Monday, October 23, 2017

I'm Back!!

Tajuk acah-acah taiko sgt.. wekkk

Im back sbb lame tak upload.. kat opis xde line tenet. dah 8 bulan kot.. Hari ni baru repair.. baru elok u olss!! 8 bulan menunggu, kalo ngandung dah bersalin dah.. sampai ahkak dah redha pon pasal tenet ni.. ari2 layan lagu je kat mp3.. hehehehe...

takde pape pon nak stori, cuma nak bgtau ari ni 23.10.2017 internet opis I dah pulih.. suke sangat kann.. dan nak bgtau, ari ari kite dpt bunge melur.. Wangi dan misteri.. hahaha... Wangi meja kita ari ari.. terima kasih peminat ku.. wakakakaka.. perasan sgt....


tu je nak cakap. semoga esok gigih tulis blog lagi.. heee


Saturday, October 7, 2017

short vacation~ untuk akim. Pengkalan Balak Melak

Assalamualaikum..

Tajuk acam lomantik gitu.. untuk akim.. semua untuk akim katenyaa.. sebenarnya, dah sebulan papa keje jauh.. balik 2 minggu sekali lebih kurang.. so sejak akim baby, mane penah pisah lame2 ngn papa.. nampak die punya stress n rindu.. anak bujang mmg la tak cakap, tp kalo dah ngamuk hari hari, mak ko pun stress nak..

So plan nak bawak di ronda ronda.. have fun kononnye.. Berangan nak gi tioman.. hekhekhek.. tapi masa tak berape sesuai.. Tambahan ada kisah sedih yang jadi pada family, jadi kita plan dekat2 je lah.. Al fatihah untuk arwah abg ipar yang kembali ke rahmatullah pada sabtu yg lepas.

Pengkalan Balak Melaka, kalo dari umah bukit gambir ni, dalam sejam lebih sket je,, Tapi kami bergerak dari umah mak mentua kat simpang renggam, so jauh gak la jadinya.. sempat singgah  umah jap, amik baju n tapau nasi..( sempat masak2 simple.. )

Kat Pengkalan Balak ni mmg banyak sangat chalet2 untuk menginap.. nak mahal, nak murah sume ada.. pilih je lah.. sebab kami datang ni time weekdays so mmg kurang la org n sewa pon murah sket lah... dah pusing2 pengkalan balak ni, kami pilih utk stay kat Permata Chalet. Lokasi depan pantai... Dalam bilik ada katil double,econ, tv, rak letak pakaian, tempat gantung baju, meja & kerusi makan, peti sejuk n bilik air. cukup selesa la.. kete pon depan umah jek. hehe.. Harga masa tu RM75.00 semalam.

Abaikan comel sy yang berdua tu ye.. hahahahaha

Pintu depan ke kiri tu toilet.. bersih.. 


Depan umah ada pondok2 untuk lepak n bbq. bbq pit pon dah ada.. sila bawak arang ngn bahan mentah je ok.. 

Depan umah.. sambil makan ley tgk laut.. heaven...

Aktiviti biasa je, mandi laut.. oleh sebab tajuk vacation ni untuk akim, so melayan la si akim mandi dari kul 3.00ptg sampai 6.30.. mak dah merentung nakk... crying~~~  Papa sambil mandi, sambil mancing.. aku plak sambil macing sambil cari lala.. byk plak.. geramm.... hihi..

Sunset...

sunset

anak n papa bersama jorannyaa,,,
Malam tu dinner kat luar.. Balik tido.. papa teruskan mancing.. lepas geram le tu, lame tak pegang joran... Malam kene beli spray nyamuk je, sbb nyamuk byk banget.... huhu

Pagi, aktiviti sambung, mandi n buat istana pasir,, hakhak.. sampai kul 10.00 pastu get ready nak check out kul 12.00.

Istana pasir papa n mama akim... 

Muka ada masyam.. sbb taknak balik.. boleh??

depan laut, belakang chalet...

dihiasi langit membiru.. auwwwwww....

akim yg masyam sbb xnak balik.. mak akim laaa, ada keje plak.. kalo ikutkan mak akim pon xnak balik.. huaaaaa

Sebelum balik, kita lepak dulu minum abc jagung.. layan abc ngn cucur udang depan laut mmg heaven.. Murah gak la, abc 2, air tembikai,1 cucur udang, bebola 3 cucuk, popia 3.. baru rm12.00.. tempat beriadah, cuti2 kan.. ingat harga international.. hehehe..




tu je lah cuti 2h 1 malam untuk hakim... hilangkan stress akim n mama die jugak. hahaha..  tak puas sebenarnya.. kalau dapat 2 malam lagi best,, baru rehat sket.. ni agak rushing la.. tak pe next time bole datang lagi insyaallah.

