Sunday, October 26, 2014

Salam Maal Hijrah

Assalamualaikum..


Salam Maal Hijrah... Semoga di tahun baru ni, segala urusan akan lebih baik dan kehidupan akan lebih sempurna..


Lama sangat tak sembang sembang petang macam ni. Sibuk la sangat katanya. Lagipun idea tak mari, tapi bila dia mari, takda keyboard pulak nak taip. haru biru beautiful..


So, impian aku sempena tahun baru hijrah ni adalah :-


1. Nak jadi isteri, ibu, anak, adik, sahabat terbaik... Mungkin la bukan terbaik, tapi yg baik. Sekurang-kurangnya, kalau aku takda mereka-mereka akan ingat aku sebagai seorang insan yg baik.. Hurm.. paham??


2. Nak jadi lebih bersemangat dan berkerja keras untuk capai cita-cita aku. Aku jenis semangat kejap-kejap jek. Semoga tahun ni aku Berjaya bersemangat dan capai ape yg ade dlm otak aku ni.


3. Semoga rezeki lebih murah dan lebih cepat merealisasikan impian "bebas hutang" hehehe


4. Menjadi orang yang lebih banyak bersabar. Buang sikap cepat panas dlm hati tu.


5. Menjadi umat yang taat kepada Allah dan Rasul. Dapat mengikut segala perintah dan larangannya.




InsyaAllah... Semoga di berkati segala impian dan harapan. :)
Salam Sayang-sayang sempena tahun baru yang mulia ni..
wassalam..

1 comment:

Scdha Sein said...

Wahh... Azam berazam nampaknye...

Kebun Kembun dan Mulberi

Assalamualaikum... happy sunday u ols. di johor, sunday keje yerk.. xde makne nak golek2 sampi kul  doblas.. heee Last week aktiviti,...