hebat, seorang bapa yang hebat, Nampak muda dan bertenaga... dan bersemangat!!Bynyak ilmu yang di kongsi. Alhamdulillah di temukan dengan org hebat untuk menjadi hebat.. InsyaAllah.





Alhamdulillah, sesi basuh minda berakhir dengan byk input menarik ada dalam kepala.. Tak sabra nak apply dlm idup harian.. ewahhhh.. InsyaAllah, ilmu yang terbaik adalah bila di kongsi bersama dan semua mendapat manfaat darinya...  :)

Selesai semua, amik sijil dan terus balik ke Muar.. Rindu si kecik dan bapanya... hahahaha... :)


Muka bahagia.. nak balik jumpe kuarge.... :)


2 comments:

Jari Manis said...

Lamanya JM x singgah sini huhuhu

mama for my honeydew said...

wahh bestnya ogy...ruginya i xdapat pergi...