Permata Chalet Pengkalan Balak
013-6204507
06-3842423

See u when i see u..
babai

Saturday, September 23, 2017

aku

Assalamualaikum

Sihat ke semua.. camne kehidupan? turun naik tu biasa la kan.. Jap ok, jap tak ok... Aku plak, skang rasa sket kesunyian.. laki ahkak jauh dik.. hahaha ( rasa nak wat icon gelak air mata laks..) husband keje jauh.. so PJJ la sementara... Ok je sebenarnya.. sesekali jauh tu terasa kerinduan n saling memerlukan tu makin kuat la.. tambah2 kalo anak wat perangai, tunjuk perasaan... terasa kedut kat muka ahkak bertambah dik!!

Keje macam biasa, baru lepas minggu kemerdekaan.. sepanjang minggu tu bz la.. training mereka2 ni.. aduyai.. selalu x amik port pon sb tau dorang bole buat.. tapi kali ni semua wat dekkk je, seriau pulak aku.. tu yg masuk campur.. sib baik masuk campur.. kalo x tebal dik muke ahkak ni, dorang xde prepare pape.. hawau tol... syukur, menang la sket2... untuk la dorang dpt mkn jajan byk.. hakhakhak,,,,

Skng dah bulan 9 korang... camne azam korang? dah capai ke belom? ade lagi 3 bulan ni... tekan minyak la wei.. laju laju sket.. azam ahkak yg nak kurus tu mesti kene bawa ke depan.. sebab cam susah je nak capai.. hahahaha.... xpe dik, walau 1000 tahun, azam tu tetap ku renew.. jgn mudah putus asa okey, sayang sayang semua.. hehehe....

Cita cita ahkak nak update blog selalu.. tapi sering gagal.. doakan ye.. byk stori mori akk tertinggal dik.. rugi betol...ok la.. nanti sambung.. perut mencemburui kita.. nak berak jap.. see u when i see u.. bye...

Selamat tahun baru hijrah...



Sunday, July 16, 2017

Kebun Kembun dan Mulberi

Assalamualaikum...

happy sunday u ols. di johor, sunday keje yerk.. xde makne nak golek2 sampi kul  doblas.. heee
Last week aktiviti,akim kate " yuk kita berkembun" hehehe,, sib baik mama tak berkemban sambil berkembun.. bile betolkan word berkebun tu, eksyen kemain.. Bila kita ngejek dia, jom pegi berkembun.. laju je dia ckp bukan berkembun mama, berkebun... huh..

Buah hati
Berkebun la sangat kan.. sekangkang kera depan umah tu kebunnya.. hahahaha... dok taman camni la.. dapat laki ringan tulang, rajin nak menanam, jadilah kebun mini kat situ.. ada cili, serai,  daun pandan wangi, betik masih kecik lagi n pokok mulberi... mulberi berbuah lebat.. suka sangat.. dapat la kawan-kawan merasa sket sket..


banyak khasiat buah mulberi n daunnya sekali.. bila pagi-pagi pungut hasil, ada la aunty n uncle jiran-jiran cina bgtau yg daunnya boleh buat sup, baik utk mata n cegah penyakit kanser.. wow... best sangat kan... cecepat i ols search khasiat buah n daun mulberi ni... 

masam masam manis.. dappp....

