Wednesday, November 5, 2014

Kursus Hiasan Kek Cawan bersama Kolej Komuniti

Assalamualaikum.
Haaa, lengkap tajuk. Senang nak carik.

Kursus ni aku join masa fiesta di Pasar Tani Bukit Gambir, Yuran masa ni baru RM5. Dorang bagi cupcakes 4 bijik n ajar kite cara gunakan noozle, setiap noozle akan hasilkan bentuk yang berbeza. Mengigil jugak la tangan masa nak buat. Cikgu-cikgu pun sempoi. Kebetulan, aku sorang je time nak belajar tu, wah, seperti anak murid kesayangan pulak.. haha.. okey tipu jek...

Gigih sangat kan..

semangat!!

Nak siapkan 4 bijik cupcakes tu bukan lama pon, try test kejap, eh dah abis dah cupcakes nye. So kursus nya pon sangat cepat la, 30 minit je kot. Boleh la belajar basic je. Nak lebih, sila ke Kolej, sambung kursus lagi.

Ni yang paling susah

Mengigil tangan nak conteng kek

Kursus 30 min dengan bayaran 5 hengget, dapat plak cupcakes 4 biji, dapat jugak sijil... dasat ar, Kolej Komuniti Ledang ni kan. I like..Tengok, cikgu pon lawa. ensem n comel-comel belaka.. i like lagi...
Tq cikgu!!

Hasil.. Memang tak lawa tapi puas hati hasil kerja tangan sendiri.
So, sapa berminat nak join kursus jangka pendek atau panjang bersama Kolej Komuniti, bolehla hubungi kolej yang berhampiran, dan untuk yang nak kursus kat Kolej Komuniti Ledang, boleh la hubungi

No tel - 06-9783597
Website : http://www.kklej.edu.my/v2/
Facebook : Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat Kolej Komuniti Ledang

Banyak kursus2 yang di tawarkan, cth- buat roti n pastri, cheese cake, repair econ,service motor dll.Kalo ada geng boleh mohon nak kursus yang korang minat, call je, nanti bincang la ngn pegawai sana. Tapi harga tak la dapat RM5 ye, sebab harga ni masa dorang wat event ari tu. Tapi aku ley jamin, harga yg dorang tetapkan memang terlajak murah. Berbaloi-baloi..

Ok lah, byk dah promosi ni.
Untuk readers yang nak kursus kat Kolej Komuniti Ledang ni, kalau nak kursus wat roti, kek, pastri n masak-masak, apa kata awak awak ajak saya.. Ley cukupkan korum sambil luaskan silaturahim.. Ilmu dapat pahala pon dapat.. ewahhh... huhu...

Ok la. Tu jek.
Ops, saya nak share cara wat butter cream yg sy belaja masa kusus ari tu.
next entry okeh...

Last sekali, nak tayang gambo kekash hati yg sangat teruja bila di hadiahkan cupcakes comey tuu...

nampak menarik jek.. 

nyum.. macam sedap la.. manis.. nyumm

Mama, i like it... 

Sedapnya.. 

Next time mama buat lagi eh.. plzzzzz 

No comments:

Kebun Kembun dan Mulberi

Assalamualaikum... happy sunday u ols. di johor, sunday keje yerk.. xde makne nak golek2 sampi kul  doblas.. heee Last week aktiviti,...