Khasiat buah Mulberry ialah :
1.  Pokok Mulberry adalah makanan utama ulat sutera terutama daunnya. Maka disebabkan itulah jika di Malaysia, daun pokok Mulberry dikenali sebagai daun ulat sutera atau besaram.
2. Buah Mulberry mengandungi asid sitrik, gula dan vitamin C. Daun Mulberry pula mengandungi adenin, amilas, asid suksinik, karotena dan kolin. Biji Mulberry mengandungi ureas.
3. Kulit akar pokok mulberi mengandungi beta-amirin, minyak meruap, resinotanol dan sitosterol.
4. Bagi masyarakat di negara China, selain buahnya boleh dimakan segar atau dibuat jem, terdapat juga kegunaan lain. Secara tradisionalnya, buah Mulberry telah digunakan sebagai agen ubatan bagi memberi khasiat kepada yin dan darah, memberi kebaikan kepada buah pinggang dan merawat masalah lemah, keletihan, anemia dan masalah rambut beruban.
5. Buah Mulberry turut digunakan untuk merawat masalah ketidak-bolehan mengawal keluarnya air kencing, pening dan masalah sembelit warga tua.
6. Buah yang telah dikeringkan juga boleh dijadikan sebagai pengganti raisin.
7. Buah Mulberry juga dikatakan mampu memberi khasiat dan merangsang penghasilan cecair badan. Mereka yang mengalami masalah kekurangan cecair, mulut mereka anak kering dan lidah terasa panas. Elok juga mereka makan buah ini bagi memberi khasiat dan menambahkan cecair badan.
8. Buah mulberi ini juga sesuai kepada mereka yang mempunyai masalah mata kering akibat keletihan mata dan akibat bekerja dengan cara mengambil jus mulberi .
9. Buah mulberi juga mengandungi unsur-unsur khasiat seperti mineral dan vitamin. Dikatakan dengan memakan buah Mulberry, mampu membantu menyembuhkan penyakit kronik pada saluran pencernaan, merangsang rembesan cecair gastrik, menguatkan kebolehan bagi mencerna dan menyerap, memperbaiki selera makan dan membuang kembung perut dan sembelit.
10. Wanita yang mengalami simptom-simptom seperti anemia, kepucatan, rasa , sukar untuk tidur dan jantung berdebar-debar dengan kerap terutamanya selepas melahirkan bayi, bolehlah mengambil jus mulberi dengan kerap bagi mengurangkan simptom-simptom tersebut. Ubat kebas tangan dan kaki.
11. Daun mulberi pula dikatakan boleh direbus dan digunakan sebagai ubat mencuci mata yang merah dan bengkak. Daun yang telah kering pula dikatakan boleh dicampur dengan air mendidih atau direbus. Air ini dikatakan boleh diminum untuk tujuan membersihkan tubuh badan, merangsang peluh, ubat batuk, demam panas dan selsema. Daun yang telah dipanaskan pula dikatakan boleh disapu minyak dan dijadikan sebagai ubat tampal pada luka yang parah.
12. Bagi mereka yang mengalami masalah gigitan atau sengatan serangga, daun yang telah ditumbuk lumat boleh dijadikan sebagai ubat tampal pada bekas gigitan atau sengatan serangga tersebut.
13. Jika mengalami masalah tangan atau kaki yang , bolehlah mengambil getah daripada daun atau ranting mulberi, kemudiannya gosokkan pada bahagian yang kebas.
14. Akar pokok boleh direbus dan dijadikan sebagai air minum bagi merawat asma, batuk, busung, melawaskan pembuangan air kecil dan radang. Air rebusan kulit pokok mulberi pula dikatakan boleh diminum untuk merawat sistem pernafasan, asma, batuk, bronchitis, busung, menyingkirkan kahak dan hingus, tekanan darah tinggi, kebas tangan atau kaki.
15. Ranting kering pokok mulberi pula dikatakan boleh direbus dan dijadikan sebagai air minum bagi merawat demam panas dan mengatasi rasa sakit.
sumber dari blog ini.. terima kasih..

khasiat daun mulberi

1. Penawar dan mencegah penyakit kencing manis (diabetes)
2. Mengawal serta mengurangkan kolesterol dalam pembuluh darah
3. Mengawal serta mengurangkan tekanan darah tinggi
4. Membantu mengelakkan serangan sakit jantung
5. Membantu dalam kehilangan berat badan
6. Mengurangkan keadaan asma yang teruk
7. Melambatkan proses penuaan dan meremajakan kekuatan anda
8. Mengurangkan risiko kerapuhan tulang kerana kandungan kalsium yang tinggi
9. Meredakan batuk, perasaan cemas dan kegelisahan
10. Mengurangkan kesakitan ketika datang haid
11. Membantu perjalanan haid yang tidak teratur
12. Menambahkan tenaga
13. *Meningkatkan produksi susu badan*
14. Membantu mengurangkan migraine, sukar tidur malam (insomnia) dan hipertensi
15. Memiliki semua 18 asid amino dan vitamin B, B1, B2, C, asid folik, potassium yang amat diperlukan
16. Membantu, mencegah dan mengurangkan risiko penyakit kanser (antioksidan)
Kini terdapat daun mulberry yang telah diproses untuk dijadikan ubat.

sumber dari blog ini

Papepun sila dapatkan maklumat lanjut dari doktor atau pakar perubatan berdekatan. takut jugak acah-acah betol tp tak menjadi.. happy trying u ols...

Saturday, July 8, 2017

Formula utk murah rezeki

Amalkan ya. Ayat rezeki melimpah tak pernah habis - habis.



Amalan yang dibuat ialah:
1)Baca Subhanallah 33x
2)Baca Alhamdulillah 33x
3)Baca Allahuakbar 33x
4) Baca Innahaza Larizzkuna maalahu minnafaad 33x

Maksud ayat : " Sesungguhnya inilah rezeki kami kepada kamu yang tidak habis - habisnya"

Buat tiap tiap kali selepas solat. ☺

#FormulaTarikRezeki

Copy paste..

Nota tuan blog
 Bismillah...
Zikir mmg ada jutaan hikmah, penawar dan segala kebaikan di dlmnya.. Zikir penuh dengan cinta dan yakin kepada Allah.. InsyaAllah dgn yakin dan cinta tak berbelah bahagi, Allah akan bg terbaik utk kita..

Untuk murah rezeki, kita tambah kekuatan zikir dgn beberapa amalan lain.. Antaranya

1. Bahagiakan mak ayah.. Cukupkan keperluan mereka. Allah cukupkan rezeki korang.

2. Sedekah... Ikhlas.. Ni mmg magic. Nak murah rezeki. Makin byk sedekah..

3. Jangan berkira.. Sesekali blanje kengkwn.. Belanja sape2 yg dok mkn semeja ngn u ols, kenal atau x.. Bayarkan saje..

4. Standby makanan meow dlm kete. Tetibe jumpe meow kelaparan. Trs bagi... Kalo ko nak bela pon bole tp takut tak bole handle kalo byk sgt.. Kang jadi aniaya plak kalo amik byk2 tp x terjaga. Huhu

5. Mudahkan urusan org. Allah mudahkan urusan u ols. Insyaallah..

6. Rajin kerja n usaha... Ni penting ni.. Kalo nak murah rezeki tp malas.. Gelempang zorro 24 jam, mmg x jadi ape lerr...

Ermm, tu je la yg ingat.. Esok kalo ade lg ahkak masukkan lg okeh... Semoga kita diberi rezeki halal yg melimpah ruah.. Dan bole berkongsi dengan yg memerlukan.. InsyaAllah... Sampai jumpaa..

Thursday, July 6, 2017

Inspired ...I-Dream China YingYing Part 1





Baru tengok video ni kat fb td.. tak memasal tisu lencun.. banjir kilat..

Bagaimana ying ying sangat positif.. Dikurniakan laki yg hensem n sgt bertanggungjawab.. mmg 1 dlm sejuta. betapa kuatnya dia melawan sakit. kanser tumor stage 4 lor, masih boleh senyum dan kuat lawan penyakit die.bile tgk vid ni terus nak tau macammana pembedahan dia. berjaya ke tak... risiko 80% tak berjaya.. ko rasa??kalau kita, pikir mati je lah agaknya..



scroll tgk komen kat video ni, jumpa link ke sambungan die...sapa nak tgk,klik yingying part 2



hargai apa yang kita ada, mungkin kita tak byk duit, tak kaya, takde keje hebat, tak cantik memikat.. tapi selagi ada nyawa, ada tubuh badan yang sihat, ada keluarga.. kehidupan kita cukup sempurna. Kita masih bole kejar impian kita bersama yang tersayang. nikmati & hargai ape yang kita ada hari ini sebab mungkin esok ia akan berlalu pergi.. aicehhh... nak sambung nangis lagi la.. bye...

My Life

Assalamualaikum...

Lama tak menulis, hilang rentak nak tulis. Padahal idea banyak je. Kalau la, blog bole baca otak n terus terjemah dalam ayat.. pastu post.. wah bahagia.. novel pon boleh buat. heee

2 Tahun tak tulis blog.. rugi banget.. banyak memori indah, suka ,duka, stress yang tak simpan. so sume pon nanti akan lupaaa.. maklum la, faktor usia, rambut dah start tukar kaler. paham2 suda... hehehe

01.06.2017 baru ni anniversary me n hubby ke 5 tahun. kejap je kan masa berlalu. dah 5 tahun together2.. tak sedar.. kater org, fasa pertama dah berlalu, kalau ok maksudnya hubungan tu akan baik2 saje... orang kate la.. Tapi pada aku, tak jugak macam tu.. makin tua usia perkahwinan. makin banyak dugaan kot.. Bukan saja 5 tahun pertama yg perlu di jaga, tapi sepanjang perkahwinan tak kira la berapa tahun sekali pun.. :)


Alhakim dah 4 tahun.. dah jadi bujang besar. Ohmai. sekarang dia agak agresif sket. garang... Ikut sapa pon tak tau la garangnye tu.. Padahal mak dia slow je.. lembik, kene buli je dulu... manja plak tu.. auchh...hehehehe... Mungkin akim dalam fasa belajar kenal diri dia.. kekadang die sweet sangat, asik bagi mama bungaaa jek.. muah muah sangat.. tapi kalo angin sampai.. wow.. bumbung kete pon bole terbang.. Sampai mama takut nak gi braye, takut angin pus pus dia mari.. hehehe...

last year, skang payah beno nak amik gambo. asik wat muke jek..

Besday papa bulan 5 ari tu. tengok peyot akim tu.. fuhh
Keje, mcm biasa la.. keje dah hampir 8 tahun di sini, belom plan nak mintak pindah. Suasana keje, friendship, lokasi, semua aku suka. tenang... i love my job.. hee
CCRC MUAR 30 TAHUN...

Workmate.. gurau gaduh, jap baik semua... hehehe...

Gems Lovely, baru masuk tahun ke dua kewujudannya.  Masih belajar, alhamdulillah. Job ttp ada walau bulan ramadan n raya ni agak tenang2 saja.. Kurang promosi.. letih n buzy sket. Syukur dengan rezeki yang ada...
jari jemari GEMS LOVELY... heee
Family... Mak kurang sihat sket. ari tu operate mata utk kali ke dua. Glucoma di mata sebelah kiri... Banyak masa mak ada kat umah aku sbb aku yg bawak mak check up mata n darah tinggi.. Semoga mak sht selalu... Kiki, anak sedara dah kawen last year.. tapi masih PJJ lagi. Faktor kerja masing2.. :) Lain2 macam biasa je kot. Nisa d UITM S.ALAM, Budak kecik tapi cita-cita besar. Oh yea, my kakak dah dapat baby baru. Rayyan omey.. Anak tak sengaja. hahahahaha.. Prematured baby, lahir 8 bulan, 50hari di Hospital Sultanah Aminah, Alhamdulillah, skang dah 10 bulan, badan kecik tp ligat boleh tahan. semoga sht2 sahaja yea baby..

wedding kiki kat ampang hari tu...

mak di hospital. 3 hari check in. i pon join sekali. hehe

budak omey.. botak.. bulu mata nak panjang... apsal comel sangat haaa??
ni je lah sharing ari ni.. byk nak cerita tapi tak sempat woi... komitmen masa kan.. opis lak xde tenet.., hampehh... okey la. sayang sume.. lup lup....
bye

Friday, June 30, 2017

Gems Lovely Enterprise

Assalamualaikum wbt

Gems Lovely Enteprise
Dah masuk tahun ke dua beroperasi.
Bermula dengan angan- angan mak jenin je. Sekarang masih lagi berangan-angan cuma ada beberapa langkah ke depa. Alhamdulillah.

Macam-macam benda yg ktorg jual, tudung, kerepek, sepende munafie, bantal, pomade, saree, jamu... Belajar dan ber eksperimen.. ada yang laku, ada yang tak berapa laku. hehehe.. Dan sekarang kami maintain dengan jualan bouquet.. Alhamdulillah, sambutan menggalakkan.. 

AHLI LEMBAGA PENGARAH... HAHAHAHA
Impian
Gems Lovely
Bukan setakat Label Perniagaan
Tapi Label Persahabatan, Family & Silaturahim.. InsyaAllah. :)













Bouquet mampu milik. bajet rendah untuk orang orang sekitar kawasan liputan..

Lokasi : Bandar Muar, Sg Abong, Tangkak. Bukit Gambir, Panchor, Pagoh, Lenga, Merlimau.
Bajet serendah RM25.00 sahaja.
0127433324


Thursday, June 29, 2017

Selamat hari raya 2017

Assalamualaikum..
Selamat hari raya. Maaf zahir batin..
Lama sangat tinggalkan blog. Rindu sungguh.. Tapi xde masa nak tulis2.
Dah bertahun tak menulis. tapi mmg rindu nak upload cerita ceriti.. sape tau nak tukar email blog  ke email baru??

buta IT mmg cenggini.. lemah!! 

saje nak tepek gambo raya 2017 kite .. dah bertahun tak aktif tetibe wujud plak kan. hahahaha....

Raya pertama kat umah mentua.. Redha ramai yg tunggu turn kat belakang tu 💥


ngan mak saya... kemain pak emcik, nak berzapin bagai..



Nilah gambo raya kami. akim dah bujang kan. dah besar sangat. raya kali ni die cipta sejarah paling dahsat. hahaha.. meragam memanjang.. menguji kesabaran sangat.. sabo jelah...

I'm Back!!

Tajuk acah-acah taiko sgt.. wekkk Im back sbb lame tak upload.. kat opis xde line tenet. dah 8 bulan kot.. Hari ni baru repair.. baru e...